Tuesday, September 29, 2015

Salam semua ibu dan bakal ibu memandangkan saya sering mendapat pertanyaan dari kawan kawan bertanyakan tentang cara/ teknik membanyakkan susu ibu, hari ni saya terpanggil untuk berkongsi dengan semua beberapa tips yang saya ambil dari blog blog dan perkongsian pengalaman dari lain lain ibu juga..diharapkan semua ibu diluar sana dapat memanfaatkan sedikit pengalaman yang saya kongsikan di sini.

~finally today 05/08/2011 bersamaan  5 Ramadhan deep freezer sy dh penuh..nilah rezeki yg akan dikongsi Lauzah dgn saudara2 sesusuannya nanti..alhamdulillah..

Tips Membanyakkan Susu Ibu [Susu Badan]

Pada kebiasaannya kebanyakan ibu sering kali beranggapan dan merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan atau sentiasa tidak cukup untuk bayi mereka. Perkara ini tidak akan berlaku sekiranya si ibu telah memulakan penyusuan awal (sekurang-kurangnya sejam setelah melahirkan) dan telah menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan. Namun, setelah beberapa bulan, badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon (prolaktin & oksitosin) dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah payudara, maka susu yg terhasil banyak (walaupun tak sebanyak semasa berpantang). Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :

1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar (feeding on demand) : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil. Jgn sesekali menghadkan penyusuan atau cuba menyusukan bayi secara berjadual seperti bayi yang minum susu formula itu salah sama sekali..sentiasalah enjoy setiap moment menyusukan bayi walaupun bayi menyusu selang setengah jam..kerapkan menyusu bayi waktu malam juga.



2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu. Terdapat ibu yang lebih selesa menyusukan anak pada sebelah payudara yang mereka sendiri selesa. Ini salah sama sekali, sebaiknya kita haruslah memberi bayi minum pada kedua belah untuk mengelakkan masalah production yang tidak seimbang yang mana penghasilan sebelah payudara lebih banyak dari yang satu lagi. Selain itu ia jugak dapat mengelakkan masalah saiz yang tidak seimbang.



3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu. Sewaktu pantang, kebiasaannya bayi yang berumur kurang dari 2 bulan memang lebih kerap tidur. Jangan sesekali biarkan anak tidur lebih dari 2 jam dan tidak menyusukan mereka. Pengalaman saya, saya akan sentiasa memastikn anak saya menyusu setiap jam sekali walaupun dia sedang tidur saya akan angkat dan menyusukannya kecuali dia sendiri tak nak. Saya akan sentiasa set dalam otak yang lagi banyak baby menyusu lagi banyak susu saya nanti..itu yg buat saya enjoy dan tak rasa penat atau beban.



4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.



5. Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2 atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.



6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:

• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.

• Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.

• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.

• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.



7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi. Amalkan juga zikir Ya Matin 70 kali sehari terutama sewaktu mengepam..niat dalam hati moga Allah kurniakan susu yang cukup untuk bayi kita sehingga lengkap penyusuannya selama 2 tahun.

8. Jangan tunggu payu dara penuh

Ada sesetengah wanita suka menjadikan payu dara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah! Yakinlah bahawa payu dara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bererti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payu dara “kosong”), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.



9. Menyusu Lebih Lama

Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payu dara. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payu dara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payu dara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.



10. Penyusuan Dua kali

Selepas anda menyusukan bayi, sendawakan dia. Langkah ini menjurus ruang di dalam perutnya untuk memuatkan lebih banyak susu. Kemudian, susukan dia semula. Cara ini turut merangsang payu dara untuk menghasilkan lebih banyak susu.



11. Bogelkan Bayi

Sewaktu menyusu, bogelkan bayi (kecuali lampinnya). Sentuhan kulit ke kulit membantu bayi kekal sedar daripada lena. Untuk memaksimumkan sentuhan kulit, buka coli dan pakai baju yang mempunyai butang di bahagian depan. Bagi mengelakkan bayi kesejukan pula, selimutkan dia ketika menyusu.



12. Penyusuan Malam

Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.



13. Penyusuan Baby Sling

Bayi memang suka jika berada dekat dengan anda. Secara tidak langsung, ia boleh merangsang dia untuk kerap menyusu. Jadi, gunakan baby sling di antara waktu penyusuan walaupun ketika itu dia sedang tidur. Pasti anda terkejut apabila mendapati dengan cara ini dia menyusu dengan lebih baik.



14. Fikir Bayi, Fikir Susu

Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payu dara anda. Cara ini, akan merangsang payu dara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.



15. Urutan

Teknik urutan payu dara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payu dara dengan tuala yang telah direndam di dalam sir suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi SINI.



16. Minum Air

Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari. Eloklah sukat 3 liter itu setiap hari, selepas cukup 3 liter barulah anda boleh minum sesuka hati. Seeloknya 3 liter itu mencukupi pada waktu siang. Jadi malam tak perlu banyak minum.



sources: Majalah Pa & Ma, Julai 2011


Tips lain yang boleh diamalkan ialah


Sayur-sayuran yang dapat membanyakkan air susu ibu:
Brokoli
Lobak Merah
Lobak Putih
Seleri
Kobis
Sawi Putih
Peria
Ulam Pegaga
Ulam Jantung Pisang [yang telah direbus]

Tips agar air susu ibu lancar:
Makan pucuk daun betik setiap hari.

Ambil SET MENYUSU SHAKLEE:
Milk Booster penambah lagi hasil susuan saya


Selain itu, saya memang mengaku, memang saya menggunakan supplement untuk menambahkan lagi pengeluaran susu saya. Saya mengamalkan makan ESP, alfalfa, lecithin dan ostematrix sebagai supplement yang utama, dan B compleks, Vitamin C dan Vitalea sebagai booster menambahkan nutrisi terbaik buat anak saya.


ESP : Sumber protein yang lengkap untuk menghasilkan susu di dalam badan dan memekatkan susu
Alfalfa : Milk booster
Ostematrix : Sumber kalsium yang penting untuk memperbanyakkan susu
Lecithin : Melancarkan pengaliran susu yang bertukar jadi lemak jika susu tidak dihisap oleh anak
B kompleks : Sumber untuk nutrisi kualiti susu, penting untuk saraf ibu dan anak dan penghilang stress ibu
Vitamin C : Imun booster ibu dan bayi

Vitalea : Nutrisi yang paling lengkap untuk kesihatan optima ibu dan bayi


Dan sememangnya kesemua ini adalah produk Shaklee, vitamin semulajadi yang telah menjalani kajian berpuluh tahun dan diiktiraf oleh Saintis seluruh dunia tentang keberkesanan dan isu selamatnya vitamin ini untuk sel badan kita dan anak kita.




Untuk Info dan Order: 

Suriya Ahmad 
Shaklee Independent Distributor [ID917694] 
WA/Tele/PM: 019.263.5231 
COD: Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil, KLIA Kota Warisan Salak Tinggi SEPANG, 
Nilai, Banting, Bangi dan sekitar.




Feel free to share!



Apa Kata Anda

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih banyak sudi singgah dan komen di Blog saya. Semoga anda dilimpahi rezeki oleh Allah. TQ