Tuesday, November 24, 2015

MINYAK IKAN TULEN BERKEPEKATAN TINGGI

Minyak Ikan Shaklee



Omega Guard membekalkan spektrum luas asid lemak Omega 3 gred farmaseutikal yang asli dan tulen.


Minyak Ikan
Omega Guard membekalkan spektrum luas asid lemak Omega 3 yang terdiri daripada 7 komponen utama, termasuk EPA untuk kesihatan keseluruhan dan DHA untuk fungsi dan perkembangan minda yang normal. Satu sajian Omega Guard membekalkan 990mg asid lemak Omega 3.


Gred Farmaseutikal yang tulen
Omega Guard dihasilkan melalui proses proprietari penyulingan molekul berganda yang bertujuan untuk meningkatkan kepekatan asid lemak Omega 3 dan pada masa yang sama  menyingkirkan bahan bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang sering mencemari pelbagai spesis ikan.



Untuk Info dan Order: Suriya Ahmad
Shaklee Independent Distributor [ID917694]
WA/Tele/PM: 019.263.5231
COD: Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil, KLIA Kota Warisan Salak Tinggi SEPANG,
Nilai, Banting, Bangi dan sekitar.


Sunday, November 22, 2015

FAKTA 1: VITA-LEA IRON FORMULA

Vitalea Iron Formula

Nutritional Facts
---------------------

Each tablet provides:

Vitamin A (as beta carotene)                                          1250 IU
Vitamin A (as Vitamin A acetate)                                  1250 IU
Vitamin C (as ascorbic asid)                                           60 mg
Vitamin D (as cholecalciferol)                                       200 IU
Vitamin E (as d-alpha tocopheryl acid succinate)          30 IU
Thiamin (as thiamin mononitrate)                                  0.75 mg
Riboflavin                                                                       0.85 mg
Niacin (as niacinamide)                                                  10 mg
Vitamin B6 (as pyridoxine hydrochloride)                    1 mg
Folate (as folic asid)                                                       200 mcg
Vitamin B12 (as cyanocobalamin)                                 3 mcg
Biotin (as d-biotin)                                                         150 mcg
Pantothenic Acid (as d-calcium pantothenate)               5 mg
Calcium (as dicalcium phosphate)                                 225 mg
Phosphorus (as dicalcium phosphate)                            175 mg
Iodine (as potassium iodide and sea kelp)                      75 mcg
Magnesium (as magnesium oxide)                                 100 mg
Zinc (as zinc gluconate)                                                  7.5 mg
Selenium ( as trace mineral protein hydrolysate)           35 mcg
Copper (as copper gluconate)                                         1 mg
Manganese (as manganese gluconate)                            1 mg
Chromium (as trace mineral protein hydrolysate)          60 mcg
Molybdenum (as trace mineral protein hydrolysate)      37.5 mcg
Nickel (as trace mineral protein hydrolysate)                 7.5 mcg
Tin (as trace mineral protein hydrolysate)                      5 mcg
Vanadium (as trace mineral protein hydrolysate)           10 mcg
Boron (as trace mineral protein hydrolysate)                  0.5 mg
Iron (as ferrous fumarate)                                                9 mg


Sumber: Shaklee Today


Kisah dikongsi bersama:



BADAN PENAT, LETIH, SAKIT2, SUSAHNYA NAK BEKERJA.

Badan letih2 rasa tak larat nak buat kerja rumah, mengadu Rita pada saya. Tolonglah aku Sue. Apa perlu aku ambil ni. Dah mudah penat, letih aku ni. Buat kerja rumah lebih skit, mulalah sakit2 badan, pinggang. Penat keterlaluan. Aku tersenyum dan minta dia mencuba sebotol Vitalea complex. Kau cuba ni.




Sebulan selepas itu, "Sue, aku nak repeat order. Betullah kata kau memang rasa sihat dan cergas amalkan supplemen kau ni. Aku nak beli lagi dan terus amalkan. Nak ajak suami aku makan sekali nanti."





Aku tersenyum puas dapat membantu menyelesaikan masalah sahabatku. Dapat membantu menambah nilai hidup orang lain.




Vitalea ini khasiatnya tak terhingga. Salah satu supplemen paling seimbang dengan khasiat yang lengkap, dirumus khas untuk membekalkan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Pengambilan harian Vitalea ini
~ Menggalakkan kecergasan dan kesihatan keseluruhan tubuh
~ Menguatkan tulang dan sistem imun
~ Menlindungi tubuh daripada radikal bebas




Best ke best??


Nak mencuba ??


Untuk Info dan Order: Suriya Ahmad 
Shaklee Independent Distributor [ID917694] 
WA/Tele/PM: 019.263.5231 
COD: Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil, KLIA Kota Warisan Salak Tinggi SEPANG, 
Nilai, Banting, Bangi dan sekitar.


DIET SEIMBANG

Kunci untuk memenuhi keperluan nutrien tubuh

'Anda Adalah Apa Yang Anda Makan' ialah ungkapan yang sering kita dengar dan baca. Namun, tidak ramai yang menyedari kebenarannya. Makan merupakan aktiviti harian yang penting dalam kehidupan manusia. Ia membekalkan tenaga untuk memastikan tubuh kita dapat berfungsi dengan baik.

Selain tenaga, tubuh juga memerlukan nutrien yang mencukupi untuk mengekalkan kelancaran fungsi sistem dalaman, di samping menyokong proses pembaikan dan pertumbuhan yang optimum. Itulah maksud sebenar ungkapan ini, dan tujuan utama manusia makan dan minum adalah untuk membekalkan nutrien yang amat diperlukan oleh tubuh. Segalanya bermula dengan diet yang sihat dan seimbang.

Diet seimbang ialah diet yang menggabungkan kesemua enam kumpulan nutrien utama iaitu protein, lipid, karbohidrat, vitamin, mineral dan air. Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan amalan diet seimbang melalui pengambilan makanan yang emnyihatkan termasuk buah buahan, sayur sayuran dan daging dalam kuantiti yang disyorkan.

Amalan pemakanan sihat dan seimbang berupaya memanfaatkan tubuh dengan:-

1. Menguatkan sistem imun
2. Mengawal berat badan
3. Menggalakkan kesihatan dan pertumbuhan yang sempurna
4. Melindungi daripada penyakit tidak berjangkit
5. Meningkatkan kesihatan mental dan emosi


Ihsan:google
Sumber: Shaklee Today

Untuk Info dan Order: Suriya Ahmad
Shaklee Independent Distributor [ID917694]
WA/Tele/PM: 019.263.5231
COD: Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil, KLIA Kota Warisan Salak Tinggi SEPANG,
Nilai, Banting, Bangi dan sekitar.
Saturday, October 24, 2015

COLLAGEN POWDER

COLLAGEN POWDER SHAKLEE


Untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.

* Berat molekul diukur dalam unit Dalton




Untuk Info dan Order: Suriya Ahmad
Shaklee Independent Distributor [ID917694]
WA/Tele/PM: 019.263.5231
COD: Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil, KLIA Kota Warisan Salak Tinggi SEPANG,
Nilai, Banting, Bangi dan sekitar.


VITAMIN E SHAKLEE



Vita-E complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.

Setiap kapsul gel lembut memberikan:
• 400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.
• Membantu dalam memelihara kesihatan baik.

Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.




Untuk Info dan Order: Suriya Ahmad
Shaklee Independent Distributor [ID917694]
WA/Tele/PM: 019.263.5231
COD: Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil, KLIA Kota Warisan Salak Tinggi SEPANG,
Nilai, Banting, Bangi dan sekitar.


VITAMIN E SHAKLEE PARUT HILANG KULIT CANTIK BERSERI

Assalamualaikum semua

Bila bercakap soal ‘Cantik’… Semua orang mengimpikan wajah yang cantik kan? Terutamanya tentulah kaum Hawa. Bila nampak kawan-kawan kulit cantik, halus mulus ahh cemburunya rasa. Bila nampak pelakon/penyanyi kulit gebu  fuhhh ‘kenapala aku takde kulit macam dia’… hehe… Semua wanita yang mempunyai kulit wajah yang kurang menyerlah mesti suka merendah diri macam ni kan?

Jangan begitu… Semua manusia yang Allah jadikan kat muka bumi ni semuanya cantik-cantik belaka tiada cacat celanya.. Tinggal kita je nak pandai jaga.


Nah, saya nak bagi anda rahsia kulit cantik dan sihat dari luar dan dalam. Apalagi kalau bukan daripada SHAKLEE, pengeluar suplemen semulajadi yang dijamin halal dan berkesan.

MENGURANGKAN CELA DAN BINTIK HITAM DIWAJAH




Untuk cantik, Vitamin E Shaklee adalah antara produk yang terkenal. Boleh dikatakan semua cadangan set kecantikan daripada Shaklee tidak lengkap tanpa kehadiran Vitamin E. Ramai pengguna tegar Vitamin E Shaklee telah pun membuktikan keberkesannya. So, tak hairanlah Vitamin E ni antara yang terlajak laris. 

