Sunday, June 11, 2017

On 7:01 AM by SURIYA AHMAD   No comments

* PUDING ROTI SOS KASTARD KUKUS*



Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ramai yang minta resepi. So, Sue share sini senang bagi link untuk rujukan ketika masak.

Sebenarnya Sue sendiri pun budak baru belajar lagi..
nak cakap terer masak tu..salah lah yek!
masih mahu mencuba..I'M NOT MASTERCHEF..tapi suka mencuba..


Kata orang kalau tak pandai masak, rajin-rajin lah ke dapur, lama-lama anda akan pandai memasak. In shaa Allah :)


Sue ni pelik sikit, Sue suka try masak benda yang simple je.
simple dan cepat! hehehe..sebab rasa tak sabar nak makan! itu masalah Sue :)


Harini Sue nak share cara buat Puding Roti sos kastard kukus yang sangat mudah! 




BAHAN- BAHAN :-


10 keping roti gardenia ( roti lain pun boleh la )
4 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila
3 cawan susu segar
2 sudu butter / majerin
Kismis ( beli je 1 kotak kecil )


CARA- CARANYA :-

Masukkan telur, gula, esen vanila, susu segar ke dalam satu bekas, kacau sampai sekata / kembang (nak guna blender pun boleh..Sue kacau jer pakai pemukul adunan...huhu)


Ambil roti, sapukan butter depan (kalau nak carik-carikkan pun boleh ya!) susun dalam loyang bagi comel-comel tau! Sue potong roti petak2 sehingga 9 petak dan susun dalam loyang yang sapu butter/ majerin. 

Kemudian, tuang ke semua adunan ke atas roti dalam loyang, dan tabur kismis.
Kukus selama 20-25 minit.


*SOS KASTARD*

BAHAN-BAHAN :-

2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula/ gula perang
1 tin susu cair
1 sudu kecil esen vanila.

CARA-CARA :-

Masukkan semua bahan di atas, masak atas api perlahan, kacau sampai masak.
pastikan di kacau sentiasa untuk mengelakkan ianya berketul. Jika terlalu pekat boleh letak air sedikit dan gaul sebati.


Gambar Sos Kastard lupa ambil. Nanti masak sekali lagi saya buat post bersama sos pula ok. :)


SELAMAT MENCUBA YA KAWAN-KAWAN !!


Untuk Info dan Order: Suriya Ahmad Shaklee Independent Distributor [ID917694] WA/Tele/PM: 019.263.5231 COD: Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil, KLIA Kota Warisan Salak Tinggi SEPANG, Nilai, Banting, Bangi dan sekitar.

Saturday, August 20, 2016

On 6:47 PM by SURIYA AHMAD in ,    No comments

Nama dia Chewable C tapi tahu tak ia tak bermakna untuk anak kecil sahaja. Ia ibarat gula-gula yang boleh dikulum bila-bila masa.
Sangat mudah untuk dibawak dalam handbag.

Untuk encik suami yang cuba nak berhenti merokok juga bagus jadikan amalan daripada amik gula-gula manis.

Sebiji chewable c mengandungi 100mg kandungan vitamin C. So berapa banyak boleh makan sehari? Ada orang makan 3-5 biji sehari untuk dapatkan kulit yang cantik dan ia juga bagus sebagai anti stress.

Harga ? Mampu  bayar insyaALLAH.

Boleh dapatkan dari saya
Suriya Ahmad
0192635231

Friday, June 10, 2016

On 12:32 PM by SURIYA AHMAD in , , ,    No comments

Ramai ambil mudah keperluan multivitamin masa puasa ni.

Teringat cerita sorang kawan, dulu dia masa puasa mesti pening. Lagi kesian dia menyusu kan baby pula tu. Dah lah tu bekerja lagi, jadi bila waktu mengepam tu memang jadi tak best.

Saya suruh dia cuba ambil multivitamin Shaklee, tentunya VITALEA. Dia pun mula seronok, makan setiap kali sahur dan berbuka.

Tau tak apa feedback dia kat saya?

Dia kata bukan setakat pening je semakin berkurang, malah jarang sangat dah pening tu muncul. Lagi best badan pun mula bertenaga dan cergas. Mengepam kat tempat kerja pun jadi makin seronok walaupun berpuasa.

Uols yang ada masalah yang sama patut cuba tau!

Whatsapp segera saya bantu.
Suriya Ahmad 019-2635231
www.suriyamanis.com

Thursday, May 26, 2016

On 3:45 PM by SURIYA AHMAD in ,    No comments

Saya buka pintu bilik bertujuan untuk nak ke dapur.
.
.
.
.
.
.
.

Saya jalan selangkah. Belum sampai lagi. Jalan lagi selangkah, tak sampai lagi ke dapur. Jalan berlangkah-langkah, eh ada tangga pulak. Turun satu anak tangga, ada lagi anak tangga. Turun satu lagi, ada lagi, sampailah 16 anak tangga saya pijak, baru sampai ke tingkat bawah.

Belum juga sampai ke dapur.

Saya kena jalan lagi.

Selangkah, tak sampai-sampai lagi. Selangkah lagi, belum juga sampai ke dapur. Selepas langkah ketujuh barulah saya tiba di pintu dapur.

Begitulah kita dalam dalam mencapai impian... Sekali buat tak sampai lagi ke tujuan, bukan kerana kita tak sesuai atau tidak ditakdirkan untuk mendapatkan apa yang kita target...

Kita mesti usaha dengan istiqomah tanpa rasa putus asa.

Kita tidak pernah gagal, kita cuma mudah mengalah. Jangan mengalah dan kita pasti tidak akan gagal.

