Thursday, May 26, 2016

APA ADA DI DAPUR

Saya buka pintu bilik bertujuan untuk nak ke dapur.
.
.
.
.
.
.
.

Saya jalan selangkah. Belum sampai lagi. Jalan lagi selangkah, tak sampai lagi ke dapur. Jalan berlangkah-langkah, eh ada tangga pulak. Turun satu anak tangga, ada lagi anak tangga. Turun satu lagi, ada lagi, sampailah 16 anak tangga saya pijak, baru sampai ke tingkat bawah.

Belum juga sampai ke dapur.

Saya kena jalan lagi.

Selangkah, tak sampai-sampai lagi. Selangkah lagi, belum juga sampai ke dapur. Selepas langkah ketujuh barulah saya tiba di pintu dapur.

Begitulah kita dalam dalam mencapai impian... Sekali buat tak sampai lagi ke tujuan, bukan kerana kita tak sesuai atau tidak ditakdirkan untuk mendapatkan apa yang kita target...

Kita mesti usaha dengan istiqomah tanpa rasa putus asa.

Kita tidak pernah gagal, kita cuma mudah mengalah. Jangan mengalah dan kita pasti tidak akan gagal.

Alhamdulillah, saya sampai juga ke dapur. Sekarang kena berusaha pula nak bikin air Cinch Tea sedap!

Ha..lega..terasa nikmat dan segar bugar..jom nikmati Cinch Tea Mix dan rasai kesegaran nya. Malah #lansing bergaya

Jom bisik2 saya. Boleh whatsapp suriya ahmad 0192635231
www.suriyamanis.com

10 CARA INDAHNYA DIET CARA SURIYA AHMAD


.
Orang nak diet kita pun nak diet. Tapi sejauh mana diet itu berkesan untuk kita. Bagaimana caranya untuk dapatkan diet yang berkesan?

1. Belajar tentang nutrisi. Ambil tahu apa yang kita masukan ke dalam perut. Kenal pasti keperluan badan, berapa karbo, fiber dan sebagainya yang perlu kita ambil.

2. Jadikan diet satu yang menyeronok kan. Bukan menyeksakan. Pelbagaikan menu harian menjadikan ianya enak dan menyelerakan.

3. Dalam hidup perlu ada matlamat. Tak kira apa pun yang kita lakukan perlu ada target. Jadi untuk diet kita kena ada target juga. Kena tahu kenapa kita nak kurus. Berapa berat ideal kita nak capai. Barulah bersemangat untuk meneruskan misi diet hingga berjaya.

4. Salah sebenarnya jika berlapar semasa diet. Makanan beri tenaga, jika kita gunakan tenaga lebih dari apa yang kita ambil, badan akan terkejut. Secara tidak langsung boleh menyebabkan metabolisma jadi rendah.

5. Lakukan perubahan perlahan-lahan, jangan terlalu drastik. Badan akan terkejut jika perubahan dilakukan mendadak. Jika sebelum ni makan 5 pinggan nasi sehari. Kurangkan kepada tiga dan seterusnya.

6. Cara diet yang betul bukan hanya pada makanan sahaja. Tapi juga gaya hidup. Jangan lakukannya sorang-sorang. Cari orang yang boleh beri sokongan dan inspirasi untuk amalkan diet bersama.

7. Amalan pemakanan yang betul hanya sebahagian sahaja dari cara untuk kurus. Lakukan aktiviti fizikal seperti berlari, berjalan, memanjat dan sebagainya. Aktiviti sebegini sebahagian dari cara hidup sihat.

8. Diet yang betul ialah makan dengan kerap tapi dalam kuantiti yang sikit. Ambil 5 hidangan setiap hari. Jangan tinggal waktu makan terutama sekali sarapan pagi.

9. Kurangkan makanan manis. Gula punca utama ramai orang gagal menjayakan misi diet mereka. Tak guna kita jaga pemakanan tapi masih ambil gula dengan banyak.

10. Air kosong adalah 0 kalori. Ha.. minumlah banyak-banyak. Sudahlah hilang dahaga, buang toksin, bantu proses makanan dan fungsi tubuh malah bantu untuk cover rasa lapar kita.

Jom diet dan detox mengikut gaya saya. Hubungi sekarang untuk konsultasi pemakanan percuma.

Suriya Ahmad 0192635231
www.suriyamanis.com

8 MANFAAT KETAWA

Selalu kita dengar orang cakap senyum tu sedekah kan. Haa.. tapi hari ni nak cerita pasal ketawa pula.

Banyak manfaat ketawa ni sebenarnya, antaranya ialah:


😂 Dapat mengurangkan stress
😂 Mampu memperbaiki aliran dan tekanan darah
😂 Jangan tak tahu ketawa juga merupakan satu senaman.
😂 Ketawa juga dikatakan dapat meningkatkan ketahanan tubuh
😂 Ketawa pastinya dapat menghilangkan kesakitan
😂 secara tidak langsung ketawa meningkatkan kemahiran bersosial
😂 Dengan ketawa akan menyebabkan kita menjadi lebih tenang dan kurang agresif
😂 Ketawa juga memberi tenaga kepada organ dalaman

Tapi dulu masa sekolah, selalu kan dengar kawan-kawan cakap jangan ketawa lebih-lebih nanti ilmu keluar. Hahahahah. Apa pun biarlah berpada.

Suriya Ahmad
0192635231
www.suriyamanis.com

SEBAB MENGAPA BAHAYA BAYAM!

Selalu kita dengar sayur merupakan makanan kesihatan terbaik untuk tubuh. Tapi tahukah anda jika kita salah menyediakannnya ia boleh mengundang BAHAYA.

Bayam akan mengeluarkan racun jika ianya dipanaskan kembali. Kandungan nitrat yang ada di dalam bayam mampu menjadi racun yang menggalakkan kejadian melecur.

Nitrat juga boleh berubah menjadi nitrosin yang sangat berbahaya kerana ia boleh mencetuskan pertumbuhan kanser.

Perubahan kimia kandungan nitrat menjadi nitrosin terjadi ketika memanaskan bayam yang sudah lama sejuk.

Ketika bayam yang sudah mengalami perubahan kimia tersebut dimakan oleh orang dewasa atau anak-anak maka boleh mempengaruhi kerja-kerja darah untuk menghantarkan oksigen ke seluruh tubuh, dan tidak dapat diramalkan pada bila-bila masa darah dapat berhenti melakukan tugasnya untuk membawa oksigen seluruh badan.

Oleh itu pastikan kita tak panaskan kembali bayam yang telah sejuk selepas dimasak.

Ini kerana hanya akan menimbulkan pelbagai kemungkinan datangnya penyakit,  dari yang ringan hingga yang parah.

Suriya Ahmad 019-2635231
www.suriyamanis.com

Custom Post Signature

Custom Post  Signature