Bulan ini BULAN OKTOBER PROMOSI VITAMIN E BESAR-BESARAN PENGHABISAN STOK,

BELI 2 dapat 50% diskaun aka BELI 1 PERCUMA 1

Jangan tak grab, siapa yang rugi anda juga. Saya sememangnya pengamal tegar Vitamin E tiap2 hari memang tak lepaskan peluang. Dah siap2 beli 2set simpanan sebab Vitamin E amat selamat diambil lebih dan amat mujarab kesannya. Malah boleh dijadikan masker wajah agar lebih kekal berseri dan lembap jer.



Jom kita tengok antara manfaat utama Vitamin E Shaklee:

Melindungi jantung: Pengambilan harian sebanyak 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat, melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan koletorol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platlet darah melekat ke dinding arteri, menghalang anemia hemolitik etc.

Mempertingkatkan kemampuan Reproduktif: Kajian pada tahun 1924 mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yg mengambil 600IU-800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.

Anti Penuaan: 1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Ianya membantu memulihkan tekstur kulit dan tona muka, dada dan otot paha.

Anti oksidan yg kuat: Pengambilan lebih dari 1200IU sehari untuk anti oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan proses pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi-katarak dan masalah penglihatan.

Kelestarian tenaga: Meningkatkan kelestarian tenaga seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih.

Memperbaiki arthritis: Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos dan sakit sendi.

Menghalang keguguran: Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom pra haid dan sindrom menopaus seperti hot flush. Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin dan keguguran.

Memperbaiki parut: Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.

Pakar nutrisi mencadangkan pengambilan ACE (Beta karotena, Vitamin C dan E) bersama-sama untuk menggandakan kesan anti oksidasi dalam melawan radikal bebas.


Pernah tak kita terfikir, cukup ke vitamin E yang kita ambil setiap hari?


Tahukah kita untuk 400IU Vitamin E, seseorang perlu mengambil makanan berikut untuk sel-sel sihat melawan radikal bebas:


1 kg gandum;

500ml minyak sunflower;

8kg bayam;

500g badam.



So, tunggu apa lagi? Jom cantik sebelum PROMO TAMAT. 

MEMBANTU MENINGKATKAN KESUBURAN DAN STAMINA SUAMI

MEMBANTU MENGURANGKAN KEKEJANGAN OTOT



Nak lagi cantik, gabungkan dengan Vitamin C Shaklee. Nak double triple cantik lagi, gabungkan sekali dengan ESP atau lebih hebat tambah Collagen Powder Shaklee. Memang berbaloi-baloi untuk hasil yang optimum dan berterusan.


Untuk Info dan Order: Suriya Ahmad 
Shaklee Independent Distributor [ID917694] 
WA/Tele/PM: 019.263.5231 
COD: Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil, KLIA Kota Warisan Salak Tinggi SEPANG, 
Nilai, Banting, Bangi dan sekitar.
Saturday, October 3, 2015

25 Kebaikan Vitamin C Untuk Kulit, Rambut dan Badan

Vitamin C, vitamin paling popular dari vitamin lain. Badan kita guna banyak vitamin C dari hujung rambut hingga hujung kaki sebab ia penting untuk tumbesaran dan baiki sel.

VITAMIN C SHAKLEE 

Jom semak 25 Kebaikan Vitamin C untuk Badan, Kulit dan Rambut:


1. Imunisasi / Daya Tahan Badan

Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.

Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untuk bina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang di makan boleh bantu cepat baik luka, ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.


2. Demam Biasa

Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.

3. Anti-oksida

Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.

4. Tekanan Darah Tinggi

Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.





5. Saluran Darah

Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik. Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.


6. Keracunan plumbum

Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak. Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama di kalangan kanak-kanak.

Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.


7. Untuk Kurus

Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yang ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh mengurangkan berat badan.

Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan.





8. Tekanan

Vitamin C membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.


9. Katarak

Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap, menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadi buta dikalangan orang dewasa.

Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi boleh menghalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg Vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.


10. Barah

Ciri-ciri anti-oksida pada Vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan.

Ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi meningkatkan fungsi imun badan supaya boleh melawan sel barah.



11. Tenaga

Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan.



12. Sakit Jantung

Vitamin C menghalang terkena sakit jantung dengan menghalang radikal bebal dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini menyebabkan kolestrol teroksida, kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung.

Masalah tekanan darah tinggi juga boleh diatasi dengan Vitamin C. Vitamin C terbukti adalah cara paling murah menghalang kita dari terkena sakit jantung dan strok.






13. Diabetes

Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C kerana Vitamin C mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada. Makan Vitamin C boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan mengawal komplikasi diabetes.


14. Asma
Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asma. Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan.



Kebaikan Vitamin C untuk Kulit






15. Perlindungan dari matahari

Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.

Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.




16. Penghasilan Kolagen

Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka.

Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusam dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.


17. Penyembuhan Luka

Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.








18. Melindungi dari perubahan warna kulit

Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma (masalah kulit).

Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.


19. Memperbaiki tekstur kulit

Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.

Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.



Kebaikan Vitamin C untuk Rambut


Image result for rambut yang cantik dan sihat



20. Meningkatkan Pertumbuhan Rambut

Pengambilan Vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang. Ia adalah tanda tidak sihat pada rambut

Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan rambut. Ciri-ciri antioksida pada rambut mengurangkan pembentukan radikal bebas dan mengurangkan kesannya kepada badan. Makan Vitamin C yang cukup dalam diet seharian penting untuk melindungi dari radikal bebas.

Mereka yang mengambil jumlah Vitamin C yang banyak mempunyai rambut yang sihat, kuat dan lebat.



21. Melawan Kelemumur

Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria atas kulit kepala.

Ia membuang kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri anti-viral.


22. Mengurangkan Keguguran Rambut.

Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untuk mengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.
23. Rambut yang lebat

Vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari darah. Ia penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat.

24. Melawan Masalah Rambut

Vitamin C adalah nutrien penting rawat rambut rosak dan melawan masalah rambut. Pemakanan yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan alopecia dan masalah botak bagi lelaki.



25. Mengelak dari segera beruban

Vitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur malahan membantu untuk mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut.

sumber rujukan: klik SINI.

VITAMIN C SHAKLEE



Di Shaklee, vitamin C dikenali sebagai Sustained Release Vita-C.

Apa itu sustained release? Ia bermaksud proses di mana diformulasikan khas agar ia dapat dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Atau dalam erti kata lain ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu. Dan ia juga bersifat larut air maka, sesiapa yang consume vita c dinasihatkan minum air secukupnya sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.


Dapatkan Vitamin C Shaklee Anda Hari ini.



Untuk Info dan Order: 
Suriya Ahmad 
Shaklee Independent Distributor [ID917694] 
WA/Tele/PM: 019.263.5231 
COD: Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil, KLIA Kota Warisan Salak Tinggi SEPANG, 
Nilai, Banting, Bangi dan sekitar.


Wednesday, September 30, 2015

ENERGIZING SOY PROTEIN PILIHAN KULIT GEBUS MULUS

Kalau anda nak maintain slim ramping sihat cantik flawless.. pastikan menu anda tinggi protein



Kalau nak lagi mudah.. bancuh protin segelas (protein kualiti tinggi pilihan saya adalah ESP. Korang boleh add on Cinch untuk weight loss atau pilih mealshakes untuk perasa french vanilla yang macam aiskrim tu)


Kenapa protein?


Kerana tubuh mencerna protein lebih lambat dari lemak atau karbohidrat, sehingga badan merasa kenyang lebih lama


Tubuh juga membakar lebih banyak kalori ketika makan makanan berprotein daripada makan makanan berkarbohidrat


Protein juga dapat meningkatkan metabolisme tubuh.


Kajian juga menunjukkan diet tinggi protien dapat mengurangkan nafsu yang rasa nak maaakannn jaa tu.. (jangan jadi naga yer)...hihi


notakaki : long termnya, jika seseorang meningkatkan jumlah protein yang ia makan, berat badannya dapat menurun




segalanya disini, dapatkan PROMO SEPTEMBER ESP yang amat berbaloi.




Anda boleh tonton CANTIK GEBUS MULUS bersama ESP SHAKLEE.


Pasti anda tertawan apabila melihat hasil setelah anda konsisten mengamalkannya. Putih gebus mulus kulit sehingga ramai yang tertanya apa rahsia anda. Jom kita amalkan bersama.

