Sangat mudah untuk dibawak dalam handbag.
Suriya Ahmad
0192635231
Ramai ambil mudah keperluan multivitamin masa puasa ni.
Teringat cerita sorang kawan, dulu dia masa puasa mesti pening. Lagi kesian dia menyusu kan baby pula tu. Dah lah tu bekerja lagi, jadi bila waktu mengepam tu memang jadi tak best.
Saya suruh dia cuba ambil multivitamin Shaklee, tentunya VITALEA. Dia pun mula seronok, makan setiap kali sahur dan berbuka.
Tau tak apa feedback dia kat saya?
Dia kata bukan setakat pening je semakin berkurang, malah jarang sangat dah pening tu muncul. Lagi best badan pun mula bertenaga dan cergas. Mengepam kat tempat kerja pun jadi makin seronok walaupun berpuasa.
Uols yang ada masalah yang sama patut cuba tau!
Whatsapp segera saya bantu.
Suriya Ahmad 019-2635231
www.suriyamanis.com
.
Orang nak diet kita pun nak diet. Tapi sejauh mana diet itu berkesan untuk kita. Bagaimana caranya untuk dapatkan diet yang berkesan?
1. Belajar tentang nutrisi. Ambil tahu apa yang kita masukan ke dalam perut. Kenal pasti keperluan badan, berapa karbo, fiber dan sebagainya yang perlu kita ambil.
2. Jadikan diet satu yang menyeronok kan. Bukan menyeksakan. Pelbagaikan menu harian menjadikan ianya enak dan menyelerakan.
3. Dalam hidup perlu ada matlamat. Tak kira apa pun yang kita lakukan perlu ada target. Jadi untuk diet kita kena ada target juga. Kena tahu kenapa kita nak kurus. Berapa berat ideal kita nak capai. Barulah bersemangat untuk meneruskan misi diet hingga berjaya.
4. Salah sebenarnya jika berlapar semasa diet. Makanan beri tenaga, jika kita gunakan tenaga lebih dari apa yang kita ambil, badan akan terkejut. Secara tidak langsung boleh menyebabkan metabolisma jadi rendah.
5. Lakukan perubahan perlahan-lahan, jangan terlalu drastik. Badan akan terkejut jika perubahan dilakukan mendadak. Jika sebelum ni makan 5 pinggan nasi sehari. Kurangkan kepada tiga dan seterusnya.
6. Cara diet yang betul bukan hanya pada makanan sahaja. Tapi juga gaya hidup. Jangan lakukannya sorang-sorang. Cari orang yang boleh beri sokongan dan inspirasi untuk amalkan diet bersama.
7. Amalan pemakanan yang betul hanya sebahagian sahaja dari cara untuk kurus. Lakukan aktiviti fizikal seperti berlari, berjalan, memanjat dan sebagainya. Aktiviti sebegini sebahagian dari cara hidup sihat.
8. Diet yang betul ialah makan dengan kerap tapi dalam kuantiti yang sikit. Ambil 5 hidangan setiap hari. Jangan tinggal waktu makan terutama sekali sarapan pagi.
9. Kurangkan makanan manis. Gula punca utama ramai orang gagal menjayakan misi diet mereka. Tak guna kita jaga pemakanan tapi masih ambil gula dengan banyak.
10. Air kosong adalah 0 kalori. Ha.. minumlah banyak-banyak. Sudahlah hilang dahaga, buang toksin, bantu proses makanan dan fungsi tubuh malah bantu untuk cover rasa lapar kita.
Jom diet dan detox mengikut gaya saya. Hubungi sekarang untuk konsultasi pemakanan percuma.
Suriya Ahmad 0192635231
www.suriyamanis.com
Selalu kita dengar orang cakap senyum tu sedekah kan. Haa.. tapi hari ni nak cerita pasal ketawa pula.
Banyak manfaat ketawa ni sebenarnya, antaranya ialah:
😂 Dapat mengurangkan stress
😂 Mampu memperbaiki aliran dan tekanan darah
😂 Jangan tak tahu ketawa juga merupakan satu senaman.
😂 Ketawa juga dikatakan dapat meningkatkan ketahanan tubuh
😂 Ketawa pastinya dapat menghilangkan kesakitan
😂 secara tidak langsung ketawa meningkatkan kemahiran bersosial
😂 Dengan ketawa akan menyebabkan kita menjadi lebih tenang dan kurang agresif
😂 Ketawa juga memberi tenaga kepada organ dalaman
Tapi dulu masa sekolah, selalu kan dengar kawan-kawan cakap jangan ketawa lebih-lebih nanti ilmu keluar. Hahahahah. Apa pun biarlah berpada.
Suriya Ahmad
0192635231
www.suriyamanis.com
Selalu kita dengar sayur merupakan makanan kesihatan terbaik untuk tubuh. Tapi tahukah anda jika kita salah menyediakannnya ia boleh mengundang BAHAYA.
Bayam akan mengeluarkan racun jika ianya dipanaskan kembali. Kandungan nitrat yang ada di dalam bayam mampu menjadi racun yang menggalakkan kejadian melecur.
Nitrat juga boleh berubah menjadi nitrosin yang sangat berbahaya kerana ia boleh mencetuskan pertumbuhan kanser.
Perubahan kimia kandungan nitrat menjadi nitrosin terjadi ketika memanaskan bayam yang sudah lama sejuk.
Ketika bayam yang sudah mengalami perubahan kimia tersebut dimakan oleh orang dewasa atau anak-anak maka boleh mempengaruhi kerja-kerja darah untuk menghantarkan oksigen ke seluruh tubuh, dan tidak dapat diramalkan pada bila-bila masa darah dapat berhenti melakukan tugasnya untuk membawa oksigen seluruh badan.
Oleh itu pastikan kita tak panaskan kembali bayam yang telah sejuk selepas dimasak.
Ini kerana hanya akan menimbulkan pelbagai kemungkinan datangnya penyakit, dari yang ringan hingga yang parah.
