Sunday, September 13, 2015

On 11:19 PM by SURIYA AHMAD in , , , , ,    1 comment
Assalamualaikum WBT dan Salam kasih sayang semua.

Hari ini Sue masak spagetthi daging ber sos bawang putih dan cendawan yang mudah dan ringkas jer. Tapi amat membuka selera anak anak. Mungkin sebab hari hari mama masak nasi berlauk. So, hari ini ahad mama masak Western la pula. 

Bila share di group WA, ramai anak cucu cicit shaklee minta share resepi. Takda istimewa dan kelainan pun, sama seperti yang lain. Air tangan jer berbeza dan doa setiap kali kita masak untuk keluarga jangan dilupa. Bukan ayat pengasih tapi ayat tambat hati. Hihi...bermadah pula.

Resepi spagetthi daging ini sesuai untuk satu family anggaran dalam 6-8 orang. Kalau keluarga kecil boleh makan ulang ulang, dari siang bawa ke makan malam. Yang penting panaskan. 


SPAGETTHI DAGING BERSOS BAWANG PUTIH DAN CENDAWAN KIMBALL
Bahan-bahan Resepi Spagetthi Daging bersos bawang putih dan cendawan:
1 bungkus spaghetti
1 bungkus daging kisar (Sue guna brand Ramly)
1 botol sos spaghetti (Sue guna brand Kimball yang perisa bawang putih dan cendawan)
Sos Tomato Kimball dalam 5 sudu ikut keperluan kuah anda
1 biji bawang holland (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (dimayang halus)
1 tin cendawan ( dipotong dadu)
Sedap rasa Maggi
Oregano

1/2 cawan minyak untuk menumis dan merebus


Cara-cara masakan :

1. Mula-mula, didihkan air dan rebus spagetthi. Campur dalam air spagetthi garam secubit dan minyak masak dalam 3 sudu sehingga lembut dan masak. Kemudian toskan dan letak ditepi kita teruskan untuk masak sos spagetthi pula ye.

2. Untuk masak sos spagetthi, panaskan minyak dalam anggaran 4 sudu dan masukkan bawang holland dan bawang putih. Tumis bawang sehingga kuning dan naik bau wangi (bukan hangit ;p).

3. Masukkan daging kisar dan goreng sehingga masak. Gaul rata supaya ia berketul kecil kecil.

4. Masukkan cendawan dan gaul sehingga masak.

5. Masukkan sos spagetthi kimball 1 botol. Kacau sehingga sebati dan menggelegak.

6. Masukkan Sos Tomato Kimball ikut nak berapa banyak air nak berkuah nanti supaya bila masuk air ia tak cair dan Maggi sedap rasa dalam 2 susu kecil serta tabur Oregano. Sue tak pakai garam. Masukkan air lebih kalau nak berkuah banyak dan balacekan dengan Sos Tomato tadi kepekatannya. Kemudian kacau sehingga rata dan masak.

SPAGETTHI SEDANG DI MASAK

SPAGETTHI SIAP DIREBUS

7. Siap untuk dihidangkan dan dimakan bersama mee spagetthi yang telah direbus tadi.

Selamat mencuba Resepi Spaghetti Daging Bersos Bawang Putih dan Cendawan.


***********************************
Nota Tips: 
1. Masa rebus minyak dalam 3 atau 4 sudu makan pun ok, Sebab mee spagetthi memang lembut sentiasa walaupun kena angin atau masak awal pun spagetthi tetap cantik dan lembut.
2. Air rebusan spagetthi juga boleh digunakan. Sedap.
3. Kalau ada cheese cedar boleh masukkan yang akhir sekali dalam 2 keping. Fuh dasyat sedap.


Siap. Jemput cuba, dan share yer. TQ

Lepas makan jangan lupa telan OMEGA GUARD SHAKLEE. Kasi bakar itu lemak dan Detox dengan Alfalfa complex.

Untuk Info dan Order: 
Suriya Ahmad 
Shaklee Independent Distributor [ID917694] 
WA/Tele/PM: 019.263.5231 
COD: Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil, KLIA Kota Warisan Salak Tinggi SEPANG, 
Nilai, Banting, Bangi dan sekitar.




Feel free to share!



Apa Kata Anda

1 comment:

  1. Selamat mencuba Resepi Spaghetti Daging Bersos Bawang Putih dan Cendawan.


    ***********************************
    Nota Tips:
    1. Masa rebus minyak dalam 3 atau 4 sudu makan pun ok, Sebab mee spagetthi memang lembut sentiasa walaupun kena angin atau masak awal pun spagetthi tetap cantik dan lembut.
    2. Air rebusan spagetthi juga boleh digunakan. Sedap.
    3. Kalau ada cheese cedar boleh masukkan yang akhir sekali dalam 2 keping. Fuh dasyat sedap.


    Siap. Jemput cuba, dan share yer. TQ

    Lepas makan jangan lupa telan OMEGA GUARD SHAKLEE. Kasi bakar itu lemak dan Detox dengan Alfalfa complex. - See more at: http://www.suriyamanis.com/2015/09/spagetthi-daging-bersos-shaklee-omega-alfalfa.html#sthash.unffPnGh.dpuf

    ReplyDelete

Terima kasih banyak sudi singgah dan komen di Blog saya. Semoga anda dilimpahi rezeki oleh Allah. TQ