Sunday, September 6, 2015

On 10:00 AM by SURIYA AHMAD in , , , ,    No comments


Assalamualaikum dan Selamat Malam semua.

Hari ini Sue nak share berkenaan jenis petua awet muda. Semua pasti suka kan nak senantiasa nampak muda, terutama orang perempuan tapi lelaki tidak terkecuali.

''Beauty comes from within”. Mesti ramai pernah dengar ayat ni kan? Menjaga kecantikan kulit ni bukan semata-mata jaga luaran. Malah kebanyakkan produk kosmetik mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan allergi pada mereka yang tak serasi. Hasilnya kulit naik jerawat, berminyak, menipis hingga meningkatkan risiko kanser. Apa yang kulit kita perlukan??Untuk kulit cantik, sihat dan awet muda kita harus berikan sel kulit kita makanan sel iaitu vitamin dan mineral secukupnya untuk sel-sel kulit menjalankan fungsinya dengan sempurna. Jadi apakah vitamin untuk kulit cantik, sihat dan awet muda?

Apa yang Sue amalkan vitamin C, Vivix dan Kolagen untuk mendapatkan kulit yang kekal gebus, mulus dan bebas cela. Saya mengamalkan  pasangan ideal ini untuk mengekalkan kecantikan luaran dan dalaman Sue. Masalah jerawat, jeragat juga dapat diatasi dengan penggunaan yang konsisten.


BESTTT SHAKLEE..MAKAN PUN BEST..PASNI TELAN OMEGA GUARD..

TIPS TRADISIONAL UNTUK KEKAL AWET MUDA

Air kelapa Muda bagus untuk awet muda.
Caranya ambil air kelapa muda dan basuh muka. Biarkan beberapa minit, kemudian bilas dengan air bersih, sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Hasinya, muka akan nampak lebih bermaya, tegang dan anjal.

AIR KELAPA MUDA, DAHAGA BETUL LIHAT AIRNYA.

Kulit Kayu manis – Seperti namanya, herba ajaib ini menurut petua orang lama, boleh melambatkan proses penuaan dan anda tampak lebih ‘manis’ dipandang orang. Bagaimana caranya?


Sediakan 1 sudu serbuk kayu manis, 4 sudu madu (pastikan yang asli) dan 3 cawan air. Rebus bahan bahan tersebut sehingga mendidih. Amalkan minum air rebusan itu setengah cawan pada setiap hari. Minumlah sebanyak 3 kali sehari, sebaiknya selepas makan. Air rebusan itu dikatakan dapat menyegarkan dan memberi tenaga baru kepada tubuh. Ia juga melembutkan kulit dan melambatkan proses penuaan.

KULIT KAYU MANIS yang pelbagai khasiat


PETUA AWET MUDA CARA MODEN

1. Produk penjagaan kulit – Buang semua produk kecantikan yang tidak digunakan enam bulan berlalu dan dapatkan produk penjagaan kulit yang benar-benar ingin digunakan setiap hari. 
Air – Minum 8 gelas air putih setiap hari atau bersamaan 3 liter sehari.

2. Senaman – Lakukan senaman kerana ia bukan sahaja baik untuk tubuh tetapi juga dapat membantu anda mendapatkan kulit cantik dan sihat berseri.

3. Buah-buahan – Pastikan kulit anda mendapat ‘makanan’ terbaik menerusi khasiat buah-buahan segar.

4. Pelembab – Pakai pelembap wajah setiap hari. Pilih pelembap yang bebas paraben, halal dan dijamin selamat.

5. Tenang – Elakan kemarahan kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada kulit anda. Senantiasa tenang dalam apa jua keadaan.

6. Rehatkan kulit – Jangan sentiasa mengenakan solekan. Biar kulit berehat seketika ketika berada dirumah terutamanya.

7. Sebelum tidur – Jangan terus tidur tanpa menanggalkan mekap terlebih dahulu.

8. Elak makanan ringan – Berhenti pengambilan makanan ringan kerana ia boleh merosakkan kulit anda.

9. Pengambilan vitamin – Makanan tambahan seperti vitamin amat penting untuk kesihatan kulit anda. Walaupun begitu, tidak bermakna jika anda tidak mengamalkan makan harian yang berkhasiat.

10. Tidur kena cukup – Pastikan anda tidur cukup puas, walaupun tidurnya seketika.

 

Pastikan yang terbaik untuk diri anda.

Berminat boleh hubungi:
WA/PM suriya.ahmad 
0192635231

COD: PUTRAJAYA, CYBERJAYA, DENGKIL, SEPANG, SALAK TINGGI, 
KLIA, NILAI DAN SEKITAR



Feel free to share!



Apa Kata Anda

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih banyak sudi singgah dan komen di Blog saya. Semoga anda dilimpahi rezeki oleh Allah. TQ