TIPS MEMILIH SUPPLEMEN VITAMIN E YANG SELAMAT

Assalamualaikum wbt semua

Hari ini Sue nak share kan Tips mudah untuk Memilih Vitamin E 

Nak yang SEMULAJADI atau SINTETIK??? 

Mestilah pilihan anda yang WAJIB ialah SEMULAJADI kan. Jadi macamana nak pilih supplemen Vitamin E yang dari sumber semulajadi.


Jadi bila nak beli vitamin E, boleh check pada label atau tanya pada pengedar Shaklee anda.

Sekiranya Vitamin E dengan dl-alpha tocopherol, sumber vitamin itu adalah dari bahan sintetik.

Pastikan Vitamin E anda ialah d-alpha tocopherol, ia adalah dari sumber bahan semualajadi.

Inilah dia tips paling mudah untuk anda memilih supplemen Vitamin E.




Dan sedikit INFO untuk anda, kenapa perlukan supplemen Vitamin E ini???

Keperluan Vitamin E minima, menurut RDA ialah 18IU dan maksima 800IU.

Manakala 400IU Vitamin E diperlukan untuk

1. Melindungi sel badan dari radikal bebas
2. Immune booster (digandingkan dengan Vitamin C)
3. Melindungi dari risiko penyakit jantung dan cancer

dan banyak manfaatnya lagi.

Walaubagaimanapun, adalah sukar untuk mendapatkan walau 18IU dari sumber makanan harian.

Jadi bagaimana pula untuk kita mendapatkan 400IU itu?? Dari supplemen lah.

1 biji Vitamin E complex Shaklee mengandungi 400IU Vitamin E didalamnya.

Jika berminat boleh Hubungi Saya



Whatsapp/Tele
019.263.5231
IG@suriya.ahmad

Peppermint Ginger Plus Shaklee untuk Ibu Hamil yang kerap loya

Baru-baru ni Ustazah Pasti yang saya kenali dan pernah mengajar Putri saya mengalami alahan mengandung yang kuat. Sukar untuk buat kerja harian. Asyik pening dan muntah muntah. Itu memang normal pada awal-awal trimester, tapi badan yang mengandung tak larat nak ke toilet sahaja. Alhamdulillah Shaklee ada supplemen yang membantu mengurangkan loya-loya iaitu Peppermint Ginger Plus Shaklee. 


Apa itu Peppermint Ginger Plus Shaklee???

Ia merupakan supplemen yang dihasilkan daripada kombinasi 4 herba yang sangat bagus untuk penghadaman. Peppermint Ginger Plus ini juga dapat membantu mengurangkan risiko masalah penghadaman. 

Jom kita lihat pula apakah 4 herba yang terdapat dalam Peppermint Ginger Plus Shaklee dan khasiatnya:-


Herba 1# Daun Pudina 


1. Membantu dalam proses penghadaman
2. Membantu mengurangkan rasa LOYA Ibu hamil dan Morning Sickness
3. Untuk pesakit gastrik ia membantu mengurangkan sakit gastrik, pedih ulu hati dan cirit birit
4. Membantu mengurangkan kesan sampingan daripada kemoterapi (pesakit kebiasaannya akan muntah-muntah dan kurang selera makan)
5. Meransang pengeluaran peluh agar badan lebih cerdas
6. Membantu menajamkan pemikiran untuk lebih fokus



Herba 2# Halia


1. Meransang rembesan enzim Salvia untuk mencernakan makanan
2. Melegakan ketidakselesaan perut/ sakit perut
3. Mengurangkan senggugut
4. Membantu mengurangkan LOYA Ibu Hamil atau Morning Sickness



Herba 3# Fennal (Pokok Adas)


1. Membantu menghilang kembung perut
2. Melegakan kesakitan perut
3. Membantu mengurangkan masalah alergi pada saluran usus


Herba 4# Anise (Cekur Manis)



1. Melegakan masalah pencernaan
2. Mengurangkan senggugut
3. Meransang rembesan jus gastrik untuk pencernaan
4. Bagus untuk peredaran tenaga di dalam badan

Ia merupakan berita baik untuk Ibu Hamil, semestinya. InsyaAllah dapat mengurangkan Morning Sickness itu.

Sesiapa berminat untuk mendapatkan Peppermint Ginger Plus Shaklee ini, boleh hubungi saya di
Hubungi Saya

atau

Sue|0192635231
SID917694

Mudahnya Menjemput Rezeki

Salam hari Rabu buat semua pembaca Blog SURIYAMANIS.COM...Pagi ni mari kita mulakan dengan sesuatu yang bermotivasi ...sebab itu saya share artikal ini ...supaya dapat pahala menyebarkannya..InsyaAllah..Aamiin...mari kita jadikan panduan hidup kita...kita ubah hidup kita kearah yang lebih baik...
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya pergi semalam ke SEMINAR MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI di Melaka anjuran SEK REN i-MUSLEH bagi mengutip dana pembinaan sekolah.

Penceramah seminar ini adalah Pn.Areena Ahmad Jurulatih Seminar Mudahnya Menjemput Rezeki yang dilatih oleh USTAZ FATHURI SALEHUDDIN.

Apa yang diceritakan semuanya berbalik semula pada AL-QURAN & AS-SUNNAH..Networking kita dengan ALLAH mesti luar biasa. Barulah rezeki kita luar biasa. Ini kerana beliau kata di luar sana kebanyakan biasa berbanding luar biasa.
Dia menceritakan kita penat untuk mencari rezeki, tapi kita tak penat untuk menjemput rezeki.