Berminat boleh hubungi 
Suriya.Ahmad
019-2635231
Tuesday, September 29, 2015

IKHTIAR CARA MEMPERBANYAKKAN SUSU IBU

Salam semua ibu dan bakal ibu memandangkan saya sering mendapat pertanyaan dari kawan kawan bertanyakan tentang cara/ teknik membanyakkan susu ibu, hari ni saya terpanggil untuk berkongsi dengan semua beberapa tips yang saya ambil dari blog blog dan perkongsian pengalaman dari lain lain ibu juga..diharapkan semua ibu diluar sana dapat memanfaatkan sedikit pengalaman yang saya kongsikan di sini.

~finally today 05/08/2011 bersamaan  5 Ramadhan deep freezer sy dh penuh..nilah rezeki yg akan dikongsi Lauzah dgn saudara2 sesusuannya nanti..alhamdulillah..

Tips Membanyakkan Susu Ibu [Susu Badan]

Pada kebiasaannya kebanyakan ibu sering kali beranggapan dan merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan atau sentiasa tidak cukup untuk bayi mereka. Perkara ini tidak akan berlaku sekiranya si ibu telah memulakan penyusuan awal (sekurang-kurangnya sejam setelah melahirkan) dan telah menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan. Namun, setelah beberapa bulan, badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon (prolaktin & oksitosin) dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah payudara, maka susu yg terhasil banyak (walaupun tak sebanyak semasa berpantang). Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :

1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar (feeding on demand) : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil. Jgn sesekali menghadkan penyusuan atau cuba menyusukan bayi secara berjadual seperti bayi yang minum susu formula itu salah sama sekali..sentiasalah enjoy setiap moment menyusukan bayi walaupun bayi menyusu selang setengah jam..kerapkan menyusu bayi waktu malam juga.



2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu. Terdapat ibu yang lebih selesa menyusukan anak pada sebelah payudara yang mereka sendiri selesa. Ini salah sama sekali, sebaiknya kita haruslah memberi bayi minum pada kedua belah untuk mengelakkan masalah production yang tidak seimbang yang mana penghasilan sebelah payudara lebih banyak dari yang satu lagi. Selain itu ia jugak dapat mengelakkan masalah saiz yang tidak seimbang.



3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu. Sewaktu pantang, kebiasaannya bayi yang berumur kurang dari 2 bulan memang lebih kerap tidur. Jangan sesekali biarkan anak tidur lebih dari 2 jam dan tidak menyusukan mereka. Pengalaman saya, saya akan sentiasa memastikn anak saya menyusu setiap jam sekali walaupun dia sedang tidur saya akan angkat dan menyusukannya kecuali dia sendiri tak nak. Saya akan sentiasa set dalam otak yang lagi banyak baby menyusu lagi banyak susu saya nanti..itu yg buat saya enjoy dan tak rasa penat atau beban.



4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.



5. Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2 atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.



6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:

• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.

• Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.

• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.

• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.



7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi. Amalkan juga zikir Ya Matin 70 kali sehari terutama sewaktu mengepam..niat dalam hati moga Allah kurniakan susu yang cukup untuk bayi kita sehingga lengkap penyusuannya selama 2 tahun.

8. Jangan tunggu payu dara penuh

Ada sesetengah wanita suka menjadikan payu dara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah! Yakinlah bahawa payu dara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bererti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payu dara “kosong”), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.



9. Menyusu Lebih Lama

Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payu dara. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payu dara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payu dara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.



10. Penyusuan Dua kali

Selepas anda menyusukan bayi, sendawakan dia. Langkah ini menjurus ruang di dalam perutnya untuk memuatkan lebih banyak susu. Kemudian, susukan dia semula. Cara ini turut merangsang payu dara untuk menghasilkan lebih banyak susu.



11. Bogelkan Bayi

Sewaktu menyusu, bogelkan bayi (kecuali lampinnya). Sentuhan kulit ke kulit membantu bayi kekal sedar daripada lena. Untuk memaksimumkan sentuhan kulit, buka coli dan pakai baju yang mempunyai butang di bahagian depan. Bagi mengelakkan bayi kesejukan pula, selimutkan dia ketika menyusu.



12. Penyusuan Malam

Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.



13. Penyusuan Baby Sling

Bayi memang suka jika berada dekat dengan anda. Secara tidak langsung, ia boleh merangsang dia untuk kerap menyusu. Jadi, gunakan baby sling di antara waktu penyusuan walaupun ketika itu dia sedang tidur. Pasti anda terkejut apabila mendapati dengan cara ini dia menyusu dengan lebih baik.



14. Fikir Bayi, Fikir Susu

Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payu dara anda. Cara ini, akan merangsang payu dara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.



15. Urutan

Teknik urutan payu dara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payu dara dengan tuala yang telah direndam di dalam sir suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi SINI.



16. Minum Air

Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari. Eloklah sukat 3 liter itu setiap hari, selepas cukup 3 liter barulah anda boleh minum sesuka hati. Seeloknya 3 liter itu mencukupi pada waktu siang. Jadi malam tak perlu banyak minum.



sources: Majalah Pa & Ma, Julai 2011


Tips lain yang boleh diamalkan ialah


Sayur-sayuran yang dapat membanyakkan air susu ibu:
Brokoli
Lobak Merah
Lobak Putih
Seleri
Kobis
Sawi Putih
Peria
Ulam Pegaga
Ulam Jantung Pisang [yang telah direbus]

Tips agar air susu ibu lancar:
Makan pucuk daun betik setiap hari.

Ambil SET MENYUSU SHAKLEE:
Milk Booster penambah lagi hasil susuan saya


Selain itu, saya memang mengaku, memang saya menggunakan supplement untuk menambahkan lagi pengeluaran susu saya. Saya mengamalkan makan ESP, alfalfa, lecithin dan ostematrix sebagai supplement yang utama, dan B compleks, Vitamin C dan Vitalea sebagai booster menambahkan nutrisi terbaik buat anak saya.


ESP : Sumber protein yang lengkap untuk menghasilkan susu di dalam badan dan memekatkan susu
Alfalfa : Milk booster
Ostematrix : Sumber kalsium yang penting untuk memperbanyakkan susu
Lecithin : Melancarkan pengaliran susu yang bertukar jadi lemak jika susu tidak dihisap oleh anak
B kompleks : Sumber untuk nutrisi kualiti susu, penting untuk saraf ibu dan anak dan penghilang stress ibu
Vitamin C : Imun booster ibu dan bayi

Vitalea : Nutrisi yang paling lengkap untuk kesihatan optima ibu dan bayi


Dan sememangnya kesemua ini adalah produk Shaklee, vitamin semulajadi yang telah menjalani kajian berpuluh tahun dan diiktiraf oleh Saintis seluruh dunia tentang keberkesanan dan isu selamatnya vitamin ini untuk sel badan kita dan anak kita.




Untuk Info dan Order: 

Suriya Ahmad 
Shaklee Independent Distributor [ID917694] 
WA/Tele/PM: 019.263.5231 
COD: Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil, KLIA Kota Warisan Salak Tinggi SEPANG, 
Nilai, Banting, Bangi dan sekitar.


Wednesday, September 23, 2015

ANEMIA ATAU PENYAKIT KURANG DARAH

SET ANEMIA ATAU PENYAKIT KURANG DARAH



Anemia atau masalah kurang darah bukan perkara asing dalam masyarakat kita. Mudahnya, anemia bermakna masalah kekurangan sel darah merah.

Komponen darah boleh dibahagi kepada 3, iaitu:

1. Sel Darah Merah: Meliputi hemoglobin (protein yang kaya zat besi dan berwarna merah). Berfungsi membawa oksigen dari paru-paru ke organ dan karbon dioksida kembali ke paru-paru untuk dibebaskan ke udara.
2. Sel Darah Putih: berfungsi sebagai sistem pertahanan menentang kemasukan bahan asing ke dalam badan.
3. Platlet dan Plasma: berfungsi menghentikan pendarahan apabila luka.

TANDA-TANDA ANEMIA:-
~ kulit dan tapak tangan pucat
~ jantung berdegup laju tanpa aktiviti berat
~ cepat letih
~ sesak nafas
~ sakit dada
~ kerap rasa pening
~ anggota badan berasa sejuk dan kebas

>> Bagaimana untuk mengetahui anda mengalami masalah anemia ? Boleh cuba jelirkan lidah dan lihat dan bandingkan warnanya dengan ahli keluarga lain. Adakah lebih merah atau pucat ?
>> Boleh juga cuba perhatikan bahagian bawah mata dan tangan, Adakah ia pucat? Jika anda mengalami sebahagian tanda di atas, anda mungkin mengalami masalah anemia.

BAGAIMANA ANEMIA BOLEH TERJADI?
Ia boleh berlaku disebabkan beberapa faktor, antaranya:
~ Badan kurang menghasilkan sel darah merah
~ Kehilangan terlalu banyak darah atau kadar kemusnahan sel darah berlaku lebih cepat daripada penghasilannya.