Alhamdulillah, saya sampai juga ke dapur. Sekarang kena berusaha pula nak bikin air Cinch Tea sedap!

Ha..lega..terasa nikmat dan segar bugar..jom nikmati Cinch Tea Mix dan rasai kesegaran nya. Malah #lansing bergaya

Jom bisik2 saya. Boleh whatsapp suriya ahmad 0192635231
www.suriyamanis.com


.
Orang nak diet kita pun nak diet. Tapi sejauh mana diet itu berkesan untuk kita. Bagaimana caranya untuk dapatkan diet yang berkesan?

1. Belajar tentang nutrisi. Ambil tahu apa yang kita masukan ke dalam perut. Kenal pasti keperluan badan, berapa karbo, fiber dan sebagainya yang perlu kita ambil.

2. Jadikan diet satu yang menyeronok kan. Bukan menyeksakan. Pelbagaikan menu harian menjadikan ianya enak dan menyelerakan.

3. Dalam hidup perlu ada matlamat. Tak kira apa pun yang kita lakukan perlu ada target. Jadi untuk diet kita kena ada target juga. Kena tahu kenapa kita nak kurus. Berapa berat ideal kita nak capai. Barulah bersemangat untuk meneruskan misi diet hingga berjaya.

4. Salah sebenarnya jika berlapar semasa diet. Makanan beri tenaga, jika kita gunakan tenaga lebih dari apa yang kita ambil, badan akan terkejut. Secara tidak langsung boleh menyebabkan metabolisma jadi rendah.

5. Lakukan perubahan perlahan-lahan, jangan terlalu drastik. Badan akan terkejut jika perubahan dilakukan mendadak. Jika sebelum ni makan 5 pinggan nasi sehari. Kurangkan kepada tiga dan seterusnya.

6. Cara diet yang betul bukan hanya pada makanan sahaja. Tapi juga gaya hidup. Jangan lakukannya sorang-sorang. Cari orang yang boleh beri sokongan dan inspirasi untuk amalkan diet bersama.

7. Amalan pemakanan yang betul hanya sebahagian sahaja dari cara untuk kurus. Lakukan aktiviti fizikal seperti berlari, berjalan, memanjat dan sebagainya. Aktiviti sebegini sebahagian dari cara hidup sihat.

8. Diet yang betul ialah makan dengan kerap tapi dalam kuantiti yang sikit. Ambil 5 hidangan setiap hari. Jangan tinggal waktu makan terutama sekali sarapan pagi.

9. Kurangkan makanan manis. Gula punca utama ramai orang gagal menjayakan misi diet mereka. Tak guna kita jaga pemakanan tapi masih ambil gula dengan banyak.

10. Air kosong adalah 0 kalori. Ha.. minumlah banyak-banyak. Sudahlah hilang dahaga, buang toksin, bantu proses makanan dan fungsi tubuh malah bantu untuk cover rasa lapar kita.

Jom diet dan detox mengikut gaya saya. Hubungi sekarang untuk konsultasi pemakanan percuma.

Suriya Ahmad 0192635231
www.suriyamanis.com

On 3:20 PM by SURIYA AHMAD in    No comments

Selalu kita dengar orang cakap senyum tu sedekah kan. Haa.. tapi hari ni nak cerita pasal ketawa pula.

Banyak manfaat ketawa ni sebenarnya, antaranya ialah:


😂 Dapat mengurangkan stress
😂 Mampu memperbaiki aliran dan tekanan darah
😂 Jangan tak tahu ketawa juga merupakan satu senaman.
😂 Ketawa juga dikatakan dapat meningkatkan ketahanan tubuh
😂 Ketawa pastinya dapat menghilangkan kesakitan
😂 secara tidak langsung ketawa meningkatkan kemahiran bersosial
😂 Dengan ketawa akan menyebabkan kita menjadi lebih tenang dan kurang agresif
😂 Ketawa juga memberi tenaga kepada organ dalaman

Tapi dulu masa sekolah, selalu kan dengar kawan-kawan cakap jangan ketawa lebih-lebih nanti ilmu keluar. Hahahahah. Apa pun biarlah berpada.

Suriya Ahmad
0192635231
www.suriyamanis.com

On 3:05 PM by SURIYA AHMAD in    No comments

Selalu kita dengar sayur merupakan makanan kesihatan terbaik untuk tubuh. Tapi tahukah anda jika kita salah menyediakannnya ia boleh mengundang BAHAYA.

Bayam akan mengeluarkan racun jika ianya dipanaskan kembali. Kandungan nitrat yang ada di dalam bayam mampu menjadi racun yang menggalakkan kejadian melecur.

Nitrat juga boleh berubah menjadi nitrosin yang sangat berbahaya kerana ia boleh mencetuskan pertumbuhan kanser.

Perubahan kimia kandungan nitrat menjadi nitrosin terjadi ketika memanaskan bayam yang sudah lama sejuk.

Ketika bayam yang sudah mengalami perubahan kimia tersebut dimakan oleh orang dewasa atau anak-anak maka boleh mempengaruhi kerja-kerja darah untuk menghantarkan oksigen ke seluruh tubuh, dan tidak dapat diramalkan pada bila-bila masa darah dapat berhenti melakukan tugasnya untuk membawa oksigen seluruh badan.

Oleh itu pastikan kita tak panaskan kembali bayam yang telah sejuk selepas dimasak.

Ini kerana hanya akan menimbulkan pelbagai kemungkinan datangnya penyakit,  dari yang ringan hingga yang parah.

Suriya Ahmad 019-2635231
www.suriyamanis.com