Friday, February 26, 2016

SIMANJA SIHAT

TAHUKAH ANDA 1/4 cup mealshake = 4 sudu besar = 3 gram fiber

Setiap hidangan mealshake mengandungi 3 gram fiber. 

Kanak-kanak memerlukan 20 gram – 30 gram fiber sehari. Jadi anda boleh berikan beberapa kali hidangan mealshake pada anak-anak untuk mencukupkan bekalan fiber mereka.

Jika anak anda mempunyai maslah sembelit, boleh berikan sehingga dua kali hidangan mealshake kepada mereka.

Namun untuk kanak-kanak 1-3 tahun boleh kurangkan dos dengan mulakan dengan 1-2 sudu sehari.

Boleh bancuh mealshake dalam minuman kegemaran mereka sama ada dihidangkan sejuk atau suam.

PM saya untuk dose yang sesuai mengikut keperluan dan konsultasi percuma.

Suriya Ahmad
www.suriyamanis.com

Wednesday, February 24, 2016

TIRAM TUMIS ACHEH. ADUSSS..MELELEH AIR LIUR.


Siapa suka makan Tiram atau suka makan Kerang. Sila angkat tangan sambil tersenyum..hihi..Ramainya peminat Tiram dan Kerang. Inilah rupanya Tiram yang selalu digemari oleh orang Acheh. Saya juga berketurunan Acheh  dan sangat suka Tiram dan Kerang. Paling sedap Tiram tumis ataupun Kerang bakar. Adusss..meleleh dah air liur..hihi..
.
Dapat pula kawankan dengan nasi putih panas memang tak pandang kiri kanan. Aduh aku yang cerita aku pula dah rasa lapar.
.
Selain enak Tiram dilihat dari segi kesihatan yang kaya dengan manfaat.
TIRAM kaya dengan Zink yang berfungsi sebagai "kenderaan" membawa oksigen ke seluruh badan.
.
Tiram mengandungi banyak zink dengan setiap 100mg mengandungi 14.3mg zink. Berbanding dengan daging merah, setiap 100mg hanya terdapat 6.4mg zink sahaja.
.
Kerang juga merupakan sumber asid lemak omega 3 dan mengandungi lemak tepu yang rendah.
.
Tapi ramai yang berat nak masak Tiram dan Kerang. Kata lecehlah, tak cukup masa, tak pandailah dan macam macam lagi.  Jadi saya ada cara mudah zaman ini untuk atasi masalah masalah anda semua bagi mendapatkan khasiat khasiat tersebut. Hanya dengan mengamalkan supplemen Zinc complex segala masalah anda selesai.
.
Kalau nak cari Zinc complex boleh PM saya atau whatsapp jer 0192635231.

Tuesday, February 23, 2016

9+1 MANFAAT LOBAK

KULIT : Lobak sangat baik untuk kulit kerana mempunyai Vitamin A dan antioksidan yang akan melindungi kulit daripada sinaran matahari. Lobak menghalang jerawat, kulit kering, kedutan pra-matang dan membantu anda untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah

MATA : Lobak adalah sumber yang kaya dengan Vitamin A dan B yang membantu anda untuk menghasilkan penglihatan yang lebih baik.

KANSER : Lobak meningkatkan kuasa imuniti dan juga membantu untuk memerangi kanser.

KOLESTROL : Makan satu lobak merah setiap hari membantu anda untuk mengeluarkan kolesterol yang tidak baik daripada badan.

OTAK : Lobak mempunyai lebih banyak kalori yang membantu untuk meningkatkan kuasa ingatan seorang kanak-kanak.

TEKANAN : Untuk melegakan dari tekanan, minum segelas jus lobak merah setiap hari.

JANTUNG : Lobak diperkayakan dengan Beta-karotena, Alfa-Karotena dan Lutein yang membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

MEMBERSIHKAN BADAN : Lobak mempunyai serat yang membantu untuk membersihkan kolon dan mengurangkan lemak di dalam hati.

ANTISEPTIK : Sumber mengatakan herba lobak boleh digunakan untuk mencegah jangkitan. Mereka boleh digunakan pada luka mentah masak atau dicincang.

ANTI-PENUAAN : Beta-Karotena yang terdapat dalam lobak merah membantu melambatkan penuaan sel-sel di dalam badan.

13 TIPS PERSEDIAAN SEBELUM MELANCONG


====================

✈️ RANCANG PERBELANJAAN

Rancang perbelanjaan sebaiknya. Sediakan duit untuk hotel, makan, petrol, shopping, dan sebagainya. Jangan melancong tanpa wang kerana ia akan menyusahkan diri sendiri dan mungkin juga orang lain.

✈️ PAKAIAN DAN KEPERLUAN

Ia mudahkan anda dan tidak berlaku pembaziran. Sebagai contoh, anda ke pantai dan tidak mempunyai pakaian mandi. Justeru anda terpaksa membeli pakaian mandi di kawasan pelancongan dan sudah tentu harganya mahal.

