Thursday, March 10, 2016

On 10:16 PM by SURIYA AHMAD in , ,    No comments


.
Bila tiba ulangtahun kelahiran En Suami mesti stress. Bukan apa, pening fikirkan hadiah apalah nak bagi kat dia.

Ia bukan masalah awak seorang, tapi masalah ramai wanita.

Mari saya kongsikan beberapa barang yang boleh dijadikan sebagai hadiah pada suami tersayang.

1. WALLET

Hadiah yang lelaki paling suka. Sebab lelaki biasanya 2 hingga 3 tahun baru tukar wallet baru, selagi tak hancur lunyai selagi tu la recycle guna yang tu je.

Kalau perempuan, setahun tu rasanya dah 5 handbag kan? Wallet lelaki ada dua jenis, short and long wallet. Kalau lelaki yang bekerjaya, diorang lebih prefer long wallet sebab banyak slot disediakan untuk letak kad dalam tu.

2. TALI PINGGANG

Cuba tengok belt atau tali pinggang pasangan uols. Tali pinggang ni lebih kurang macam wallet jugak. Paling banyak ada 2 je, pastu duk ulang pakai yang sama sampai terputus. Kalau nak bagi hadiah tali pinggang, memang seronok la lelaki.

Biasanya lelaki hanya guna 2 warna sahaja untuk tali pinggang iaitu black and brown.

3. BAJU

Kalau nak beli baju sebagai hadiah, kena tahu taste pasangan uols tu dulu. Masa keluar dating, dia selalu pakai baju jenis macam mana dan saiz apa. Baju t-shirt, jersi atau baju shirt lengan panjang?

Dan satu lagi warna baju tu pun kena fikir jugak masa nak beli. Warna hitam, biru, merah antara kegemaran lelaki. Baju couple pun boleh dijadikan hadiah tapi bagi aku tak suka baju jenis camtu.

4. JAM

Lelaki tak banyak pilihan aksesori macam perempuan. Jadi, untuk menonjolkan imej mereka untuk nampak menarik, handsome dan bergaya, sekurang-kurangnya seutas jam tangan mesti ada pada mereka.

Tak kisah jenama jenis apa, contoh yang jenis sport watches macam Casio, Adidas dan Fossil.

5. PEN

Sesuai diberikan bagi lelaki yang berkerjaya. Nasihat saya, kalau nak bagi hadiah pen, jangan beli pen yang ballpoint yang jenis mata macam nak tulis khat. Sebab pen tu susah nak guna. Beli yang ballpoint biasa je, yang boleh guna untuk urusan harian.

6. GADGET

Apa gadget yang pasangan uols guna sekarang ni? Kalau still guna yang jenis cikai tu, elok la uols upgrade dengan beli yang baru.

Kalau handphone, yang dapat whatsapp dan ada kamera pun dah ok. Gerenti dia suka dapat gadget baru. Kalau dapat Iphone lagi bertambah sayang kat uols tau.

7. AKSESORI

Kena tengok apa minat dia. Kalau suka make up kereta macam, bagi hadiah aksesori kereta macam audio player. Tapi kos nak beli tu agak tinggi laz

Kalau dia suka main bola, boleh beli jersi pasukan kegemaran dia atau kasut bola. Yang minat fotografi, boleh belikan dia kamera DSLR. Kalau dia suka makan, beli je dapur gas suruh dia masak.

8. KASIH SAYANG

Kalau tak mampu nak sediakan senarai yang ada kat atas ini, memadai dengan memberikan kasih sayang yang sepenuhnya pada pasangan uols kerana ia merupakan hadiah yang tidak ternilai bagi mereka. Kesetiaan yang sejati selamanya.



Feel free to share!



Apa Kata Anda

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih banyak sudi singgah dan komen di Blog saya. Semoga anda dilimpahi rezeki oleh Allah. TQ