AWAS!! GEJALA SERANGAN JANTUNG PADA LELAKI


1. Rasa tidak selesa di dada tengah selama beberapa minit. Rasa itu datang dan pergi.

2. Rasa tidak selesa ini menyebabkan sakit hingga ke bahu, leher dan lengan kiri. Rasa sakit ini sama ada sekejap atau konsisten.

3. Rasa sakit boleh juga menyerang di bahagian huku hati perut. Jangan biarkan rasa sakit ini.

4. Salah satu tanda lagi serangan jantung awal ialah rasa sesak nafas akubat kelurangan oksigen.

5. Rasa sakit dada semasa bernafas  dan denyutan jantung menjadi laju.

6. Rasa mual dan muntah kerana ada ransangan dalam sistem saraf tubuh

7. Tanda lain pada seorang lelaki yang diserang jantung ialah berpeluh dan peningkatan suhu badan

8. Muka kelihatan pucat dan rasa pusing kepala.

9. Mudah lelah, gangguan pencernaan, rasa gelisah dan cemas.

10. Tidak dapat tidur dengan baik

Disini saya sharekan SET CADANGAN JANTUNG SHAKLEE yang anda boleh ikhtiar. Antara yang dicadangkan ialah:

Omega Guard
Vita E Complex
Lecithin
Garlic
Energizing Soy Protein
Vivix

—-> sila hubungi saya bagi mendapatkan khidmat nasihat untuk rangkaian produk yang paling hebat.

Antara kebaikannya, ✔Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
✔Membantu mengekalkan tahap kolesterol yang sihat
✔Membantu mengekalkan tekanan darah normal

Sayangi diri anda, sayangi keluarga anda, sayangi jantung anda.

HUBUNGI SAYA
Suriya Ahmad|shaklee distributor yang manis😊😊|019-2635231

HERBLAX PENGHAPUS BAU BADAN

Abang Kacak! TAHUKAH ANDA Dr Shaklee telah kenalkan Herb-Lax pada tahun 1917. Ia direka  dan bertindak sebagai agen pembersih untuk bantu proses semula jadi badan.

Herb-Lax adalah gabungan 9 herba, termasuk daun Senna, yang telah digunakan untuk lebih daripada 3,000 tahun sebagai julap semulajadi.

Antara manfaat lain herb lax ialah:

💨 Bersihkan najis yang tersekat
💨 Bantu atasi sembelit
💨 Bertindak sebagai agen pembersihan yang lembut dan mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement)
💨 Bantu kempiskan perut
💨Tingkatkan pengaliran darah
💨 Kurangkan  bau badan
💨 Detoks

Suriya Ahmad |0192635231
Order &konsult

#Zi2M
#ShakleeEffectZi2M
#teamSUMC

9/10 WANITA SUKA DIPIKAT CIK ABANG.


1. Sabar dan tegas pada masa yang tepat agar ada rasa hormat dari isteri. Perlu seimbang, jangan terlalu tegas sampai isteri takut dan tertekan.

2. Musyawarah dan muafakat penting dalam hidup rumah tangga. Bincang setiap perkara yang mahu diambil bersama.

3. Jangan mudah menyalahkan sesiapa. Suami yang baik ialah suami yang boleh menahan diri dari meletakkan kesalahan pada orang lain dan baiki diri.

4. Mudah berterima kasih dan kerap bersyukur. Bukan setakat isteri je sayang tau. Allah pun sayang.

5. Beri perhatian sepenuhnya kepada isteri. Isteri sebenarnya sangat memerlukan sokongan dan perhatian dari suami. Baru rasa diri dihargai.

6. Taat beribadah. Ia buat isteri lagi rasa dilindungi. Sebagai suami wajib untuk didik isteri mendalami agama.

7. Sebagai ketua keluarga, suami wajib
kerja keras untuk menyediakan nafkah keluarga. Bukan meletakkan tanggungjawab pada bahu isteri.