Suriya Ahmad 019-2635231
www.suriyamanis.com
Perlu ke kita makan makanan banyak warna dalam diet seharian. Antaranya warna oren, jingga dan kuning.
.
Sebenarnya makanan berwarna oren, jingga dan kuning TINGGI kandungan karotenoid yang berfungsi untuk:
.
🍊 Melindungi sel daripada kesan pemusnahan oleh radikal bebas
🍊 Sumber Vitamin A terbaik
🍊 Membetulkan fungsi organ tubuh
🍊 Meningkatkan sistem imunisasi
.
Carotomax Shaklee antara vitamin yang mengandungi karotenoid yang mengandungi
.
👉🏻 Beta Karotena Sama dengan 102 bahagian Pisang
👉🏻 Lycopena sama dengan 714 bahagian Aprikot
👉🏻 Lutein dan Zeaxanthin sama dengan 285 bahagian pink grapefruit
👉🏻 Alpha karoten sama dengan 89 bahagian Raspberi
.
Larat ke nak telan buah-buah tersebut? Jadi pengambilan 1 biji carotomax sehari amat penting untuk mata dan kulit yang sihat.
.
.
Suriya Ahmad
019-2635231
Your Shaklee Distributor
Masalah mata kering boleh diatasi dengan mempertingkat pengambilan minyak ikan. Minyak ikan semulajadi mengandungi kebaikan asid omega-3 (EPA dan DHA) yang sangat baik untuk mata.
Kajian klinikal menunjukkan wanita yang meningkatkan sumber omega-3 dalam diet mereka mempunyai risiko sindrom mata kering yang lebih rendah berbanding wanita yang kurang pengambilan minyak ikan.
Pengambilan minyak ikan harian yang disarankan adalah sebanyak 500mg bagi dewasa (tingkatkan 2 kali ganda jika mengalami penyakit jantung).
Anda juga boleh ambil dalam bentuk supplement. Omega Guard Shaklee pilihan terbaik untuk mengatasi masalah mata kering.
.
Suriya Ahmad
Shaklee Distributor
019-2635231
.
Impian yang ditukar menjadi matlamat mudah direalisasikan. Impian hanyalah cetusan hati dan hasrat kita bagi mencapai sesuatu. la ada masanya kabur dan tiada masa yang ditetapkan bagi merealisasikannya. Malah kita juga tidak meletakkan sebarang perancangan dan mengenal pasti halangan-halangan yang wujud. Halangan yang mungkin membantu impian itu.
.
Sebaliknya matlamat adalah sesuatu yang lebih jelas dan terancang. Matlamat adalah sesuatu hasil yang mahu dicapai dalam satu tempoh masa yang disertai dengan perancangan yang rapi. la mestilah menghantui fikiran sehingga kita sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapainya.
.
Imagination is more important than knowledge. lni dipetik daripada kata-kata Einstein. Memang benar, imaginasi itu Iebih berkuasa daripada ilmu pengetahuan. lni kerana imaginasi mendorong tindakan. lmaginasi mencetus kegigihan dan mendorong diri bagi meneruskan perjuangan ke arah kejayaan.
.
Jangan sekadar hanya berimpian tanpa matlamat.
.
.
Suriya Ahmad
019-2635231
Your Shaklee Distributor
Ramai ibu bapa merungut anak mereka kurang fokus semasa belajar. Janya boleh bertahan untuk tempoh masa tertentu sahaja.
.
Sebenarnya fokus anak-anak ini boleh dibentuk dari masa ke masa. Antara tips dan cara yang boleh di lakukan ialah:
1. Matikan semua alat elektronik. Yang ni sangat penting. Sorokan gadget-gadget. Cuba amalkan tips pertama ni, fokus anak akan naik berlipat kali ganda.
2. Strategi pembelajaran yang menyeronokkan. Ringkaskan ilmu yang nak diberi. Jadikannya dalam bentuk yang santai dan menggembirakan. Senyum dan jangan marah. Ini juga sangat penting. Jangan jadikan belajar satu yang membebankan.
3. Tempat belajar yang tenang dan nyaman. Minda anak suka kepada suasana tenang. Semakin tenang, semakin mudah fokus.
4. Rehat yang cukup. Bila mereka cukup rehat, minda mereka akan bersedia terima apa jua maklumat baru. Jika mereka letih, gunalah strategi mak nenek apapun, ianya takkan menjadi.
5. Minum banyak air. Air adalah nyawa bagi otak. Otak akan lesu jika air kurang. Air yang cukup menyebabkan otak akan lebih mudah fokus.
6. Peraturan dibuat bersama. Apabila ibu bapa mahu menetapkan waktu belajar, bermain atau rehat, cuba babitkan anak-anak dalam mengaturnya. Minta pandangan dan persetujuan mereka. Peraturan yang dibuat bersama lebih mudah diikuti dan dipatuhi berbanding datang dari ibu bapa.
7. Nyatakan ganjaran. Memberikan ganjaran setiap kali anak-anak berjaya mendapat markah atau kedudukan baik dalam peperiksaan mendorong mereka belajar. Ibu bapa perlu bijak memikirkan apa bentuk ganjaran disukai anak dan mampu membuatkan mereka bersemangat belajar. Ganjaran yang diberikan itu mestilah sesuatu yang jelas dan boleh digambarkan.
.
Pengambilan Omega dan Lecithin membantu anak-anak untuk lebih fokus.
.
Suriya Ahmad
Shaklee Distributor
019.263.5231
NAFAS BERBAU buat kita hilang mood nak bercerita. Kalau boleh nak cepat-cepat habiskan ayat dan berlalu pergi.
Ramai yang mempunyai masalah nafas berbau ni, tapi mereka tak ambil langkah mengatasinya
Hari ini saya kongsikan tips dan cara untuk elakkan nafas berbau;
1. Gunakan ubat gigi berflorida untuk kawal karang (plak) gigi dari bersarang.
2. Pilih ubat gigi pudina kerana ia mengeluarkan lendir di bahagian rahang dan rongga hidung. Kesannya ia akan kurangkan atau hilangkan nafas berbau dan menyegarkan pernafasan.
