Thursday, September 10, 2015

On 6:37 PM by SURIYA AHMAD in , , , ,    1 comment
Assalamualaikum WBT. 

Salam kasih sayang semua.

Sue ingin mengambil kesempatan di sini untuk menghuraikan sedikit sebanyak perkara mengenai perniagaan yang berbentuk piramid di mana kebanyakan sistem piramid ini di kaitkan dengan Perniagaan Multi Level Marketing atau singkatannya MLM. 




Sistem piramid biasanya di kaitkan dengan perniagaan MLM di mana ia di anggap negatif apabila di katakan orang di atas (Upline) mengambil kesempatan terhadap orang yang di bawah (Downline). Ini kerana orang di atas tidak membuat apa-apa pekerjaan tetapi hanya duduk goyang kaki dan mendapat keuntungan atas kesusahan dan usaha orang di bawah. 


Perlu di ingat penafsiran seperti ini hanya terpakai untuk perniagaan MLM yang tidak mengamalkan etika perniagaan yang betul dalam mengaut keuntungan dan memberikan persepsi yang buruk kepada perniagaan MLM yang mengikut undang-undang dan beretika. Sebagai pengguna, kita seharusnya tidak terburu-buru membuat keputusan atau menilai sebelum membuat kajian terhadap perniagaan MLM yang ada pada hari ini.


MLM adalah perniagaan jualan produk secara langsung kepada pelanggan melalui pengedar-pengedar yang di lantik untuk mendapatkan jualan tetapi pada masa yang sama memberikan peluang kepada pengedar menjana pendapatan melalui penjualan produk dan juga melalui rangkaian atau networking. Permasalahan dan kekeliruan timbul apabila ianya berkait dengan networking kerana ianya seolah-oleh mengambil kesempatan atas usaha orang lain di dalam rangkaian tersebut. Perlu di ingat, MLM adalah jenis perniagaan yang mengutamakan rangkaian kerana dengan rangkaian atau kumpulan yang kuat, produk yang di pasarkan akan lebih cepat untuk berkembang dan lebih cepat sampai kepada pelanggan.


Seperti yang Sue katakan tadi, MLM memberikan peluang kepada pengedar untuk menjana pendapatan melalui penjualan produk kerana kebiasaannya, pengedar akan mendapat keuntungan di antara 20-30% daripada penjualan produk. Bagi mereka yang tidak mempunyai rangkaian, penjualan produk 100% tidak akan memaksimumkan pendapatan mereka dan inilah gunanya networking di mana, pendapatan dapat di tingkatkan dengan adanya networking. Semakin besar networking semakin banyak produk yang terjual dan semakin tinggi pendapatan yang diterima. Saya tidak akan memfokuskan bagaimana aliran MLM ini terhasil kerana ianya tidak sesuai di terangkan di dalam artikel yang lebih kepada menerangkan apa itu perniagaan MLM dan sistem piramid itu sendiri.



Jadi, konsep orang atas sahaja yang akan mendapat keuntungan ‘buta-buta’ adalah tidak benar kerana komisyen over-riding akan terhenti pada satu tahap yang munasabah yang di tetapkan oleh syarikat MLM tersebut. Jika setiap pengedar yang bergelar downline tadi kekal menjalankan perniagaan MLM ini maka pada satu tahap juga dia akan menjadi upline.Seterusnya usahanya mungkin akan sedikit berkurang kerana sebagai upline dia akan memastikan kumpulannya mendapat jualan produk yang tinggi dan memotivasikan setiap ahli di dalam rangkaiannya dan begitulah seterusnya. Di dalam perniagaan MLM, penggunaan produk yang konsisten oleh setiap ahli dan memperkenalkan produk kepada orang lain adalah perkara yang ditekankan di dalam perniagaan MLM ini.



Bagi sistem piramid pula, ianya agak sukar untuk di bezakan kerana mereka yang menggunakan sistem piramid adalah perniagaan MLM yang menfokuskan kepada perekrutan ahli daripada memfokuskan kepada jualan produk itu sendiri. Sistem piramid seperti inilah yang sebenarnya merosakkan perniagaan MLM yang beretika dan mengikut undang-undang. Biasanya, syarikat MLM yang menjalankan sistem piramid boleh di kesan jika berlakunya unsur-unsur seperti berikut.
Yuran pendaftaran yang tidak munabah
Harga barang yang di jual terlampau mahal daripada harga pasaran.
Ahli tidak perlu mengguna produk berkali-kali.
Memfokuskan kepada perekrutaan ahli untuk mendapat keuntungan

Di harapkan dengan penerangan secara ringkas ini, kita mempunyai gambaran yang jelas bagaimana untuk membezakan antara perniagaan MLM yang beretika dan juga perniagaan MLM yang tidak beretika. Di dalam kalangan masyarakat hari ini yang lebih terdedah kepada maklumat-maklumat yang tidak tepat, penjelasan adalah perlu untuk memperbetulkan tanggapan masyarakat terhadap perniagaan MLM. 