Formula yang saya dapat:
1.Networking pertama adalah DHUHA. 
Jika kita selalu buat 2 Rakaat..sekarang ubah lebih rakaat..makin lama makin meningkat.
Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Surah ini tidak akan membuat kita miskin untuk selamanya.Waktu DHUHA rasa getaran kita untuk menjadi apa. Jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT.

2.Tahajjud. 
Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ini. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.

3.Membaca Al-Quran. 
Apa yang di cerita, bangun pagi kita jangan buka hp atau rancang nak buat apa dulu..mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat. Ini kerana apabila kita melakukan ini..Allah akan bagi kecukupan masa yang melampau pada kita untuk 1 hari. Jadi tiada istilah "TIADA MASA".

4. Berzikir
Beliau meminta semua berzikir Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Ini adalah latihan kita bersama dengan Allah. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.

5.Solat Berjemaah. 
Terutama lelaki, solat berjemaah di surau atau masjid. Pergi awal 10 minit awal sebelum azan. Orang lelaki diminta telefonlah ibu 1 hari 5 kali atau lebih.

6. Bersilaturrahim
Janganlah kita memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti anda dengan hati yang yang lapang dan tenang.

7.Bersedekah.
Ini amalan yang sangat dititikberatkan oleh Puan Areena kerana sedekah satu power yang luarbiasa. Nak sakit sembuh, nak anak dengar cakap kita, nak kaya perlu kita sedekah. 1 kali memberi, Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali.
Contoh yang dia beri semalam..Jika inginkan pendapatan bulan ini RM5000..10% daripada RM5000 yang kita inginkan..RM500 perlu kita sedekahkan pada bulan ini.
Bila bersedekah terang-terang kita minta dengan Allah.
Testimoni beliau tentang sedekah..seorang peniaga online setiap bulan sedekah RM120,000. Pendapatan setiap bulan RM600,000.
Testimoni beliau lagi..seorang kawan pergi outstation 7 hari. Sebelum outstation..kawan dia pergi bayar 'INSURANS'..bukan insurans prudential atau takaful tapi insurans SEDEKAH. Dia sedekah 3 tempat anak yatim. Dijadikan cerita..iron rumah dia tak tutup. Selama 7 hari tiada apa yang berlaku pada rumah dia..iron tu hanya panas sahaja. SUBHANALLAH.

8.Solatlah di awal waktu. 
Panggilan ALLAH lagi penting dari segala-segalanya. Contoh : Jika anda hendak susun 40 batu..batu yang ke 39 azan berkemandang, agaknya kita sambung batu terakhir atau tidak??
Pesan beliau sambunglah batu terakhir selepas solat..

9.Serahkan sepenuh pergantungan kita kepada ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana.

10.Tawakal dan Usaha.
Selalu kita dengar, usaha dulu baru tawakal. Betul tak ?? Tapi Puan Rina kata ..tawakal dulu baru usaha..minta bulat-bulat pada Allah..baru kita usaha.
4 amalan surah setiap hari.
● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur

Pesan beliau juga minumlah air masak 3 liter sehari.

Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki. Ini kerana mak dia adalah pesakit KANSER..Tapi dia tak. Sebab dia tidak beremosi seperti mak, selalu minum air. Mak dia jarang minum air.

Yang ikut adalah adik dia pesakit KANSER. Ini kerana adik dia seperti mak yang selalu beremosi dan kurang minum air.

BILA ANDA CUKUP AMALAN...BARULAH SEMUA AKAN BERUBAH. SEKARANG SEMUA TERLETAK PADA DIRI KITA SAMA ADA INGIN BERUBAH ATAU TIDAK.
BERPEGANG TEGUH PADA AL-QURAN & AS-SUNNAH.

Masa balik..beliau berlari ke arah saya dan kawan supaya membeli buku kitab selawat barakat makiyyah yang dijual oleh pihak penganjur. Beliau berpesan jika diamalkan..RESULT nya
ia memang AMAZING.



Semoga perkongsian saya ini mendapat manfaat untuk semua.

Salam Sayang 
SURIYA AHMAD
SID HEBAT ANDA.

ALFALFA COMPLEX


WWW.SURIYAMANIS.COM

Alfalfa complex merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950an. Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/ baja bebas kimia.

Alfalfa juga dikenali sebagai ' Raja Segala Tumbuhan'. Medicago sativa memiliki gred yang paling tinggi dikalangan tumbuhan Alfalfa. Tumbuhan ini mengambil masa sekurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki kedalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Daun alfalfa dari shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak.  Daun alfalfa yang telah matang, kaya dengan klorofil. Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian lainyang tidak penting dilupuskan. 

Kemudian daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti. Setiap tablet mengandungi 300mg alfalfa.

Manfaat Utama:
Tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi - Alfalfa telah digunakan oleh manusia sejak lebih dari 2500 tahun dan telah dikenalpasti sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakkannya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayuran. Ia kaya dengan protin, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 10 biji alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.

  • Mencuci hati, darah dan usus - Ini adalah makanan yang sangat berakali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
  • Melawan Alahan - Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete's foot) dengan berkesan.
  • Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut - Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.
  • Menyingkirkan lemak dan kolesterol - kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.
  • Melawan tumor - Memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.
  • Melegakan keletihan - melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit
  • Mencegah atau merawat atritis - Melegakan sakit atritis dan kesakitannya.

REBUTLAH PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE. SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI SUE

NAMA: SURIYA AHMAD (SUE)
ID SHAKLEE:917694
EMAIL: mommasueshakleecious@yahoo.com
PM/Whatsapp : 019-2635231
FB: Norsuriyati Ahmad




Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUTRAJAYA, CYBERJAYA, DENGKIL, SEPANG, NILAI DAN SEKITAR boleh hubungi Sue untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Sue akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia.



Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti.



* Segala testimoni/ penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.