Anemia sangat merbahaya dan mampu memberi kepada ibu dan bayi dalam kandungan.
## Kepada ibu :
~ Risiko Keguguran
~ Bersalin Awal
~ Kematian janin dalam kandungan
~ Tumpah darah semasa & selepas bersalin

##Kepada Janin :
~ Bayi kurang berat ketika lahir (kurang 2.5kg)
~ Kelahiran tidak cukup bulan (pra-matang)
~ Lemas semasa lahir
~ Pertumbuhan bayi terbantut

Oleh itu, para ibu-ibu diharap jangan ambil mudah berkenaan masalah anemia. Kesian baby nanti....

CARA UNTUK MENGELAK ANEMIA
Secara asasnya, pemakanan harian seimbang iaitu yang cukup sukatan sayur dan sumber protein. Ia penting kerana pemakanan yang seimbang mampu mengatasi masalah kekurangan darah. Maknanya, seseorang itu akan dapat zat besi, vitamin B12 dan folat mencukupi. Seterusnya, pengambilan zat besi. Zat besi boleh diperoleh daripada sayur-sayuran hijau (juga kaya dengan folat), daging merah dan organ (seperti hati).

TAPI AWAS! Daging merah dan organ dalaman juga tidak boleh diambil berlebihan, terutama bagi individu yang ada masalah jantung dan paras kolesterol tinggi, kerana ia turut mengandungi banyak vitamin B12 yang boleh menyebabkan keracunan hati.

ATASI ANEMIA DENGAN SHAKLEE

** VITA-LEA IRON FORMULA : Mengandungi zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat. Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel.

** SUSTAINED RELEASE VITA-C / CHEWABLE VITA-C : Membantu penyerapan vitamin B12 dan zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan.

** B- COMPLEX : Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. Shaklee B-complex adalah lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk B12 dan folat.

** ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) : Sebagai sumber protein untuk membantu badan menghasilkan sel darah. Selain itu ESP juga membantu membekalkan tenaga kepada badan yang lemah terutama badan yang sedang mengalami proses pemulihan.

KESIMPULAN
Anemia bukan penyakit, tetapi satu masalah yang boleh mengganggu tugas harian. Orang yang mengalami masalah anemia cepat berasa letih dan tidak boleh bergiat dalam aktiviti cergas. Amalan pemakanan seimbang dan kaya zat besi biasanya boleh merendahkan risiko mengalami masalah kurang darah.





Untuk Info dan Order: 
Suriya Ahmad 
Shaklee Independent Distributor [ID917694] 
WA/Tele/PM: 019.263.5231 
COD: Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil, KLIA Kota Warisan Salak Tinggi SEPANG, 
Nilai, Banting, Bangi dan sekitar.


Sunday, September 20, 2015

KEAJAIBAN LEBAH MENURUT QS NAHL






Assalamu'alaikum warrahmatullahi wabarakatuh

Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia,” kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan. (QS An Nahl [16]: 68-69)


Madu dihasilkan dalam jumlah yang jauh lebih banyak daripada kebutuhan lebah. Ini mengisyaratkan bahawa minuman berkhasiat ubat ini diciptakan agar bermanfaat bagi manusia.

Sebagaimana kita ketahui, sumber makanan lebah adalah sari madu bunga (nektar), yang tidak dijumpai pada musim dingin. Oleh karena itulah, lebah mencampur nektar yang mereka kumpulkan pada musim panas dengan cairan khusus yang dikeluarkan tubuh mereka. Campuran ini menghasilkan zat bergizi yang baru iaitu madu dan menyimpannya untuk musim dingin mendatang.


Sungguh menarik untuk dicermati bahawa lebah menyimpan madu jauh lebih banyak dari yang sebenarnya mereka perlukan. Pertanyaan pertama yang muncul pada benak kita adalah: mengapa lebah tidak menghentikan pembuatan dalam jumlah berlebih ini, yang tampaknya hanya membuang-buang waktu dan tenaga? Jawaban untuk pertanyaan ini tersembunyi dalam kata “wahyu [ilham]” yang telah diberikan kepada lebah, seperti disebutkan dalam ayat tadi.



Lebah menghasilkan madu bukan untuk diri mereka sendiri, melainkan juga untuk manusia. Sebagaimana makhluk lain di alam, lebah juga mengabdikan diri untuk melayani manusia; sama seperti ayam yang bertelur setidaknya sebutir setiap hari kendatipun tidak membutuhkannya dan sapi yang menghasilkan susu jauh melebihi kebutuhan anak-anaknya.



Pengaturan yang Luar biasa di sarang lebah

Kehidupan lebah di sarang dan pembuatan madunya sangatlah menakjubkan. Tanpa membahas terlalu terperinci, marilah kita amati ciri-ciri utama “kehidupan masyarakat” lebah. Lebah harus melaksanakan banyak “tugas” dan mereka mengatur semua ini dengan pengaturan yang luar biasa.



Rancangan segi enam dari petak-petak sarang lebah memungkinkan penyimpanan madu dalam jumlah terbanyak dengan bahan baku pembuatan sarang, yakni lilin, dalam jumlah paling sedikit. Lebah hanyalah serangga berukuran 1-2 cm dan ia melakukan perhitungan itu dengan apa yang telah diilhamkan Tuhannya.



Pengaturan kelembapan dan pertukaran udara: Kelembapan sarang, yang membuat madu memiliki tingkat keawetan yang tinggi, harus dijaga pada batas-batas tertentu. Pada kelembapan di atas atau di bawah batas ini, madu akan rosak serta kehilangan keawetan dan gizinya. Begitu juga, suhu sarang haruslah 35 darjah celcius selama sepuluh bulan pada tahun tersebut. Untuk menjaga suhu dan kelembapan sarang ini pada batas tertentu, ada kelompok khusus yang bertugas menjaga pertukaran udara.



Jika hari panas, terlihat lebah sedang mengatur pertukaran udara di dalam sarang. Jalan masuk sarang dipenuhi lebah. Sambil menempel pada kayu, mereka mengipasi sarang dengan sayap. Dalam sarang yang baku, udara yang masuk dari satu sisi terdorong keluar pada sisi yang lain. Lebah pengatur pertukaran udara yang lain bekerja di dalam sarang, mendorong udara ke semua sudut sarang.



Perangkat pertukaran udara ini juga bermanfaat melindungi sarang dari asap dan pencemaran udara.


Penataan kesihatan: Upaya lebah untuk menjaga mutu madu tidak terbatas hanya pada pengaturan kelembapan dan panas. Di dalam sarang terdapat jaringan pemeliharaan kesihatan yang sempurna untuk mengendalikan segala peristiwa yang mungkin menimbulkan berkembangnya bakteri. Tujuan utama penataan ini adalah menghilangkan zat-zat yang mungkin menimbulkan bakteri. Prinsipnya adalah mencegah zat-zat asing memasuki sarang. Untuk itu, dua penjaga selalu ditempatkan pada pintu sarang. Jika suatu zat asing atau serangga memasuki sarang walau sudah ada tindakan pencegahan ini, semua lebah bertindak untuk mengusirnya dari sarang.



Kehidupan lebah di dalam sarang serta pembuatan madu oleh mereka sangatlah menakjubkan. Lebah melakukan banyak “pekerjaan” dan mereka berhasil melakukannya dengan baik melalui pengaturan (pengorganisasian) yang luar biasa.



Untuk benda asing yang lebih besar yang tidak dapat dibuang dari sarang, digunakan cara pertahanan lain. Lebah membalsam benda asing tersebut. Mereka menghasilkan suatu zat yang disebut “propolis” (yakni, getah lebah) untuk pembalsaman. Getah lebah ini dihasilkan dengan cara menambahkan cairan khusus yang mereka keluarkan dari tubuh kepada getah yang dikumpulkan dari pohon-pohon seperti pinus, hawwar, dan akasia. Getah lebah juga digunakan untuk menambal keretakan pada sarang. Setelah ditambalkan pada retakan, getah tersebut mengering ketika bereaksi dengan udara dan membentuk permukaan yang keras. Dengan demikian, sarang dapat bertahan dari ancaman luar. Lebah menggunakan zat ini hampir dalam semua pekerjaan mereka.



Sampai di sini, berbagai pertanyaan muncul dalam fikiran. Propolis mencegah bakteri apa pun hidup di dalamnya. Ini menjadikan propolis sebagai zat terbaik untuk pembalsaman. Bagaimana lebah mengetahui bahwa zat tersebutlah yang terbaik? Bagaimana lebah menghasilkan suatu zat, yang hanya bisa dibuat manusia dalam laboratorium dan menggunakan teknologi, serta dengan pemahaman ilmu kimia? Bagaimana mereka mengetahui bahwa serangga yang mati dapat menimbulkan tumbuhnya bakteri dan bahwa pembalsaman akan mencegah hal ini?