3. Gunakan dental floss (banyak terdapat di farmasi) untuk membersihkan lebihan makanan yang terselit di celah gigi. Makanan terkumpul yang tidak dibersihkan akan bertindak balas dengan enzim air liur dan yang menyebabkan nafas berbau.
4. Berhati-hati memilih makanan. Elakkan makanan yang terlalu banyak bawang, bawang putih, makanan dengan kandungan lemak yang tinggi dan minuman beralkohol.
5. Makan ulam yang tak meninggalkan bau seperti ulam raja, pegaga, dan pucuk gajus. Elakkan makan ulam yang berbau kuat seperti petai dan jering.
6. Gunakan ubat kumur untuk menyegarkan pernafasan (seperti Listerine).
7. Petua tradisional juga boleh diamalkan untuk menghilangkan nafas berbau seperti mengunyah cengkih atau minum air rebusan kacang hijau.
8. Waktu pemakanan yang tak teratur atau terlalu lama berlapar juga merupakan menyebab nafas berbau kerana apabila lapar, asid di dalam perut akan bertindak balas dengan sisa makanan dan akan menghasilkan bau busuk.
9. Jangan lupa memberus lidah kerana lidah mengumpulkan sisa makanan yang menjadi makanan bakteria dan ini akan menyebabkan nafas berbau. Anda boleh menggunakan tongue scraper untuk membersihkan lidah.
Pengambilan Alfalfa Complex selain sebagai detokfikasi bau ia juga membantu menyegarkan nafas dan sekali gus mengatasi mulut dari berbau.
.
Suriya Ahmad|shaklee distributor|019●263.5231
Diabetis antara penyakit ngeri yang kerap menyerang sekarang ini. Hatta kanak-kanak juga semakin ramai terdedah dengan masalah diabetis.
Ambil langkah berjaga-jaga untuk mencegah penyakit ini dari terus menghantui anda.
1. Tolonglah kurangkan berat badan tu, kerana berat badan yang overload boleh menyebabkan penyakit ini mudah "menghinggap"
Jaga diet seharian, kurangkan nasi lebihkan sayur.
2. Kalau masak tu, kurangkan lah makanan berlemak. Terutama kaum ibu, kalau sayangkan kaum bapa. Cakna apa yang ibu-ibu masak. Apa kata kita ubah pada makanan yang berkukus, grill, rebus dan sebagainya.
3. Rajin sikit, semak Indeks Glisemik makanan. Jangan masuk mulut je semua yang lalu depan mata. Makanan yang tinggi Indeks Glisemik ni mudah menukarkan glukos atau gula dalam darah.
4. Susah sangat nak minum air putih. Hari-hari dok layan teh tarik, sah tu lunch ambil air gas, malam air oren. UBAH sekarang. Minum air putih 2-3 liter sehari. Janganlah minum sekali arung. Sikit-sikit tapi kerap. Eh kalau ambil air putih lagi kerap, uols akan bertambah kacak dan jelita tau.
5. Sudah-sudahlah asyik mengunyah makanan ringan. Tak cukup tu, kuih-muih yang kaya dengan gula, kek-kek yang berwarna warni dan sebagainya. Ini antara penyumbang terbesar diabetis tau.
6. Ambil susu tepung atau susu rendah lemak. Bukan hari-hari layan susu sejat krimer tu. Memang nikmat layan teh tarik atau kopi tarik yang dicampur susu manis ni. Lagi lah kalau layan dengan roti canai mamak. Tapi percayalah lagi banyak anda minum lagi cepat kebarangkalian kaki nak kena potong tu lagi tinggi.
7. Haa ni satu lagi, tolonglah pergi bersenam. Tak payah lah sampai macam nak masuk olimpik latihannya kan. Cukup berjalan sekeliling taman, tukar dari gunakan lift kepada turun naik tangga dan sebagainya.
Pesanan ini untuk ingatan bersama. Bukankah dituntut untuk berpesan-pesan walaupun hanya sepotong ayat.
Bukan apa, bila sakit bukan sahaja kita menderita. Tapi ahli keluarga turut sama rasakannya.
Ingin dapatkan konsultasi dan nasihat tentang diabetis. PM saya, mari saya bantu.
Suriya Ahmad|shaklee distributor|019●2635231
1. SINGKIRKAN TOKSIN DALAM BADAN
Pendedahan jangka panjang badan (bahan cemar alam sekitar, bahan kimia, pengawet, racun perosak, logam berat dan sisa buangan industri) menjejaskan metabolisme, tingka laku, sistem imun dan menyebabkan penyakit.
Toksin ini tersimpan dalam badan melalui tisu dan sel-sel di seluruh tubuh termasuk otak selama bertahun-tahun (mengikut umur anda).
2. CEGAH SAKIT KRONIK
Toksin jadi penyebab kepada penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung dan banyak lagi. Badan kita juga berfungsi untuk membuang toksin untuk menjadikan badan kita sihat walau bagaimanapun sistem dalam badan kita telah “overload” dan tidak mampu untuk membuang kesemua toksin ini.
Ini menyebabkan pelbagai komplikasi dalam badan yang membawa kepada penyakit. Detox membantu dan meningkatkan keupayaan badan kita untuk menyingkirkan toksin secara semulajadi.
3. TINGKATKAN SISTEM IMUNISASI
Badan kita mempunyai sistem imun yang berfungsi untuk melawan penyakit. Detox membantu badan untuk berfungsi dengan baik.
4. BERAT BADAN IDEAL
Toksin menjejaskan keupayaan semulajadi badan untuk membakar lemak dan menyebabkan kepada pertambahan berat badan, kencing manis, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.
Detox menyingkirkan toksin dalam badan dan membantu mendapatkan berat badan yang ideal.
5. LAMBATKAN PROSES PENUAAN
Detox menyingkirkan bahan radikal bebas, logam berat yang menyebabkan proses penuaan menjadi cepat (umun baru 30 tahun tetapi kelihatan seperti 40 tahun).
Detox meningkatkan proses penyerapan nutrien dan membantu untuk melambatkan penuaan.
