Sunday, June 11, 2017

On 7:01 AM by SURIYA AHMAD   No comments

* PUDING ROTI SOS KASTARD KUKUS*



Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ramai yang minta resepi. So, Sue share sini senang bagi link untuk rujukan ketika masak.

Sebenarnya Sue sendiri pun budak baru belajar lagi..
nak cakap terer masak tu..salah lah yek!
masih mahu mencuba..I'M NOT MASTERCHEF..tapi suka mencuba..


Kata orang kalau tak pandai masak, rajin-rajin lah ke dapur, lama-lama anda akan pandai memasak. In shaa Allah :)


Sue ni pelik sikit, Sue suka try masak benda yang simple je.
simple dan cepat! hehehe..sebab rasa tak sabar nak makan! itu masalah Sue :)


Harini Sue nak share cara buat Puding Roti sos kastard kukus yang sangat mudah! 




BAHAN- BAHAN :-


10 keping roti gardenia ( roti lain pun boleh la )
4 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila
3 cawan susu segar
2 sudu butter / majerin
Kismis ( beli je 1 kotak kecil )


CARA- CARANYA :-

Masukkan telur, gula, esen vanila, susu segar ke dalam satu bekas, kacau sampai sekata / kembang (nak guna blender pun boleh..Sue kacau jer pakai pemukul adunan...huhu)


Ambil roti, sapukan butter depan (kalau nak carik-carikkan pun boleh ya!) susun dalam loyang bagi comel-comel tau! Sue potong roti petak2 sehingga 9 petak dan susun dalam loyang yang sapu butter/ majerin. 

Kemudian, tuang ke semua adunan ke atas roti dalam loyang, dan tabur kismis.
Kukus selama 20-25 minit.


*SOS KASTARD*

BAHAN-BAHAN :-

2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula/ gula perang
1 tin susu cair
1 sudu kecil esen vanila.

CARA-CARA :-

Masukkan semua bahan di atas, masak atas api perlahan, kacau sampai masak.
pastikan di kacau sentiasa untuk mengelakkan ianya berketul. Jika terlalu pekat boleh letak air sedikit dan gaul sebati.


Gambar Sos Kastard lupa ambil. Nanti masak sekali lagi saya buat post bersama sos pula ok. :)


SELAMAT MENCUBA YA KAWAN-KAWAN !!


Untuk Info dan Order: Suriya Ahmad Shaklee Independent Distributor [ID917694] WA/Tele/PM: 019.263.5231 COD: Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil, KLIA Kota Warisan Salak Tinggi SEPANG, Nilai, Banting, Bangi dan sekitar.


Feel free to share!



Apa Kata Anda

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih banyak sudi singgah dan komen di Blog saya. Semoga anda dilimpahi rezeki oleh Allah. TQ