Sudah jelas lebah tidak memiliki pengetahuan apa pun tentang ini, apalagi laboratorium. Lebah hanyalah seekor serangga yang panjangnya 1-2 cm dan ia melakukan ini semua dengan apa yang telah diilhamkan Tuhannya.





Subhanallah >>>>!!!

Wassalamu'alaikum warrahmatullahi wabwarakatuh


Lanjut sila baca DISINI.




Untuk Info dan Order: 
Suriya Ahmad 
Shaklee Independent Distributor [ID917694] 
WA/Tele/PM: 019.263.5231 
COD: Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil, KLIA Kota Warisan Salak Tinggi SEPANG, 
Nilai, Banting, Bangi dan sekitar.


Wednesday, September 16, 2015

Kisah Jabal Nur, 'Gunung Bercahaya' di Makkah

Kisah Jabal Nur, Gunung Bercahaya di Makkah
Ini dia Jabal Nur, 'Gunung Bercahaya' (panoramio.com)


Makkah - Para jamaah haji di Makkah, Arab Saudi, biasanya menyempatkan datang ke Jabal Nur. Nur berarti cahaya, sebab di sinilah Nabi Muhammad pertama kali mendapat wahyu dari Allah. Beginilah rupa dan kisah Jabal Nur!

Dari sekian banyak tempat-tempat bersejarah di Makkah, rasanya belum lengkap jika belum mengunjungi Jabal Nur. Gunung ini menjadi titik awal Muhammad diangkat menjadi nabi terakhir. Jabal Nur berada di kawasan Hejaz atau atau sekitar 7 km dari Masjidil Haram.

Dilongok dari situs Islamic Landmarks, Kamis (10/10/2013), kata 'Nur' pada nama gunungnya memiliki erti cahaya. Bukan cahaya dalam erti kata sesungguhnya, cahaya yang dimaksud punya erti sebagai tempat pertama kali Nabi Muhammad menerima wahyu dari Allah.

Dalam sejarah, saat itu Nabi Muhammad sedang berada di dalam Gua Hira, salah satu gua di Jabal Nur. Ini adalah gua kecil dengan panjang 3,5 meter dan lebar 1,5 meter, serta letaknya berada 4 meter dari atas bagian puncak gunungnya.

Rupanya, Nabi Muhammad sudah sejak lama suka datang ke Gua Hira untuk menyendiri. Nabi Muhammad sering menenangkan fikiran di sana, hingga suatu hari wahyu tersebut turun melalui malaikat Jibril. Setelah wahyu pertama turun, lalu Nabi Muhammad melalui serangkaian proses panjang menjadi nabi dan rasul hingga Isra' dan Miraj.

Tak heran, umat Muslim menyebut gunung tersebut dengan sebutan Jabal Nur atau gunung yang bercahaya. Turunnya wahyu dari Allah ke Nabi Muhammad, adalah titik awal cahaya Islam yang terus menerus benderang hingga kini.

Oleh sebab itu, Jabal Nur tak pernah sepi dari kedatangan para jamaah haji tiap tahunnya. Tak hanya saat haji, Jabal Nur hampir dipenuhi para umat Muslim tiap harinya.

Untuk menempuh Gua Hira, diperlukan fisik dan stamina yang kuat. Anda bakal mendaki dari dasar gunung sekitar 1 jam untuk tiba di Gua Hira. Dari sana, hanya butuh beberapa menit saja untuk tiba di Puncak Jabal Nur yang punya ketinggian sekitar 642 mdpl.

Bebatuan yang terjal akan ditemui sepanjang jalan. Tak hanya itu, kemiringan medan jalannya pun bisa mencapai 60 derajat. Berhati-hatilah di setiap langkah kaki Anda.

Selain itu, Anda juga harus sabar mengantre untuk masuk ke dalam Gua Hira. Gua Hira hanya mampu menampung empat orang saja. Keadaan di dalamnya cukup gelap, sebab hanya sedikit cahaya matahari yang masuk ke sana.

Berjalan ke atas Puncak Jabal Nur, ada pemandangan cantik menanti Anda. Dari sanalah, Anda bisa melihat Kota Makkah yang cantik dari ketinggian. Bahkan, dari sana pun Anda bisa melihat Masjidil Haram dengan jelas tanpa ada gangguan gedung-gedung tinggi. Sangat cantik!

Baik saat musim haji atau musim-musim biasa, Jabal Nur selalu dipadati traveler muslim. Mereka melakukan napak tilas Nabi Muhammad sekaligus berziarah di sana. Di Gua Hira atau di atas puncak gunung kebanyakan umat muslim berdzikir dan berdoa, merindukan Rasullulah.

Gua Hira, tempat diturunkannya wahyu pertama kali untuk Nabi Muhammad (nativepakistan.com)

Kredit:travel.detik.com





Untuk Info dan Order: 
Suriya Ahmad 
Shaklee Independent Distributor [ID917694] 
WA/Tele/PM: 019.263.5231 
COD: Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil, KLIA Kota Warisan Salak Tinggi SEPANG, 
Nilai, Banting, Bangi dan sekitar.

KISAH PANGLIMA ROM MASUK ISLAM DAN MATI SHAHID





Kehebatan tentera Islam pada zaman Rasulullah saw dicatatkan dalam Peperangan Yarmuk pada tahun ke-13 Hijrah antara tentera Rom dan Islam.

Peperangan itu membuktikan jumlah tentera yang ramai bukan senjata terkuat bagi mengalahkan musuh. Peperangan itu membuktikan keazaman, ketaqwaan dan semangat jitu untuk mempertahankan agama Allah menjadi penentu segala-galanya.

Peperangan Yarmuk tercatat sebagai peristiwa gilang gemilang dalam sejarah Islam. Dalam peperangan pada Jamadilakhir itu, 100,000 tentera Rom kalah kepada tentera Islam yang hanya 30,000 orang.

Panglima Islam terbilang, Khalid Al Walid dan Abu `Ubaidah memimpin pasukan Islam. Kemenangan berpihak kepada tentera Islam.

Ada pandangan yang mengatakan peperangan itu berlaku pada Rejab tahun ke-15 Hijrah.

Di sebalik kemenangan itu, turut tercatat bagaimana Islam begitu menghormati hak musuh. Mereka yang ditawan tidak dilayan seperti musuh atau hamba, sebaliknya hak mereka tidak dicabul.

Pekerti yang ditunjukkan pemimpin dan pengikut Islam itu membuatkan musuh yang menentang Islam menerima agama Allah ini dengan hati yang reda. Islam jelasnya adalah agama keamanan.

Kisah itu dicatat dalam peristiwa seorang panglima Rom bernama George mendapat petunjuk kepada agama Islam.

Dalam peperangan Yarmuk, George dikisahkan memanggil Khalid Al-Walid. Kedua-dua panglima itu saling mara hingga kepala kuda mereka bersentuhan.

George bertanya: “Wahai Khalid, aku meminta kamu berbicara dengan jujur dan jangan berdusta sedikit pun kerana Tuhan Yang Maha Mulia tidak pernah berdusta.

“Jangan pula kamu menipuku, kerana sesungguhnya orang yang beriman itu tidak akan berdusta di sisi Allah.”

Khalid menjawab: “Tanyalah apa yang ingin engkau tanyakan.”

George berkata: “Apakah Allah menurunkan kepada Rasulnya, Muhammad SAW satu pedang dari langit kemudian diberikannya kepadamu hingga jika kamu gunakan pedang itu untuk berperang, pasti kamu akan menang?”

Jawab Khalid: “Tidak!”

George bertanya lagi: “Apakah sebabnya kamu digelar Saifullah (Pedang Allah)?”

Khalid menjawab: “Ketika Allah mengutus Nabi Muhammad, seluruh kaumnya sangat memusuhinya, termasuk aku. Aku adalah orang yang paling membencinya.

“Selepas Allah memberikan hidayah-Nya kepadaku, maka aku pun masuk Islam. Ketika aku masuk Islam Rasulullah menerimaku dan memberi gelaran kepadaku `Saifullah’ (pedang Allah).”

George bertanya lagi: “Jadi apa tujuan kamu berperang?”

Jelas Khalid: “Kami ingin mengajak kamu bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah utusan Allah.

“Kami juga ingin mengajak kamu untuk mempercayai bahawa segala apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad itu adalah benar.”

George kemudian mengemukakan soalan kepada Khalid: “Apakah hukumannya apabila orang itu tidak mahu menerimanya?”

Balas Khalid: “Hukumannya adalah harus membayar jizyah, maka kami tidak akan memeranginya.”

George berkata: “Bagaimana kalau mereka tidak mahu membayar?”

“Kami akan mengumumkan perang kepadanya,” kata Khalid.

George bertanya: “Bagaimanakah kedudukannya jika orang masuk Islam pada hari ini?”