6. TINGKATKAN KUALITI HIDUP
Badan kita tidak berasa selesa apabila mempunyai banyak toksin yang menyebabkan sakit sendi, sakit kepala, gangguan sistem pencernaan, masalah tidur dan kurang tenaga.
7. TINGKATKAN TENAGA
Detox dapat meningkatkan tenaga dari segi fizikal dan mental.
8. KUALITI KULIT
Toksin menyebabkan kulit kelihatan tidak cantik dan kasar. Detox membantu membuang bahan yang menyebabkan kulit tidak cantik, jerawat dan bisul.
9. EMOSI DAN MENTAL YANG STABIL
Detox memberikan anda keyakinan yang meningkatkan keupayaan untuk mengurus kehidupan dengan lebih berkualiti.
10. KESEIMBANGAN BADAN
Detox mengembalikan kesimbangan dalam sistem badan iaitu semua sel, tisu, organ, sistem dalam badan dapat berkerjasama untuk kesihatan yang optima.
Jom Detox bersama Shaklee. Meal plan secara eksklusif untuk anda yang menyertai program ini.
Suriya Ahmad
Shaklee Distributor Anda
019.263.5231
1. Rasa tidak selesa di dada tengah selama beberapa minit. Rasa itu datang dan pergi.
2. Rasa tidak selesa ini menyebabkan sakit hingga ke bahu, leher dan lengan kiri. Rasa sakit ini sama ada sekejap atau konsisten.
3. Rasa sakit boleh juga menyerang di bahagian huku hati perut. Jangan biarkan rasa sakit ini.
4. Salah satu tanda lagi serangan jantung awal ialah rasa sesak nafas akubat kelurangan oksigen.
5. Rasa sakit dada semasa bernafas dan denyutan jantung menjadi laju.
6. Rasa mual dan muntah kerana ada ransangan dalam sistem saraf tubuh
7. Tanda lain pada seorang lelaki yang diserang jantung ialah berpeluh dan peningkatan suhu badan
8. Muka kelihatan pucat dan rasa pusing kepala.
9. Mudah lelah, gangguan pencernaan, rasa gelisah dan cemas.
10. Tidak dapat tidur dengan baik
Disini saya sharekan SET CADANGAN JANTUNG SHAKLEE yang anda boleh ikhtiar. Antara yang dicadangkan ialah:
Omega Guard
Vita E Complex
Lecithin
Garlic
Energizing Soy Protein
Vivix
—-> sila hubungi saya bagi mendapatkan khidmat nasihat untuk rangkaian produk yang paling hebat.
Antara kebaikannya, ✔Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
✔Membantu mengekalkan tahap kolesterol yang sihat
✔Membantu mengekalkan tekanan darah normal
Sayangi diri anda, sayangi keluarga anda, sayangi jantung anda.
HUBUNGI SAYA
Suriya Ahmad|shaklee distributor yang manis😊😊|019-2635231
Abang Kacak! TAHUKAH ANDA Dr Shaklee telah kenalkan Herb-Lax pada tahun 1917. Ia direka dan bertindak sebagai agen pembersih untuk bantu proses semula jadi badan.
Herb-Lax adalah gabungan 9 herba, termasuk daun Senna, yang telah digunakan untuk lebih daripada 3,000 tahun sebagai julap semulajadi.
Antara manfaat lain herb lax ialah:
💨 Bersihkan najis yang tersekat
💨 Bantu atasi sembelit
💨 Bertindak sebagai agen pembersihan yang lembut dan mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement)
💨 Bantu kempiskan perut
💨Tingkatkan pengaliran darah
💨 Kurangkan bau badan
💨 Detoks
Suriya Ahmad |0192635231
Order &konsult
#Zi2M
#ShakleeEffectZi2M
#teamSUMC
1. Sabar dan tegas pada masa yang tepat agar ada rasa hormat dari isteri. Perlu seimbang, jangan terlalu tegas sampai isteri takut dan tertekan.
2. Musyawarah dan muafakat penting dalam hidup rumah tangga. Bincang setiap perkara yang mahu diambil bersama.
3. Jangan mudah menyalahkan sesiapa. Suami yang baik ialah suami yang boleh menahan diri dari meletakkan kesalahan pada orang lain dan baiki diri.
4. Mudah berterima kasih dan kerap bersyukur. Bukan setakat isteri je sayang tau. Allah pun sayang.
5. Beri perhatian sepenuhnya kepada isteri. Isteri sebenarnya sangat memerlukan sokongan dan perhatian dari suami. Baru rasa diri dihargai.
6. Taat beribadah. Ia buat isteri lagi rasa dilindungi. Sebagai suami wajib untuk didik isteri mendalami agama.
7. Sebagai ketua keluarga, suami wajib
kerja keras untuk menyediakan nafkah keluarga. Bukan meletakkan tanggungjawab pada bahu isteri.
9. Setia. Kepercayaan seorang isteri sukar dicari lagi jika sekali dirinya ditipu.
Hati hati bab ini yer cik abang.
Suriya Ahmad |shaklee distributor |019-2635231
Abang abang semua meh sini meh baca perkongsian ini.
1. Kadar denyutan jantung "resting heart rate" sekitar 70 bpm
2. Memiliki kuku yang merah dan kuat.
3. Air kencing berwarna kuning. Jika air kencing keruh dan gelap menunjukan tubuh anda kurang air.
4. Boleh lakukan 20 kali latih tubi. Nampak remeh, cuba lakukan 20 kali latih tubi tanpa rehat. Jika tidak mampu kemungkinan anda ada masalah kesihatan
5. "Membuang" setiap hari membuktikan proses detoksifikasi berjalan lancar.
6. Kawal kadar BMI. Dari ditu boleh tahu kategori tubuh berada di tahap mana. Sama ada terlalu kurus, sederhana, gemuk atau sebagainya.
7. Boleh bangun setiap pagi tanpa perlu kunci jam
8. Selepas 5 minit sesi kardio, denyutan jantung kembali normal
9. Boleh berlari 1.6 km dalam masa 15 minit
10. Tahu bila kali terakhir melakukan pemeriksaan kesihatan berkala tahunan
Lelaki! Mari dapatkan Set Kesihatan Optimum Shaklee untuk kesihatan anda.
