Sunday, November 22, 2015

Kunci untuk memenuhi keperluan nutrien tubuh

'Anda Adalah Apa Yang Anda Makan' ialah ungkapan yang sering kita dengar dan baca. Namun, tidak ramai yang menyedari kebenarannya. Makan merupakan aktiviti harian yang penting dalam kehidupan manusia. Ia membekalkan tenaga untuk memastikan tubuh kita dapat berfungsi dengan baik.

Selain tenaga, tubuh juga memerlukan nutrien yang mencukupi untuk mengekalkan kelancaran fungsi sistem dalaman, di samping menyokong proses pembaikan dan pertumbuhan yang optimum. Itulah maksud sebenar ungkapan ini, dan tujuan utama manusia makan dan minum adalah untuk membekalkan nutrien yang amat diperlukan oleh tubuh. Segalanya bermula dengan diet yang sihat dan seimbang.

Diet seimbang ialah diet yang menggabungkan kesemua enam kumpulan nutrien utama iaitu protein, lipid, karbohidrat, vitamin, mineral dan air. Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan amalan diet seimbang melalui pengambilan makanan yang emnyihatkan termasuk buah buahan, sayur sayuran dan daging dalam kuantiti yang disyorkan.

Amalan pemakanan sihat dan seimbang berupaya memanfaatkan tubuh dengan:-

1. Menguatkan sistem imun
2. Mengawal berat badan
3. Menggalakkan kesihatan dan pertumbuhan yang sempurna
4. Melindungi daripada penyakit tidak berjangkit
5. Meningkatkan kesihatan mental dan emosi


Ihsan:google
Sumber: Shaklee Today

Untuk Info dan Order: Suriya Ahmad
Shaklee Independent Distributor [ID917694]
WA/Tele/PM: 019.263.5231
COD: Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil, KLIA Kota Warisan Salak Tinggi SEPANG,
Nilai, Banting, Bangi dan sekitar.

Feel free to share!



Apa Kata Anda

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih banyak sudi singgah dan komen di Blog saya. Semoga anda dilimpahi rezeki oleh Allah. TQ