Khalid menjawab: “Di hadapan Allah, kita akan sama semuanya, baik dia orang yang kuat, orang yang lemah, yang dulu atau yang kemudian masuk Islam.”

George bertanya lagi: “Apakah orang dulu masuk Islam kedudukannya akan sama dengan orang yang baru memeluk Islam?”

Khalid menjawab: “Orang yang datang kemudian akan lebih tinggi kedudukannya daripada orang yang terdahulu kerana kami yang terlebih dulu masuk Islam, menerima Islam ketika Rasulullah masih hidup dan kami dapat menyaksikan turunnya wahyu kepada Baginda.

“Sedangkan, orang yang masuk Islam kemudian, tidak menyaksikan apa-apa yang kami saksikan.

“Oleh itu, sesiapa saja yang memeluk Islam yang datang terakhir, maka dia akan lebih mulia kedudukannya, sebab dia masuk Islam tanpa menyaksikan bukti yang lebih meyakinkannya terlebih dulu.”

George bertanya: “Apakah yang kamu katakan itu benar?”

“Demi Allah, sesungguhnya apa yang aku katakan itu adalah benar,”jawab Khalid.

George berkata: “Kalau begitu aku akan percaya kepada apa yang kamu katakan itu. Mulai saat ini aku bertaubat untuk tidak lagi memusuhi Islam dan aku menyatakan diri masuk ke dalam agama Islam, wahai Khalid tolonglah ajarkan aku mengenai Islam.”

Lalu Khalid membawa George ke dalam khemahnya, kemudian menuangkan air ke dalam timba untuk menyuruh George bersuci dan mengerjakan solat dua rakaat.

Ketika Khalid dan George masuk ke dalam khemah, maka tentera Rom mengadakan serangan besar-besaran terhadap pertahanan umat Islam.

Selepas selesai mengerjakan solat, Khalid, George dan kaum Muslimin lainnya meneruskan peperangan sampai matahari terbenam. Pada saat itu kaum Muslimin mengerjakan solat Zuhur dan Asar dengan isyarat saja.

Dalam pertempuran itu, George yang bergabung dengan barisan kaum Muslimin itu syahid terbunuh.

Credit: MuhdHazrie.wordpress.com





Untuk Info dan Order: 
Suriya Ahmad 
Shaklee Independent Distributor [ID917694] 
WA/Tele/PM: 019.263.5231 
COD: Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil, KLIA Kota Warisan Salak Tinggi SEPANG, 
Nilai, Banting, Bangi dan sekitar.


Tuesday, September 15, 2015

Kisah Nabi Sulaiman dan Semut Merah




Kisah ini akan menceritakan suatu cerita pada zaman Nabi Sulaiman yang kaya raya dan dianugerahi kelebihan untuk berkomunikasi dengan semua binatang yang ada di dunia ini.

Salah satu kisah yang diceritakan dalam Al Qur'an adalah bahawa Nabi Sulaiman boleh berbicara dengan semut.


Tentu kita ingat dengan doa dari Nabi Sulaiman yang meminta kepada Allah SWT untuk dianugerahi kerajaan besar, dan tak seorang pun manusia setelahnya yang akan memilikinya.

Dan doa ini dikabulkan oleh Allah SWT, dan sampai saat ini pun janji Allah untuk menepati permintaan Nabi Sulaiman telah terbukti. Bahkan Nabi kita, Rasulullah SAW juga telah menyedari akan doa Nabi Sulaiman ini dalam ayat Al Qur'an.


Kisahnya.

Ketika rombongan Nabi Sulaiman a.s akan melintasi lembah yang ditempati sebagai sarang semut, dan Beliau menyeru kepada semut-semut itu agar berlindung.

Atas kebijakan Nabi SUlaiman inilah semut-semut itu memberikan pujian kepada Nabi Sulaiman.

Pada masa-kanak-kanak, Nabi Sulaiman sudah menampakkan tanda-tanda kecerdasan, ketajaman otak, kepandaian berfikir serta ketelitian dalam mempertimbangkan dan mengambil suatu keputusan. Sebuah peristiwa yang menunjukkan kecerdasan dan ketajaman otak Nabi Sulaiman dibuktikan dengan kecerdasannya dalam memecahkan beberapa masalah.


Salah satu mukjizat yang diberikan oleh Allah SWT kepada Nabi Sulaiman adalah mengerti bahasa binatang. Suatu hari rombongan besar Nabi Sulaiman hendak menuju lembah Asgalan, dan rombongan itu terdiri dari Nabi Sulaiman dan umatnya, malaikat, jin serta binatang-binatang.

Ditengah perjalanan, Beliau menyuruh rombongannya berhenti.


"Berhentilah sejenak, kita beri waktu kepada makhluk Allah untuk menyelamatkan diri," ucap Nabi Sulaiman.

"Wahai Nabiyullah, mengapa kita tiba-tiba berhenti di tengah jalan," tanya salah satu rombongan.

"Di depan ada lembah semut yang di dalamnya terdapat jutaan semut, mereka akan kusuruh untuk berlindung agar tidak terinjak oleh rombongan kita," jawab Nabi Sulaiman.



Dari jarak yang cukup jauh itu, Nabi Sulaiman nampaknya mendengar dialog Raja Semut yang menyuruh para semut untuk berlindung. Sungguh mukjizat yang sangat hebat, seseorang boleh mendengar perbicaraan haiwan dari jarak yang jauh lagi, dialah Nabi Sulaiman a.s iaitu.
Raja yang hebat.



Pujian Semut.

"Hai semut semut, masuklah kalian ke dalam sarang agar selamat dan tidak terinjak oleh rombongan Nabi Sulaiman," ucap Raja Semut.

Nabi Sulaiman tersenyum mendengar suara semut yang ketakutan itu.

Ketika kaum semut itu tengah sibuk menyelamatkan diri, Nabi Sulaiman menyuruh kepada rombongannya untuk terus bersyukur kepada Allah SWT. Sungguh Anugerah Allah, meskipun diberi kekuatan hebat pun Nabi Sulaiman ini tidak pernah sombong, rasa syukur yang selalu Beliau ucapkan.


Setelah beberapa saat berhenti, Nabi Sulaiman dan rombongannya kembali meneruskan perjalanan.

Ketika melintasi lembah semut itu, Nabi Sulaiman dan rombongannya mendapatkan pujian dari Raja Semut. Kaum semut bersyukur kerana sarangnya tidak rosak oleh rombongan Nabi Sulaiman.


"Kami takjub kepada Nabi Sulaiman yang mengerti bahasa binatang, sehingga tidak ada satupun yang terbunuh diantara kami," kata Raja Semut.


Kisah ini dari ayat Al Qur'an surat An-Naml ayat 18 yang ertinya,

"Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari."

(QS. An-Naml: 18).


Sekian.




Untuk Info dan Order: 
Suriya Ahmad 
Shaklee Independent Distributor [ID917694] 
WA/Tele/PM: 019.263.5231 
COD: Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil, KLIA Kota Warisan Salak Tinggi SEPANG, 
Nilai, Banting, Bangi dan sekitar.

Sunday, September 13, 2015

SPAGETTHI DAGING BERSOS BAWANG PUTIH DAN CENDAWAN

Assalamualaikum WBT dan Salam kasih sayang semua.

Hari ini Sue masak spagetthi daging ber sos bawang putih dan cendawan yang mudah dan ringkas jer. Tapi amat membuka selera anak anak. Mungkin sebab hari hari mama masak nasi berlauk. So, hari ini ahad mama masak Western la pula. 

Bila share di group WA, ramai anak cucu cicit shaklee minta share resepi. Takda istimewa dan kelainan pun, sama seperti yang lain. Air tangan jer berbeza dan doa setiap kali kita masak untuk keluarga jangan dilupa. Bukan ayat pengasih tapi ayat tambat hati. Hihi...bermadah pula.

Resepi spagetthi daging ini sesuai untuk satu family anggaran dalam 6-8 orang. Kalau keluarga kecil boleh makan ulang ulang, dari siang bawa ke makan malam. Yang penting panaskan. 


SPAGETTHI DAGING BERSOS BAWANG PUTIH DAN CENDAWAN KIMBALL
Bahan-bahan Resepi Spagetthi Daging bersos bawang putih dan cendawan:
1 bungkus spaghetti
1 bungkus daging kisar (Sue guna brand Ramly)
1 botol sos spaghetti (Sue guna brand Kimball yang perisa bawang putih dan cendawan)
Sos Tomato Kimball dalam 5 sudu ikut keperluan kuah anda
1 biji bawang holland (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (dimayang halus)
1 tin cendawan ( dipotong dadu)
Sedap rasa Maggi
Oregano

1/2 cawan minyak untuk menumis dan merebus


Cara-cara masakan :

1. Mula-mula, didihkan air dan rebus spagetthi. Campur dalam air spagetthi garam secubit dan minyak masak dalam 3 sudu sehingga lembut dan masak. Kemudian toskan dan letak ditepi kita teruskan untuk masak sos spagetthi pula ye.