Suriya Ahmad| shaklee distributor |019-2635231
.
Bila tiba ulangtahun kelahiran En Suami mesti stress. Bukan apa, pening fikirkan hadiah apalah nak bagi kat dia.
Ia bukan masalah awak seorang, tapi masalah ramai wanita.
Mari saya kongsikan beberapa barang yang boleh dijadikan sebagai hadiah pada suami tersayang.
1. WALLET
Hadiah yang lelaki paling suka. Sebab lelaki biasanya 2 hingga 3 tahun baru tukar wallet baru, selagi tak hancur lunyai selagi tu la recycle guna yang tu je.
Kalau perempuan, setahun tu rasanya dah 5 handbag kan? Wallet lelaki ada dua jenis, short and long wallet. Kalau lelaki yang bekerjaya, diorang lebih prefer long wallet sebab banyak slot disediakan untuk letak kad dalam tu.
2. TALI PINGGANG
Cuba tengok belt atau tali pinggang pasangan uols. Tali pinggang ni lebih kurang macam wallet jugak. Paling banyak ada 2 je, pastu duk ulang pakai yang sama sampai terputus. Kalau nak bagi hadiah tali pinggang, memang seronok la lelaki.
Biasanya lelaki hanya guna 2 warna sahaja untuk tali pinggang iaitu black and brown.
3. BAJU
Kalau nak beli baju sebagai hadiah, kena tahu taste pasangan uols tu dulu. Masa keluar dating, dia selalu pakai baju jenis macam mana dan saiz apa. Baju t-shirt, jersi atau baju shirt lengan panjang?
Dan satu lagi warna baju tu pun kena fikir jugak masa nak beli. Warna hitam, biru, merah antara kegemaran lelaki. Baju couple pun boleh dijadikan hadiah tapi bagi aku tak suka baju jenis camtu.
4. JAM
Lelaki tak banyak pilihan aksesori macam perempuan. Jadi, untuk menonjolkan imej mereka untuk nampak menarik, handsome dan bergaya, sekurang-kurangnya seutas jam tangan mesti ada pada mereka.
Tak kisah jenama jenis apa, contoh yang jenis sport watches macam Casio, Adidas dan Fossil.
5. PEN
Sesuai diberikan bagi lelaki yang berkerjaya. Nasihat saya, kalau nak bagi hadiah pen, jangan beli pen yang ballpoint yang jenis mata macam nak tulis khat. Sebab pen tu susah nak guna. Beli yang ballpoint biasa je, yang boleh guna untuk urusan harian.
6. GADGET
Apa gadget yang pasangan uols guna sekarang ni? Kalau still guna yang jenis cikai tu, elok la uols upgrade dengan beli yang baru.
Kalau handphone, yang dapat whatsapp dan ada kamera pun dah ok. Gerenti dia suka dapat gadget baru. Kalau dapat Iphone lagi bertambah sayang kat uols tau.
7. AKSESORI
Kena tengok apa minat dia. Kalau suka make up kereta macam, bagi hadiah aksesori kereta macam audio player. Tapi kos nak beli tu agak tinggi laz
Kalau dia suka main bola, boleh beli jersi pasukan kegemaran dia atau kasut bola. Yang minat fotografi, boleh belikan dia kamera DSLR. Kalau dia suka makan, beli je dapur gas suruh dia masak.
8. KASIH SAYANG
Kalau tak mampu nak sediakan senarai yang ada kat atas ini, memadai dengan memberikan kasih sayang yang sepenuhnya pada pasangan uols kerana ia merupakan hadiah yang tidak ternilai bagi mereka. Kesetiaan yang sejati selamanya.
" Kaulah suami, kaulah teman, kau lah ayah, kau lah segalanya. "
Besar tanggungjawab seorang lelaki. Seharian mencari nafkah untuk menyara keluarga. Kadangkala tidur tak tentu masa. Ianya mengundang keletihan melampau yang kadangkala tak terbayar pun dengan lena dan rehat yang cukup.
Pengambilan 4 biji Ostematrix sebelum tidur boleh mengatasi masalah keletihan melampau. Yang seronoknya masalah sakit sendi dan sakit belakang juga boleh dikurangkan.
OSTEMATRIX satu gabungan kalsium, magnesium dan Vitamin D.
Kesan kekurangan kalsium boleh sebabkan seseorang tu mengalami risiko Osteoporosis, sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih, lesu dan kebas kaki atau tangan.
Vitamin D pula bantu penyerapan kalsium dalam tubuh untuk elakkan penghasilan batu dalam ginjal.
Magnesium yang ada dalam ostematrix pula bertindak untuk metabolismakan kalsium.
Malah amat membantu dalam masalah slip disc sang suami.
Terbukti Vitamin Kalsium terbaik dan lengkap hanya dengan Shaklee.
Rugi tau kalau pilih jenama lain.
.
Bila cakap tentang zuriat, tidak adil jika isteri sahaja yang disalahkan, suami juga mainkan peranan dalam hal ini.
Sebagai suami harus titik berat tentang penjagaan kesuburan diri. Antara yang boleh dilakukan ialah:
🍌 Jauhkan dari sinaran-X, racun perosak atau radiasi.
🍌 Jangan duduk terlalu lama atau kerap bersauna. Ini boleh menyebabkan proses penghasilan sperma terganggu.
🍌 Jangan pakai seluar dan seluar dalam ketat.
🍌 Makan makanan yang tinggi antioksida.
🍌 Ambil Vitamin C dan E. Zink dan Selenium juga membantu penghasilan sperma.
🍌 Jauhi alkohol, kurangkan pengambilan daging merah dan kopi.
🍌 Berhenti merokok.
🍌 Dapatkan berat badan ideal.
🍌 Kurangkan stress.
.
Mungkin telah cuba amalkan pun tips ni, tapi masih juga tak dapat zuriat. Satu pesanan saya, sebelum anda pasrah pasrah pada takdir, teruskan berdoa. Kerana, rezeki adalah urusan Dia.