Perniagaan MLM adalah perniagaan yang memberi peluang kepada individu untuk menambah taraf hidup ekonomi isi rumah dengan modal dan risiko yang rendah. Perniagaan MLM bukan perniagaan cepat kaya tetapi perniagaan MLM adalah salah satu perniagaan yang boleh menjadikan anda kaya dan berjaya. 


Rujuk hukum Sistem MLM dalam Islam

Alhamdulillah 

Korang tau tak 
Sue sudah 2 tahun lebih menjalankan MLM Shaklee yang telah banyak membantu dari segala sudut kehidupan. Sampai tahap jatuh cinta makan produk Shaklee. Disebabkan berkesan, halal dan selamat.

Korang tau tak
Shaklee menggunakan kaedah MLM untuk mengedarkan produknya (sebab tu tiada artis khas jadi duta. Pengedar itu sendiri adalah artis. Kami semua lah artis Shaklee. hihi...kami bawa jenama kami.)

Korang tau tak
Menjual produk yang diperjualbelikan dalam sistem MLM dengan harga yang jauh lebih tinggi dari harga biasa adalah amat tidak digalakkan menurut Islam

Korang tau tak
Harga produk produk Shaklee jauh lebih rendah dari jenama2 yang setara kualiti 
(vitamin C sebiji 50sen, B complex 40sen, Vitalea Multivitamin 100tahun tu 60sen. Itu baru sikit contoh vitamin. Semak dulu sebelum cop produk ni mahal)

Korang tau tak
Ada syarikat MLM yang fokus jualbeli orang bukan jual beli produk.

Korang tau tak
Sue tak dapat apa apa komisyen kalau dowline tu dah level jauh ke dalam bawah
(dapat sampai level ke-6 sahaja itu pun ada syarat kena capai. Maksudnya Sue kena kerja keras juga bersama-sama downline)

Korang tau tak
MLM ni tak menindas tapi manusia sendiri yang suka menindas diri sendiri, zalim dengan diri sendiri (takde loan, pi buat loan, takde hutang pi tambah hutang)


Korang tau tak
Kalau saya recruit 100orang pun sebulan tapi 100orang tu tak menjual produk Shaklee, saya tak dapat apa apa dari tiap kepala tu ( ada amal ada hasil, bukan buta buta cari orang)

Korang tau tak
Dalam organisasi jutawan Shaklee, ada sahaja downline yang bonus/rank lebih tinggi dari upline 
( siapa usaha lebih rajin akan dapat lebih )

Korang tau tak
Sue anggap semua downline Sue macam satu keluarga besar yang amat Sue sayangi.

Korang tau tak
Shaklee diiktiraf sebagai BEST MLM BRAND dalam produk nutrisi oleh BrandLaureate pada tahun 2014/2015

Korang tau tak
Shaklee Syarikat PERTAMA di dunia yang mendapat Sijil Pengiktirafan 'Climate Neutral & offset its CO2 Emissions'.

Korang tau tak
Sebahagian besar keuntungan company, Shaklee dalam RM250juta setahun dilaburkan kembali hanya untuk kerja-kerja Research & Development (R&D), kajian dan pengujian.

Korang tau tak
Bonus utama Shaklee adalah berbentuk cash tiap tiap tengah bulan tak pernah lewat malah awal sangat pun ada (tapi bukan semata mata recruit orang tanpa membuat jualan).

Korang tau tak
Shaklee peruntukkan 3billion tahun lepas untuk dibayar kepada pengedar-pengedar.

Korang tau tak
Harga produk untuk ahli adalah sama untuk setiap orang tiada beza pangkat.

Korang tau tak
Punya lah syok berbisnes ni macam tanam pokok durian. Mula2 penat tapi time tuai hasil best.

Korang tau tak
Ada amal ada hasil. Maksudnya kalau nak buat bisnes MLM kena rajin. Pilih MLM yg sahih produk dan sistem pemasaran menindas atau tidak. 


Sekian. Untuk lebih jelas boleh sertai kami dengan hanya pendaftaran RM80 sahaja dan malah anda akan dapat Multivitamin terbaik didunia 1 botol.




#shaklee
#kttshaklee
#korangtautak
#kelabbloggerjutawan
#kembalifitrah
#suriyaahmad
#suriyamanis



Untuk Info dan Order: 
Suriya Ahmad 
Shaklee Independent Distributor [ID917694] 
WA/Tele/PM: 019.263.5231 
COD: Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil, KLIA Kota Warisan Salak Tinggi SEPANG, 
Nilai, Banting, Bangi dan sekitar.



Feel free to share!



Apa Kata Anda

1 comment:

  1. Jika saya ingin memulakan perniagaan saya, maka saya akan memilih Network Marketing (MLM) ; Donald Trump

    ReplyDelete

Terima kasih banyak sudi singgah dan komen di Blog saya. Semoga anda dilimpahi rezeki oleh Allah. TQ