2. Untuk masak sos spagetthi, panaskan minyak dalam anggaran 4 sudu dan masukkan bawang holland dan bawang putih. Tumis bawang sehingga kuning dan naik bau wangi (bukan hangit ;p).

3. Masukkan daging kisar dan goreng sehingga masak. Gaul rata supaya ia berketul kecil kecil.

4. Masukkan cendawan dan gaul sehingga masak.

5. Masukkan sos spagetthi kimball 1 botol. Kacau sehingga sebati dan menggelegak.

6. Masukkan Sos Tomato Kimball ikut nak berapa banyak air nak berkuah nanti supaya bila masuk air ia tak cair dan Maggi sedap rasa dalam 2 susu kecil serta tabur Oregano. Sue tak pakai garam. Masukkan air lebih kalau nak berkuah banyak dan balacekan dengan Sos Tomato tadi kepekatannya. Kemudian kacau sehingga rata dan masak.

SPAGETTHI SEDANG DI MASAK

SPAGETTHI SIAP DIREBUS

7. Siap untuk dihidangkan dan dimakan bersama mee spagetthi yang telah direbus tadi.

Selamat mencuba Resepi Spaghetti Daging Bersos Bawang Putih dan Cendawan.


***********************************
Nota Tips: 
1. Masa rebus minyak dalam 3 atau 4 sudu makan pun ok, Sebab mee spagetthi memang lembut sentiasa walaupun kena angin atau masak awal pun spagetthi tetap cantik dan lembut.
2. Air rebusan spagetthi juga boleh digunakan. Sedap.
3. Kalau ada cheese cedar boleh masukkan yang akhir sekali dalam 2 keping. Fuh dasyat sedap.


Siap. Jemput cuba, dan share yer. TQ

Lepas makan jangan lupa telan OMEGA GUARD SHAKLEE. Kasi bakar itu lemak dan Detox dengan Alfalfa complex.

Untuk Info dan Order: 
Suriya Ahmad 
Shaklee Independent Distributor [ID917694] 
WA/Tele/PM: 019.263.5231 
COD: Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil, KLIA Kota Warisan Salak Tinggi SEPANG, 
Nilai, Banting, Bangi dan sekitar.


Friday, September 11, 2015

ALFALFA DAN KEINTIMAN WANITA - KHAS UNTUK PARA ISTERI

Mesti macam tak percaya kan wahai para isteri sekalian. Terus terang Sue katakan di sini dengan membaca butir tulisan testimoni pengguna Alfalfa Complex, Sue sendiri dah terkesima dan yakin dengan produk ini. Malah saya sendiri mengamalkannya dan merasakan kesannya.


Why I choose Alfalfa Complex? tajuk entry pun tak leh kalah.

Alfalfa Complex adalah signature formula created by Dr. Shaklee. Ia mengandungi sumber asli dari pohon Alfalfa yang tinggi kandungan klorofil dan nutrisinya untuk menyokong kseluruhan kesihatan. Alfalfa Complex yang matang sahaja akan dipilih untuk diproses.

Alfalfa Complex yang matang adalah akarnya tumbuh 20 kaki kedalam tanah untuk menyerap semua nutrisi yang diperlukan selepas itu baru diproses menjadi pil. Lebih lanjut baca fakta DI SINI.

INILAH RUPANYA ALFALFA COMPLEX SHAKLEE



Antara ke'seksian' Alfalfa adalah :

>>merawat keputihan yang di alamai oleh para wanita. Keputihan yang teruk boleh menjejaskan kebersihan kawasan miss'V' wanita dan lagi teruk andai keputihan tu mengeluarkan bau. 

>>merapatkan serta mengetatkan lagi miss 'V'. Rata-rata testimoni menyatakan kehebatan sebegitu. Si suami akan memuji-mujilaa si isteri ni sebab rasa kehangatan seperti malam pertama dulu. Alfalfa mengetatkan lagi tisu-tisu miss 'V' isteri dan kuasa grip akan jadi lebih power.

>>memberi tenaga yang berterusan kepada suami isteri. Seorang sahabat saya yang mengamalkan Alfalfa pernah stop consume alfalfa time period dia on pada suatu masa tu, tapi dia cakap, rasa kurang bertenaga untuk lakukan aktiviti seharian kalau tak makan Alfalfa. hasil yang didapati bila amalkan Alfalfa dan tak makan Alfalfa adalah berbeza.

Alfalfa ni dikira sebagai raja herba iaitu Raja Segala Tumbuhan. Semua khasiat ada dalam tu. Ia bukan sahaja untuk perapat wanita sahaja. 1001 kebaikan Alfalfa dapat diperolehi jika diamalkan secara konsisten.


ALFALFA SHAKLEE 1001 KEBAIKAN KEPADA SI PENGAMALNYA.


~Melegakan sakit sendi dan sakit belakang
~Menghilangkan kelesuan dan tekanan
~Mengurangkan simptom PMS (untuk wanita)
~Merawat arthritis
~Membantu mengatasi masalah allergi dan ekzema (jika bayi ekzema, ibu boleh amalkan Alfalfa & khasiatnya bayi dapat melalui susu ibu)
~Mengatasi masalah asthma
~Mencuci usus untuk tujuan membuang toksin (detox)
~Mencuci buah pinggang & merawat kencing kotor
~Meneutralkan asid dalam badan
~Merawat masalah keputihan (untuk wanita)
~Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita)
~Sebagai kacip Fatimah bertindak sebagai ‘perapat‘ mengembalikan hubungan hangat suami isteri (untuk wanita)
~Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita)
~Melancarkan sistem penghadaman & pencernaan
~Meningkatkan stamina para suami
~Sebagai pelawas & mengatasi masalah sembelit
~Membuang angin dalam badan
~Paling terkenal adalah sebagai milk-booster membantu ibu lancarkan penyusuan & tambah susu badan


Apakah yang terkandung di dalam Alfalfa?
Vitamin A
Vitamin E
Vitamin B6
Vitamin K
Vitamin D
Kalsium
Zat besi
Kalium
Fosforus
Klorin (klorida)
Sodium
Silikon magnesium
Kaya dengan protein –> 18.9% berbanding daging lembu ,3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur



Haaaa sebab itulah Alfalfa ni dipanggil Raja Segala Tumbuhan. Lihat saje lah betapa banyak zat mineral yang terkandung di dalamnya. Oopss mesti ada yang terfikir alaaa perempuan je boleh makan Alfalfa ni. Sepertimana produk2 Shaklee yang lain, Alfalfa juga boleh diamalkan oleh wanita mahupun lelaki.

Memang Raja kan Alfalfa ni. Setiap ciptaan Allah itu memang ada fungsi masing2. Dan alfalfa ini Allah ciptakan sebagai tumbuhan yang tersangat banyak khasiatnya agar dapat dimanfaatkan oleh kita. Jadi usah ragu2.. dapatkan Alfalfa anda hari ini dan cuba sendiri..
Jom lihat apa kata mereka yang telah mencuba Alfalfa ni.
TESTIMONI 1: PERAPAT DAN TEGANGKAN PAYUDARA

TESTIMONI 2: MILK BOOSTER


Alfalfa atasi keputihan
TESTIMONI 3: KEPUTIHAN


Alfalfa atasi ekzema
TESTIMONI 4: SEMBUHKAN EXZEMA 



Rugi mereka yang tak mahu mencuba Shaklee ni kerana keberkesanan memang diakui ramai. Malah Shaklee berpengalaman berpuluh tahun dalam bidang supplement. Jadi jika anda mahu supplementkan diri anda kenapa tidak bertanya kepada yang pakar kan.

Untuk Info dan Order: 
Suriya Ahmad 
Shaklee Independent Distributor [ID917694] 
WA/Tele/PM: 019.263.5231 
COD: Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil, KLIA Kota Warisan Salak Tinggi SEPANG, 
Nilai, Banting, Bangi dan sekitar.


Thursday, September 10, 2015

APA ITU MLM, APA SEBENARNYA MLM. KORANG TAU TAK.

Assalamualaikum WBT. 

Salam kasih sayang semua.

Sue ingin mengambil kesempatan di sini untuk menghuraikan sedikit sebanyak perkara mengenai perniagaan yang berbentuk piramid di mana kebanyakan sistem piramid ini di kaitkan dengan Perniagaan Multi Level Marketing atau singkatannya MLM. 




Sistem piramid biasanya di kaitkan dengan perniagaan MLM di mana ia di anggap negatif apabila di katakan orang di atas (Upline) mengambil kesempatan terhadap orang yang di bawah (Downline). Ini kerana orang di atas tidak membuat apa-apa pekerjaan tetapi hanya duduk goyang kaki dan mendapat keuntungan atas kesusahan dan usaha orang di bawah. 