.
Namun boleh juga berusaha untuk dapatkan nasihat pakar. Mungkin ada masalah yang perlu dapatkan nasihat dari mereka yang lebih arif.
.
Suriya Ahmad|shaklee distributor|019-2635231
3 minggu lepas, saya menghadiri satu seminar selama 5 hari.
Seminar ini kebanyakannya dihadiri oleh mereka yang diberi kelapangan kewangan oleh Allah. Ini kerana kos seminar itu hampir RM8,000 untuk 5 hari.
Tak ramai yang mampu hadir disebabkan kos yang sangat tinggi.
Bertemu Dengan Ramai Jutawan
Sepanjang 5 hari di sana, saya bertemu dengan ramai jutawan.
Mereka ‘tersangat’ kaya.
Ada yang income mencecah RM500k-RM600k sebulan, baru berusia 40-an.
Ada yang baru berusia 25 tahun, tapi pendapatan bulanan sudah mencecah RM50k sebulan.
Ada yang berusia 35 tahun. Sales tahunan mencecah RM120 juta.
Tak boleh nak cerita semua. Sebab terlalu ramai yang hebat.
Subhanallah. Saya sendiri terkejut dengan kejayaan mereka.
Jangan tunggu kaya baru nak sedekah. Sebab itulah nanti kita tak kaya kaya. Untuk menerima, kita perlu memberi dahulu.
Nasihat Dari Para Jutawan
Semasa salah satu sessi, saya sarapan pagi bersama mereka.
Saya tanya mereka, apa rahsia amalan yang mereka buat untuk berjaya sampai ke tahap itu?
Salah seorang peserta, berusia 25 tahun berpendapatan RM50k sebulan berkongsi dengan saya.
“Bang, saya nak share satu benda aja. Kalau kita nak yang terbaik. Kita kena beri yang terbaik. Nak duit banyak, kena sedekah banyak. Satu benda mudah yang saya nak share dengan abang, sedekah bila masuk masjid. Abang buka beg duit, ambil duit yang paling besar. Then, sedekah kat tabung masjid. Abang buat aje, nanti abang akan rasai perbezaannya. Bila kita beri yang terbaik, Allah pulangkan yang terbaik untuk kita.”
Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain menambah.
“Firdaus, kau jangan percaya apa dia ni cakap. Jangan percaya, tapi kau buat aje!!! Ingat, duit yang paling besar dalam wallet ok.”
Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain pulak menambah.
“Saya ni dah lama jutawan. Tapi, dulu nak sedekah kat masjid, RM10 pun rasa berat. Kedekutnya saya waktu tu. Tapi, lepas saya belajar. Saya dah tak kedekut. Saya pun sama macam mereka. Saya keluarkan duit yang paling besar ada dalam wallet saya. Saya juga selalu tukar duit kecil, RM1, RM5, RM10, RM20 dan saya selalu bawa bersama saya. Bila saya jumpa orang yang memerlukan, saya akan sedekah ikut keperluan mereka.”
Wowwww…… Ini rupanya rahsia mereka.
Saya Masuk Masjid Dan Teringat Kata Kata Mereka
Hari Khamis yang lepas, saya masuk ke Masjid di Parit Buntar.
Pada waktu tu, saya teringat nak bersedekah kepada masjid. Saya berazam nak sumbanglah RM50 kepada masjid. Sebab saya sangka itulah duit yang paling besar saya ada dalam wallet.
Tiba tiba, bila saya buka beg duit.
Allahuakbar. Macam mana ada duit RM100 pulak dalam wallet saya ni?
Aduh !!!!!
Iman saya mula bergoyang. Nak sumbang RM50 pun dah kira besar. Inikan pula RM100. Fuhhhhh…. Saya berpeluh seketika.
Tapi, disebabkan saya teringat kata kata para jutawan yang menggalakkan saya menderma wang terbesar dalam wallet. Saya pun, dengan rasa ‘berat hati’. Saya keluarkan RM100 dan masukkan dalam tabung masjid.
Saya ingat lagi, masa saya sumbang tu. Saya berdoa kepada Allah.
“Ya Allah, aku berikan yang terbaik untuk Mu. Aku tak tahu macam mana Kau akan gantikan duit ini untukku. Tapi, aku sudah menjalankan tanggung jawabku. Sekarang, aku serahkan pada Mu untuk mengaturkan sesuatu untuk aku.”
Sejujurnya, masa saya keluar masjid. Saya asyik berfikir.
“Hmmm…. macam manalah Allah nak gantik RM100 ni dalam masa segera?” tak nampak jalan yang saya akan dapat duit dari mana mana sumber bisnes yang saya buat.
Tapi, tak per lah. Saya buat kerja saya, selebihnya saya serahkan kepada Allah.
Apa Berlaku Pada Hari Jumaat?
Pagi Jumaat, saya buat kerja seperti biasa. Tiba tiba, saya dapat panggilan telefon daripada abang saya.
“Daus, cepat cepat. Jual saham yang hang beli tu? Sekarang naik mencanak.”
Tanpa membuang masa, saya terus onlinekan telefon saya.
Saya cek saham yang dah 2-3 minggu saya beli, yang asyik turun tak naik naik. Saya pun dah sedikit kecewa dengan saham ni.
Terbeliak biji mata saya tengok harga semasa saham tersebut.
Allahuakbar.
Kalau dihitung mudah, keuntungan sekitar
RM4,800.
Subhanallah. Tanpa membuang masa, saya terus jual saham tersebut.
Syukur Alhamdulillah.
Saya benar benar tak sangka, Allah nak beri rezeki kepada saya daripada pintu yang tidak saya sangka.
Memang saya jangka saham yang saya beli tu akan naik. Saya jangka untung dalam RM1,000-RM1,500. Tak lah sampai RM4,800 dalam tempoh 2-3 minggu.
Subhanallah. Saya bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.
Selepas itu, saya pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat. Sekali lagi, saya buka beg duit saya, saya dermakan wang paling besar yang saya ada.