9. Setia. Kepercayaan seorang isteri sukar dicari lagi jika sekali dirinya ditipu.
Hati hati bab ini yer cik abang.

Suriya Ahmad |shaklee distributor |019-2635231

10 SIMPTOM KESIHATAN CIK ABANG PERLU DIAMBIL BERAT.


Abang abang semua meh sini meh baca perkongsian ini.

1. Kadar denyutan jantung "resting heart rate" sekitar 70 bpm

2. Memiliki kuku yang merah dan kuat.

3. Air kencing berwarna kuning. Jika air kencing keruh dan gelap menunjukan tubuh anda kurang air.

4. Boleh lakukan 20 kali latih tubi. Nampak remeh, cuba lakukan 20 kali latih tubi tanpa rehat. Jika tidak mampu kemungkinan anda ada masalah kesihatan

5. "Membuang" setiap hari membuktikan proses detoksifikasi berjalan lancar.

6. Kawal kadar BMI. Dari ditu boleh tahu kategori tubuh berada di tahap mana. Sama ada terlalu kurus, sederhana, gemuk atau sebagainya.

7. Boleh bangun setiap pagi tanpa perlu kunci jam

8. Selepas 5 minit sesi kardio, denyutan jantung kembali normal

9. Boleh berlari 1.6 km dalam masa 15 minit

10. Tahu bila kali terakhir melakukan pemeriksaan kesihatan berkala tahunan

Lelaki! Mari dapatkan Set Kesihatan Optimum Shaklee untuk kesihatan anda.

Suriya Ahmad| shaklee distributor |019-2635231

ULANGTAHUN KELAHIRAN MR ABAH. APAKAH YANG SURPRISE?


.
Bila tiba ulangtahun kelahiran En Suami mesti stress. Bukan apa, pening fikirkan hadiah apalah nak bagi kat dia.

Ia bukan masalah awak seorang, tapi masalah ramai wanita.

Mari saya kongsikan beberapa barang yang boleh dijadikan sebagai hadiah pada suami tersayang.

1. WALLET

Hadiah yang lelaki paling suka. Sebab lelaki biasanya 2 hingga 3 tahun baru tukar wallet baru, selagi tak hancur lunyai selagi tu la recycle guna yang tu je.

Kalau perempuan, setahun tu rasanya dah 5 handbag kan? Wallet lelaki ada dua jenis, short and long wallet. Kalau lelaki yang bekerjaya, diorang lebih prefer long wallet sebab banyak slot disediakan untuk letak kad dalam tu.

2. TALI PINGGANG

Cuba tengok belt atau tali pinggang pasangan uols. Tali pinggang ni lebih kurang macam wallet jugak. Paling banyak ada 2 je, pastu duk ulang pakai yang sama sampai terputus. Kalau nak bagi hadiah tali pinggang, memang seronok la lelaki.

Biasanya lelaki hanya guna 2 warna sahaja untuk tali pinggang iaitu black and brown.

3. BAJU

Kalau nak beli baju sebagai hadiah, kena tahu taste pasangan uols tu dulu. Masa keluar dating, dia selalu pakai baju jenis macam mana dan saiz apa. Baju t-shirt, jersi atau baju shirt lengan panjang?

Dan satu lagi warna baju tu pun kena fikir jugak masa nak beli. Warna hitam, biru, merah antara kegemaran lelaki. Baju couple pun boleh dijadikan hadiah tapi bagi aku tak suka baju jenis camtu.

4. JAM

Lelaki tak banyak pilihan aksesori macam perempuan. Jadi, untuk menonjolkan imej mereka untuk nampak menarik, handsome dan bergaya, sekurang-kurangnya seutas jam tangan mesti ada pada mereka.

Tak kisah jenama jenis apa, contoh yang jenis sport watches macam Casio, Adidas dan Fossil.

5. PEN

Sesuai diberikan bagi lelaki yang berkerjaya. Nasihat saya, kalau nak bagi hadiah pen, jangan beli pen yang ballpoint yang jenis mata macam nak tulis khat. Sebab pen tu susah nak guna. Beli yang ballpoint biasa je, yang boleh guna untuk urusan harian.