Perlu di ingat penafsiran seperti ini hanya terpakai untuk perniagaan MLM yang tidak mengamalkan etika perniagaan yang betul dalam mengaut keuntungan dan memberikan persepsi yang buruk kepada perniagaan MLM yang mengikut undang-undang dan beretika. Sebagai pengguna, kita seharusnya tidak terburu-buru membuat keputusan atau menilai sebelum membuat kajian terhadap perniagaan MLM yang ada pada hari ini.


MLM adalah perniagaan jualan produk secara langsung kepada pelanggan melalui pengedar-pengedar yang di lantik untuk mendapatkan jualan tetapi pada masa yang sama memberikan peluang kepada pengedar menjana pendapatan melalui penjualan produk dan juga melalui rangkaian atau networking. Permasalahan dan kekeliruan timbul apabila ianya berkait dengan networking kerana ianya seolah-oleh mengambil kesempatan atas usaha orang lain di dalam rangkaian tersebut. Perlu di ingat, MLM adalah jenis perniagaan yang mengutamakan rangkaian kerana dengan rangkaian atau kumpulan yang kuat, produk yang di pasarkan akan lebih cepat untuk berkembang dan lebih cepat sampai kepada pelanggan.


Seperti yang Sue katakan tadi, MLM memberikan peluang kepada pengedar untuk menjana pendapatan melalui penjualan produk kerana kebiasaannya, pengedar akan mendapat keuntungan di antara 20-30% daripada penjualan produk. Bagi mereka yang tidak mempunyai rangkaian, penjualan produk 100% tidak akan memaksimumkan pendapatan mereka dan inilah gunanya networking di mana, pendapatan dapat di tingkatkan dengan adanya networking. Semakin besar networking semakin banyak produk yang terjual dan semakin tinggi pendapatan yang diterima. Saya tidak akan memfokuskan bagaimana aliran MLM ini terhasil kerana ianya tidak sesuai di terangkan di dalam artikel yang lebih kepada menerangkan apa itu perniagaan MLM dan sistem piramid itu sendiri.



Jadi, konsep orang atas sahaja yang akan mendapat keuntungan ‘buta-buta’ adalah tidak benar kerana komisyen over-riding akan terhenti pada satu tahap yang munasabah yang di tetapkan oleh syarikat MLM tersebut. Jika setiap pengedar yang bergelar downline tadi kekal menjalankan perniagaan MLM ini maka pada satu tahap juga dia akan menjadi upline.Seterusnya usahanya mungkin akan sedikit berkurang kerana sebagai upline dia akan memastikan kumpulannya mendapat jualan produk yang tinggi dan memotivasikan setiap ahli di dalam rangkaiannya dan begitulah seterusnya. Di dalam perniagaan MLM, penggunaan produk yang konsisten oleh setiap ahli dan memperkenalkan produk kepada orang lain adalah perkara yang ditekankan di dalam perniagaan MLM ini.



Bagi sistem piramid pula, ianya agak sukar untuk di bezakan kerana mereka yang menggunakan sistem piramid adalah perniagaan MLM yang menfokuskan kepada perekrutan ahli daripada memfokuskan kepada jualan produk itu sendiri. Sistem piramid seperti inilah yang sebenarnya merosakkan perniagaan MLM yang beretika dan mengikut undang-undang. Biasanya, syarikat MLM yang menjalankan sistem piramid boleh di kesan jika berlakunya unsur-unsur seperti berikut.
Yuran pendaftaran yang tidak munabah
Harga barang yang di jual terlampau mahal daripada harga pasaran.
Ahli tidak perlu mengguna produk berkali-kali.
Memfokuskan kepada perekrutaan ahli untuk mendapat keuntungan

Di harapkan dengan penerangan secara ringkas ini, kita mempunyai gambaran yang jelas bagaimana untuk membezakan antara perniagaan MLM yang beretika dan juga perniagaan MLM yang tidak beretika. Di dalam kalangan masyarakat hari ini yang lebih terdedah kepada maklumat-maklumat yang tidak tepat, penjelasan adalah perlu untuk memperbetulkan tanggapan masyarakat terhadap perniagaan MLM. 

Perniagaan MLM adalah perniagaan yang memberi peluang kepada individu untuk menambah taraf hidup ekonomi isi rumah dengan modal dan risiko yang rendah. Perniagaan MLM bukan perniagaan cepat kaya tetapi perniagaan MLM adalah salah satu perniagaan yang boleh menjadikan anda kaya dan berjaya. 


Rujuk hukum Sistem MLM dalam Islam

Alhamdulillah 

Korang tau tak 
Sue sudah 2 tahun lebih menjalankan MLM Shaklee yang telah banyak membantu dari segala sudut kehidupan. Sampai tahap jatuh cinta makan produk Shaklee. Disebabkan berkesan, halal dan selamat.

Korang tau tak
Shaklee menggunakan kaedah MLM untuk mengedarkan produknya (sebab tu tiada artis khas jadi duta. Pengedar itu sendiri adalah artis. Kami semua lah artis Shaklee. hihi...kami bawa jenama kami.)

Korang tau tak
Menjual produk yang diperjualbelikan dalam sistem MLM dengan harga yang jauh lebih tinggi dari harga biasa adalah amat tidak digalakkan menurut Islam

Korang tau tak
Harga produk produk Shaklee jauh lebih rendah dari jenama2 yang setara kualiti 
(vitamin C sebiji 50sen, B complex 40sen, Vitalea Multivitamin 100tahun tu 60sen. Itu baru sikit contoh vitamin. Semak dulu sebelum cop produk ni mahal)

Korang tau tak
Ada syarikat MLM yang fokus jualbeli orang bukan jual beli produk.

Korang tau tak
Sue tak dapat apa apa komisyen kalau dowline tu dah level jauh ke dalam bawah
(dapat sampai level ke-6 sahaja itu pun ada syarat kena capai. Maksudnya Sue kena kerja keras juga bersama-sama downline)

Korang tau tak
MLM ni tak menindas tapi manusia sendiri yang suka menindas diri sendiri, zalim dengan diri sendiri (takde loan, pi buat loan, takde hutang pi tambah hutang)


Korang tau tak
Kalau saya recruit 100orang pun sebulan tapi 100orang tu tak menjual produk Shaklee, saya tak dapat apa apa dari tiap kepala tu ( ada amal ada hasil, bukan buta buta cari orang)

Korang tau tak
Dalam organisasi jutawan Shaklee, ada sahaja downline yang bonus/rank lebih tinggi dari upline 
( siapa usaha lebih rajin akan dapat lebih )

Korang tau tak
Sue anggap semua downline Sue macam satu keluarga besar yang amat Sue sayangi.

Korang tau tak
Shaklee diiktiraf sebagai BEST MLM BRAND dalam produk nutrisi oleh BrandLaureate pada tahun 2014/2015

Korang tau tak
Shaklee Syarikat PERTAMA di dunia yang mendapat Sijil Pengiktirafan 'Climate Neutral & offset its CO2 Emissions'.

Korang tau tak
Sebahagian besar keuntungan company, Shaklee dalam RM250juta setahun dilaburkan kembali hanya untuk kerja-kerja Research & Development (R&D), kajian dan pengujian.

Korang tau tak
Bonus utama Shaklee adalah berbentuk cash tiap tiap tengah bulan tak pernah lewat malah awal sangat pun ada (tapi bukan semata mata recruit orang tanpa membuat jualan).

Korang tau tak
Shaklee peruntukkan 3billion tahun lepas untuk dibayar kepada pengedar-pengedar.

Korang tau tak
Harga produk untuk ahli adalah sama untuk setiap orang tiada beza pangkat.

Korang tau tak
Punya lah syok berbisnes ni macam tanam pokok durian. Mula2 penat tapi time tuai hasil best.

Korang tau tak
Ada amal ada hasil. Maksudnya kalau nak buat bisnes MLM kena rajin. Pilih MLM yg sahih produk dan sistem pemasaran menindas atau tidak. 


Sekian. Untuk lebih jelas boleh sertai kami dengan hanya pendaftaran RM80 sahaja dan malah anda akan dapat Multivitamin terbaik didunia 1 botol.




#shaklee
#kttshaklee
#korangtautak
#kelabbloggerjutawan
#kembalifitrah
#suriyaahmad
#suriyamanis



Untuk Info dan Order: 
Suriya Ahmad 
Shaklee Independent Distributor [ID917694] 
WA/Tele/PM: 019.263.5231 
COD: Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil, KLIA Kota Warisan Salak Tinggi SEPANG, 
Nilai, Banting, Bangi dan sekitar.

Custom Post Signature

Custom Post  Signature