Kali ini, saya berdoa kepada Allah.
“Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat yang Kau berikan kepadaku. Terima kasih kerana memberi ‘pulangan’ kepada aku dengan begitu pantas. Hari ini, aku berikan sumbangan aku lagi untuk masjid ini. Semoga Kau berikan yang lebih baik buat aku selepas ini.”
Jangan takut untuk bersedekah.
Allah Allah…..
Selama ini, bukan saya tak percaya THE POWER OF SEDEKAH.
Saya tersangat percaya, tapi biasalah. Kita manusia. Kita selalu rasa takut nak MEMBERI. Kita ingat dengan memberi akan mengurangkan apa yang kita ada.
Sebenarnya tak, bila kita memberi. Kita akan menambah apa yang kita sedia ada.
Saya tulis kali ini, semata mata untuk memberi kekuatan kepada saya untuk memberi yang terbaik dalam setiap perkara yang saya lakukan.
Semoga kisah ini juga sedikit sebanyak akan memberi inspirasi kepada anda untuk bersedekah.
Kawan kawan semua…. Jom Bersedekah.
Ingat pesan ini, “Kita kurang berjaya bukan kerana kita kurang menerima, tetapi kerana kita kurang memberi. The more we give, the more we get back. Insya Allah.”
Jika kita tak mampu nak bersedekah dengan wang ringgit, jom bersedekah dengan cara yang paling mudah. Iaitu dengan memberi senyuman.
Kalau ini pun kita tak mampu nak lakukan, hmmm…. Lebih baik kita usah hidup.
Semoga Allah beri kekuatan kepada kita untuk lebih banyak
Energy paling tinggi disaat khatib membaca khutbah bersedekah dan berdoalah....😊😊😊
Bagi kaum hawa bersedekah diawal pagi setiap jumaat dan dengar bacaan khutbah melalui tv dan berdoa.
Perkongsian dari sahabat.
TAHUKAH ANDA 1/4 cup mealshake = 4 sudu besar = 3 gram fiber
Setiap hidangan mealshake mengandungi 3 gram fiber.
Kanak-kanak memerlukan 20 gram – 30 gram fiber sehari. Jadi anda boleh berikan beberapa kali hidangan mealshake pada anak-anak untuk mencukupkan bekalan fiber mereka.
Jika anak anda mempunyai maslah sembelit, boleh berikan sehingga dua kali hidangan mealshake kepada mereka.
Namun untuk kanak-kanak 1-3 tahun boleh kurangkan dos dengan mulakan dengan 1-2 sudu sehari.
Boleh bancuh mealshake dalam minuman kegemaran mereka sama ada dihidangkan sejuk atau suam.
PM saya untuk dose yang sesuai mengikut keperluan dan konsultasi percuma.
Suriya Ahmad
www.suriyamanis.com
Siapa suka makan Tiram atau suka makan Kerang. Sila angkat tangan sambil tersenyum..hihi..Ramainya peminat Tiram dan Kerang. Inilah rupanya Tiram yang selalu digemari oleh orang Acheh. Saya juga berketurunan Acheh dan sangat suka Tiram dan Kerang. Paling sedap Tiram tumis ataupun Kerang bakar. Adusss..meleleh dah air liur..hihi..
.
Dapat pula kawankan dengan nasi putih panas memang tak pandang kiri kanan. Aduh aku yang cerita aku pula dah rasa lapar.
.
Selain enak Tiram dilihat dari segi kesihatan yang kaya dengan manfaat.
TIRAM kaya dengan Zink yang berfungsi sebagai "kenderaan" membawa oksigen ke seluruh badan.
.
Tiram mengandungi banyak zink dengan setiap 100mg mengandungi 14.3mg zink. Berbanding dengan daging merah, setiap 100mg hanya terdapat 6.4mg zink sahaja.
.
Kerang juga merupakan sumber asid lemak omega 3 dan mengandungi lemak tepu yang rendah.
.
Tapi ramai yang berat nak masak Tiram dan Kerang. Kata lecehlah, tak cukup masa, tak pandailah dan macam macam lagi. Jadi saya ada cara mudah zaman ini untuk atasi masalah masalah anda semua bagi mendapatkan khasiat khasiat tersebut. Hanya dengan mengamalkan supplemen Zinc complex segala masalah anda selesai.
.
Kalau nak cari Zinc complex boleh PM saya atau whatsapp jer 0192635231.
KULIT : Lobak sangat baik untuk kulit kerana mempunyai Vitamin A dan antioksidan yang akan melindungi kulit daripada sinaran matahari. Lobak menghalang jerawat, kulit kering, kedutan pra-matang dan membantu anda untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah
MATA : Lobak adalah sumber yang kaya dengan Vitamin A dan B yang membantu anda untuk menghasilkan penglihatan yang lebih baik.
KANSER : Lobak meningkatkan kuasa imuniti dan juga membantu untuk memerangi kanser.
KOLESTROL : Makan satu lobak merah setiap hari membantu anda untuk mengeluarkan kolesterol yang tidak baik daripada badan.
OTAK : Lobak mempunyai lebih banyak kalori yang membantu untuk meningkatkan kuasa ingatan seorang kanak-kanak.
TEKANAN : Untuk melegakan dari tekanan, minum segelas jus lobak merah setiap hari.
JANTUNG : Lobak diperkayakan dengan Beta-karotena, Alfa-Karotena dan Lutein yang membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
MEMBERSIHKAN BADAN : Lobak mempunyai serat yang membantu untuk membersihkan kolon dan mengurangkan lemak di dalam hati.
ANTISEPTIK : Sumber mengatakan herba lobak boleh digunakan untuk mencegah jangkitan. Mereka boleh digunakan pada luka mentah masak atau dicincang.
ANTI-PENUAAN : Beta-Karotena yang terdapat dalam lobak merah membantu melambatkan penuaan sel-sel di dalam badan.