Bawa pakaian yang perlu sahaja. Jika perlu kurangkan pakaian, maka kurangkan. Ini bagi memudahkan untuk anda mengemas semula barang-barang anda. Ini juga strategi untuk anda ‘shopping’ banyak barang semasa melancong kerana ruang beg anda masih banyak. Kurangkan barang yang dibawa, bawa pulang banyak barang hasil percutian kita

✈️ PASPORT

Pastikan passport anda masih sah. Sah dengan erti kata tarikh ‘expired’ passport anda hendaklah masih hidup dalam tempoh 6 bulan sebelum pulang dari tarikh anda melancong. Andai kata tidak cukup 6 bulan tempoh sah maka anda tidak dibenarkan untuk menaiki penerbangan. Sila berhati-hati.

✈️ TEMPAH TIKET PENERBANGAN

Disarankan untuk menempah tiket penerbangan seawal 6 atau 3 bulan awal untuk mendapatkan harga yang berpatutan. Lagi untung beli ketika promosi. Untuk dapatkan promosi kita kenalah sentiasa ‘update’ dengan informasi terkini daripada pihak penerbangan.

Pastikan ada membuat ‘Web Check In’ 2 hari sebelum melancong. Ini bagi memudahkan urusan anda ketika untuk urusan ‘Check In’ nanti.

'Boarding Pass’ hendaklah disimpan dengan baik. Sebaiknya simpan juga salinan tiket penerbangan. Ini sebagai ‘back up plan’ sekiranya berlaku perkara-perkara tidak di ingini.

✈️ PETA

Penting lebih2 lagi jika anda baru pertama kali ke tempat tersebut. Jangan melancong tanpa peta. Peta akan membantu anda dalam banyak perkara.Sebaiknya belilah buku travel yang mengandungi peta,nombor telefon dan alamat destinasi dan lain-lain.

✈️ INITERY PERJALANAN

Adalah lebih baik sekiranya kita buat ‘survey’ dahulu melalui internet. Anda boleh menyusun sendiri itinerari program anda. Contohnya dengan menempah hotel sendiri, pengangkutan menggunakan pengangkutan awam dan makanan dibawa siap.

Akan tetapi berhati-hati kerana dikhuatiri anda ditipu oleh orang yang tidak dikenali. Rujuk kawan-kawan yang telah sampai ke tempat yang ingin kita pergi. Ini memudahkan kita untuk menyusun perjalanan percutian kita dengan baik.

Jalan penyelesaian. Anda boleh dapatkan pakej ‘Groud Handling’ daripada agensi pelancongan yang sah. Dengan itu, tugasan anda mudah tanpa perlu menempah segala bagai.

Anda hanya perlu mengikuti perjalanan yang telah ditetapkan oleh pihak agensi pelancongan.

✈️ KENDERAAN

Jika gunakan kenderaan yang dipandu (kenderaan sendiri) pastikan dalam keadaan baik dan selamat. Sebaiknya hantar ke pusat servis untuk diperiksa enjin, tayar dan lain-lain.

✈️ PENGURUP WANG

Anda boleh ‘survey’ mana-mana ‘money changer’ yang boleh menawarkan harga yang terbaik untuk pertukaran duit. Kebiasaannya di area Bukit Bintang. Anda kena kenal pasti dahulu matawang apa yang digunakan di negara yang ingin anda pergi.

Anda juga boleh menukar duit di ‘money changer’ di ‘airport’ atau di negara yang kita lawati akan tetapi kadar pertukarannya rendah. Kita rugi di situ.

✈️ BAHASA

Bahasa adalah penting. Jika ingin melancong dalam dan luar negara, belajarlah sedikit asas bahasa dan dialek penduduk disitu. Amat membantu jika anda dalam kesusahan, untuk berinteraksi dgn penduduk serta untuk tawar menawar dalam urusan pembelian souvenir.

✈️ DUIT 'EMERGENCY'

Pastikan anda menyimpan sedikit wang untuk keadaan yang tidak dijangka. Ini memastikan anda tidak panik ketika menghadapi situasi ini.

Anda boleh tenang menggunakan duit ‘emergency’ tersebut. Kita tidak tahu apa akan berlaku akan tetapi sebaiknya sediakan duit tersebut

✈️AKSESORI WAJIB

Sebagai seorang pelancong, pastinya ada barang-barang yang merupakan 'senjata' untuk anda bawa bersama. Seperti,

👉🏻 Makanan segera, biskut dan roti
👉🏻 Losyen
👉🏻 Vitamin Shaklee
👉🏻 Botol Air
👉🏻 Selimut & Bantal
👉🏻 Cermin mata
👉🏻 ‘International Plug Adaptor’
👉🏻 Kompas & sejadah
👉🏻 Sweater
👉🏻 Beli peta

✈️ DATANG AWAL KE AIRPORT

Sebaik-baiknya sampai di ‘airport’ 3 jam sebelum waktu berlepas. Ini kerana kita tidak tahu sebarang masalah yang berlaku semasa dalam perjalanan untuk ke ‘airport’. Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, kita juga akan menyesal. Datanglah awal supaya anda dapat bertenang ketika di sana.

✈️ KESELAMATAN BARANG

Barang-barang yang kita bawa hendaklah sentiasa bersama kita. Jangan leka kerana ada sahaja orang yang ingin mengambil kesempatan. Sekiranya passport kita ada di dalam beg kita yang hilang maka akan menyusahkan kita kelak.

Jadi berhati-hati. Jangan kerana kealpaan kita membuatkan percutian kita hancur begitu sahaja.

SELAMAT BERCUTI😊😊

Custom Post Signature

Custom Post  Signature