6. GADGET

Apa gadget yang pasangan uols guna sekarang ni? Kalau still guna yang jenis cikai tu, elok la uols upgrade dengan beli yang baru.

Kalau handphone, yang dapat whatsapp dan ada kamera pun dah ok. Gerenti dia suka dapat gadget baru. Kalau dapat Iphone lagi bertambah sayang kat uols tau.

7. AKSESORI

Kena tengok apa minat dia. Kalau suka make up kereta macam, bagi hadiah aksesori kereta macam audio player. Tapi kos nak beli tu agak tinggi laz

Kalau dia suka main bola, boleh beli jersi pasukan kegemaran dia atau kasut bola. Yang minat fotografi, boleh belikan dia kamera DSLR. Kalau dia suka makan, beli je dapur gas suruh dia masak.

8. KASIH SAYANG

Kalau tak mampu nak sediakan senarai yang ada kat atas ini, memadai dengan memberikan kasih sayang yang sepenuhnya pada pasangan uols kerana ia merupakan hadiah yang tidak ternilai bagi mereka. Kesetiaan yang sejati selamanya.

HILANG SAKIT PINGGANG DAN SLIPDISC SEMAKIN PULIH


" Kaulah suami, kaulah teman, kau lah ayah, kau lah segalanya. "

Besar tanggungjawab seorang lelaki. Seharian mencari nafkah untuk menyara keluarga. Kadangkala tidur tak tentu masa. Ianya mengundang keletihan melampau yang kadangkala tak terbayar pun dengan lena dan rehat yang cukup.

Pengambilan 4 biji Ostematrix sebelum tidur boleh mengatasi masalah keletihan melampau. Yang seronoknya masalah sakit sendi dan sakit belakang juga boleh dikurangkan.

OSTEMATRIX satu gabungan kalsium, magnesium dan Vitamin D. 

Kesan kekurangan kalsium boleh sebabkan seseorang tu mengalami risiko Osteoporosis, sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih, lesu dan kebas kaki atau tangan.

Vitamin D pula bantu penyerapan kalsium dalam tubuh untuk elakkan  penghasilan batu dalam ginjal.

Magnesium yang ada dalam ostematrix pula bertindak untuk metabolismakan kalsium.

Malah amat membantu dalam masalah slip disc sang suami.

Terbukti Vitamin Kalsium terbaik dan lengkap hanya dengan Shaklee.

Rugi tau kalau pilih jenama lain.

SOALAN PALING HANGAT BALIK KAMPUNG. BILA NAK ADA ANAK. ISTERI TERPAKU AKU TERKEDU.


.
Bila cakap tentang zuriat, tidak adil jika isteri sahaja yang disalahkan, suami juga mainkan peranan dalam hal ini.

Sebagai suami harus titik berat tentang penjagaan kesuburan diri. Antara yang boleh dilakukan ialah:

🍌 Jauhkan dari sinaran-X, racun perosak atau radiasi.
🍌 Jangan duduk terlalu lama atau kerap bersauna. Ini boleh menyebabkan proses penghasilan sperma terganggu.
🍌 Jangan pakai seluar dan seluar dalam ketat.
🍌 Makan makanan yang tinggi antioksida.
🍌 Ambil Vitamin C dan E. Zink dan Selenium juga membantu penghasilan sperma.
🍌 Jauhi alkohol, kurangkan pengambilan daging merah dan kopi.
🍌 Berhenti merokok.
🍌 Dapatkan berat badan ideal.
🍌 Kurangkan stress.
.
Mungkin telah cuba amalkan pun tips ni, tapi masih juga tak dapat zuriat. Satu pesanan saya, sebelum anda pasrah pasrah pada takdir, teruskan berdoa. Kerana, rezeki adalah urusan Dia.
.
Namun boleh juga berusaha untuk dapatkan nasihat pakar. Mungkin ada masalah yang perlu dapatkan nasihat dari mereka yang lebih arif.
.
Suriya Ahmad|shaklee distributor|019-2635231

THE POWER OF SEDEKAH

3 minggu lepas, saya menghadiri satu seminar selama 5 hari.