====================
✈️ RANCANG PERBELANJAAN
Rancang perbelanjaan sebaiknya. Sediakan duit untuk hotel, makan, petrol, shopping, dan sebagainya. Jangan melancong tanpa wang kerana ia akan menyusahkan diri sendiri dan mungkin juga orang lain.
✈️ PAKAIAN DAN KEPERLUAN
Ia mudahkan anda dan tidak berlaku pembaziran. Sebagai contoh, anda ke pantai dan tidak mempunyai pakaian mandi. Justeru anda terpaksa membeli pakaian mandi di kawasan pelancongan dan sudah tentu harganya mahal.
Bawa pakaian yang perlu sahaja. Jika perlu kurangkan pakaian, maka kurangkan. Ini bagi memudahkan untuk anda mengemas semula barang-barang anda. Ini juga strategi untuk anda ‘shopping’ banyak barang semasa melancong kerana ruang beg anda masih banyak. Kurangkan barang yang dibawa, bawa pulang banyak barang hasil percutian kita
✈️ PASPORT
Pastikan passport anda masih sah. Sah dengan erti kata tarikh ‘expired’ passport anda hendaklah masih hidup dalam tempoh 6 bulan sebelum pulang dari tarikh anda melancong. Andai kata tidak cukup 6 bulan tempoh sah maka anda tidak dibenarkan untuk menaiki penerbangan. Sila berhati-hati.
✈️ TEMPAH TIKET PENERBANGAN
Disarankan untuk menempah tiket penerbangan seawal 6 atau 3 bulan awal untuk mendapatkan harga yang berpatutan. Lagi untung beli ketika promosi. Untuk dapatkan promosi kita kenalah sentiasa ‘update’ dengan informasi terkini daripada pihak penerbangan.
Pastikan ada membuat ‘Web Check In’ 2 hari sebelum melancong. Ini bagi memudahkan urusan anda ketika untuk urusan ‘Check In’ nanti.
'Boarding Pass’ hendaklah disimpan dengan baik. Sebaiknya simpan juga salinan tiket penerbangan. Ini sebagai ‘back up plan’ sekiranya berlaku perkara-perkara tidak di ingini.
✈️ PETA
Penting lebih2 lagi jika anda baru pertama kali ke tempat tersebut. Jangan melancong tanpa peta. Peta akan membantu anda dalam banyak perkara.Sebaiknya belilah buku travel yang mengandungi peta,nombor telefon dan alamat destinasi dan lain-lain.
✈️ INITERY PERJALANAN
Adalah lebih baik sekiranya kita buat ‘survey’ dahulu melalui internet. Anda boleh menyusun sendiri itinerari program anda. Contohnya dengan menempah hotel sendiri, pengangkutan menggunakan pengangkutan awam dan makanan dibawa siap.
Akan tetapi berhati-hati kerana dikhuatiri anda ditipu oleh orang yang tidak dikenali. Rujuk kawan-kawan yang telah sampai ke tempat yang ingin kita pergi. Ini memudahkan kita untuk menyusun perjalanan percutian kita dengan baik.
Jalan penyelesaian. Anda boleh dapatkan pakej ‘Groud Handling’ daripada agensi pelancongan yang sah. Dengan itu, tugasan anda mudah tanpa perlu menempah segala bagai.
Anda hanya perlu mengikuti perjalanan yang telah ditetapkan oleh pihak agensi pelancongan.
✈️ KENDERAAN
Jika gunakan kenderaan yang dipandu (kenderaan sendiri) pastikan dalam keadaan baik dan selamat. Sebaiknya hantar ke pusat servis untuk diperiksa enjin, tayar dan lain-lain.
✈️ PENGURUP WANG
Anda boleh ‘survey’ mana-mana ‘money changer’ yang boleh menawarkan harga yang terbaik untuk pertukaran duit. Kebiasaannya di area Bukit Bintang. Anda kena kenal pasti dahulu matawang apa yang digunakan di negara yang ingin anda pergi.
Anda juga boleh menukar duit di ‘money changer’ di ‘airport’ atau di negara yang kita lawati akan tetapi kadar pertukarannya rendah. Kita rugi di situ.
✈️ BAHASA
Bahasa adalah penting. Jika ingin melancong dalam dan luar negara, belajarlah sedikit asas bahasa dan dialek penduduk disitu. Amat membantu jika anda dalam kesusahan, untuk berinteraksi dgn penduduk serta untuk tawar menawar dalam urusan pembelian souvenir.
✈️ DUIT 'EMERGENCY'
Pastikan anda menyimpan sedikit wang untuk keadaan yang tidak dijangka. Ini memastikan anda tidak panik ketika menghadapi situasi ini.
Anda boleh tenang menggunakan duit ‘emergency’ tersebut. Kita tidak tahu apa akan berlaku akan tetapi sebaiknya sediakan duit tersebut
✈️AKSESORI WAJIB
Sebagai seorang pelancong, pastinya ada barang-barang yang merupakan 'senjata' untuk anda bawa bersama. Seperti,
👉🏻 Makanan segera, biskut dan roti
👉🏻 Losyen
👉🏻 Vitamin Shaklee
👉🏻 Botol Air
👉🏻 Selimut & Bantal
👉🏻 Cermin mata
👉🏻 ‘International Plug Adaptor’
👉🏻 Kompas & sejadah
👉🏻 Sweater
👉🏻 Beli peta
✈️ DATANG AWAL KE AIRPORT
Sebaik-baiknya sampai di ‘airport’ 3 jam sebelum waktu berlepas. Ini kerana kita tidak tahu sebarang masalah yang berlaku semasa dalam perjalanan untuk ke ‘airport’. Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, kita juga akan menyesal. Datanglah awal supaya anda dapat bertenang ketika di sana.
✈️ KESELAMATAN BARANG
Barang-barang yang kita bawa hendaklah sentiasa bersama kita. Jangan leka kerana ada sahaja orang yang ingin mengambil kesempatan. Sekiranya passport kita ada di dalam beg kita yang hilang maka akan menyusahkan kita kelak.
Jadi berhati-hati. Jangan kerana kealpaan kita membuatkan percutian kita hancur begitu sahaja.
SELAMAT BERCUTI😊😊