Seminar ini kebanyakannya dihadiri oleh mereka yang diberi kelapangan kewangan oleh Allah. Ini kerana kos seminar itu hampir RM8,000 untuk 5 hari.

Tak ramai yang mampu hadir disebabkan kos yang sangat tinggi.

Bertemu Dengan Ramai Jutawan

Sepanjang 5 hari di sana, saya bertemu dengan ramai jutawan.

Mereka ‘tersangat’ kaya.

Ada yang income mencecah RM500k-RM600k sebulan, baru berusia 40-an.

Ada yang baru berusia 25 tahun, tapi pendapatan bulanan sudah mencecah RM50k sebulan.

Ada yang berusia 35 tahun. Sales tahunan mencecah RM120 juta.

Tak boleh nak cerita semua. Sebab terlalu ramai yang hebat.

Subhanallah. Saya sendiri terkejut dengan kejayaan mereka.

Jangan tunggu kaya baru nak sedekah. Sebab itulah nanti kita tak kaya kaya. Untuk menerima, kita perlu memberi dahulu.

Nasihat Dari Para Jutawan

Semasa salah satu sessi, saya sarapan pagi bersama mereka.

Saya tanya mereka, apa rahsia amalan yang mereka buat untuk berjaya sampai ke tahap itu?

Salah seorang peserta, berusia 25 tahun berpendapatan RM50k sebulan berkongsi dengan saya.

“Bang, saya nak share satu benda aja. Kalau kita nak yang terbaik. Kita kena beri yang terbaik. Nak duit banyak, kena sedekah banyak. Satu benda mudah yang saya nak share dengan abang, sedekah bila masuk masjid. Abang buka beg duit, ambil duit yang paling besar. Then, sedekah kat tabung masjid. Abang buat aje, nanti abang akan rasai perbezaannya. Bila kita beri yang terbaik, Allah pulangkan yang terbaik untuk kita.”

Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain menambah.

“Firdaus, kau jangan percaya apa dia ni cakap. Jangan percaya, tapi kau buat aje!!! Ingat, duit yang paling besar dalam wallet ok.”

Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain pulak menambah.

“Saya ni dah lama jutawan. Tapi, dulu nak sedekah kat masjid, RM10 pun rasa berat. Kedekutnya saya waktu tu. Tapi, lepas saya belajar. Saya dah tak kedekut. Saya pun sama macam mereka. Saya keluarkan duit yang paling besar ada dalam wallet saya. Saya juga selalu tukar duit kecil, RM1, RM5, RM10, RM20 dan saya selalu bawa bersama saya. Bila saya jumpa orang yang memerlukan, saya akan sedekah ikut keperluan mereka.”

Wowwww…… Ini rupanya rahsia mereka.

Saya Masuk Masjid Dan Teringat Kata Kata Mereka

Hari Khamis yang lepas, saya masuk ke Masjid di Parit Buntar.

Pada waktu tu, saya teringat nak bersedekah kepada masjid. Saya berazam nak sumbanglah RM50 kepada masjid. Sebab saya sangka itulah duit yang paling besar saya ada dalam wallet.

Tiba tiba, bila saya buka beg duit.

Allahuakbar. Macam mana ada duit RM100 pulak dalam wallet saya ni?

Aduh !!!!!

Iman saya mula bergoyang. Nak sumbang RM50 pun dah kira besar. Inikan pula RM100. Fuhhhhh…. Saya berpeluh seketika.

Tapi, disebabkan saya teringat kata kata para jutawan yang menggalakkan saya menderma wang terbesar dalam wallet. Saya pun, dengan rasa ‘berat hati’. Saya keluarkan RM100 dan masukkan dalam tabung masjid.

Saya ingat lagi, masa saya sumbang tu. Saya berdoa kepada Allah.

“Ya Allah, aku berikan yang terbaik untuk Mu. Aku tak tahu macam mana Kau akan gantikan duit ini untukku. Tapi, aku sudah menjalankan tanggung jawabku. Sekarang, aku serahkan pada Mu untuk mengaturkan sesuatu untuk aku.”

Sejujurnya, masa saya keluar masjid. Saya asyik berfikir.

“Hmmm…. macam manalah Allah nak gantik RM100 ni dalam masa segera?” tak nampak jalan yang saya akan dapat duit dari mana mana sumber bisnes yang saya buat.

Tapi, tak per lah. Saya buat kerja saya, selebihnya saya serahkan kepada Allah.

Apa Berlaku Pada Hari Jumaat?

Pagi Jumaat, saya buat kerja seperti biasa. Tiba tiba, saya dapat panggilan telefon daripada abang saya.

“Daus, cepat cepat. Jual saham yang hang beli tu? Sekarang naik mencanak.”

Tanpa membuang masa, saya terus onlinekan telefon saya.

Saya cek saham yang dah 2-3 minggu saya beli, yang asyik turun tak naik naik. Saya pun dah sedikit kecewa dengan saham ni.

Terbeliak biji mata saya tengok harga semasa saham tersebut.

Allahuakbar.

Kalau dihitung mudah, keuntungan sekitar
RM4,800.

Subhanallah. Tanpa membuang masa, saya terus jual saham tersebut.

Syukur Alhamdulillah.

Saya benar benar tak sangka, Allah nak beri rezeki kepada saya daripada pintu yang tidak saya sangka.

Memang saya jangka saham yang saya beli tu akan naik. Saya jangka untung dalam RM1,000-RM1,500. Tak lah sampai RM4,800 dalam tempoh 2-3 minggu.

Subhanallah. Saya bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.

Selepas itu, saya pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat. Sekali lagi, saya buka beg duit saya, saya dermakan wang paling besar yang saya ada.

Kali ini, saya berdoa kepada Allah.

“Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat yang Kau berikan kepadaku. Terima kasih kerana memberi ‘pulangan’ kepada aku dengan begitu pantas. Hari ini, aku berikan sumbangan aku lagi untuk masjid ini. Semoga Kau berikan yang lebih baik buat aku selepas ini.”

Jangan takut untuk bersedekah.

Allah Allah…..

Selama ini, bukan saya tak percaya THE POWER OF SEDEKAH.

Saya tersangat percaya, tapi biasalah. Kita manusia. Kita selalu rasa takut nak MEMBERI. Kita ingat dengan memberi akan mengurangkan apa yang kita ada.

Sebenarnya tak, bila kita memberi. Kita akan menambah apa yang kita sedia ada.

Saya tulis kali ini, semata mata untuk memberi kekuatan kepada saya untuk memberi yang terbaik dalam setiap perkara yang saya lakukan.

Semoga kisah ini juga sedikit sebanyak akan memberi inspirasi kepada anda untuk bersedekah.

Kawan kawan semua…. Jom Bersedekah.

Ingat pesan ini, “Kita kurang berjaya bukan kerana kita kurang menerima, tetapi kerana kita kurang memberi. The more we give, the more we get back. Insya Allah.”

Jika kita tak mampu nak bersedekah dengan wang ringgit, jom bersedekah dengan cara yang paling mudah. Iaitu dengan memberi senyuman.

Kalau ini pun kita tak mampu nak lakukan, hmmm…. Lebih baik kita usah hidup.

Semoga Allah beri kekuatan kepada kita untuk lebih banyak
Energy paling tinggi disaat khatib membaca khutbah bersedekah dan berdoalah....😊😊😊
Bagi kaum hawa bersedekah diawal pagi setiap jumaat dan dengar bacaan khutbah melalui tv dan berdoa.

Perkongsian dari sahabat.